Kebiasaannya, pekerja yang merokok menghabis masa beberapa minit di luar pejabat untuk merokok daripada pekerja yang tidak merokok.
Satu syarikat di Jepun, di mana budaya merokok sangat tertanam dalam masyarakatnya, memutuskan untuk melakukan sesuatu mengenainya. Selepas pekerja tidak merokok mengemukakan aduan tentang bagaimana perokok menghabiskan masa mempengaruhi produktiviti, syarikat pemasaran, Piala, Inc. membuat perubahan terhadap polisi syarikat.
Syarikat itu memberi kakitangan tidak merokok tambahan cuti enam hari setiap tahun untuk mengimbangi masa yang diambil perokok untuk berehat.

Memetik laman The Telegraph lagu, Hirotaka Matsushima, jurucakap Piala Inc, memberitahu;
“Salah seorang kakitangan yang tidak merokok mengatakan bahawa masa rehat perokok menimbulkan masalah.”
Selepas mendengar aduan itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Takao Asuka, memutuskan untuk memberikan cuti tambahan 6 hari sebagai penyelesaian.
Perokok kerap kali menghabiskan masa antara 15 minit setiap hari, tambah Matsushima.
Komen?