Tentang

Melihat kembali ke waktu ketika Aliff Channel baru mula dibina sekitar tahun 2010, boleh dikatakan pelbagai perkara luar biasa yang telah dilalui. Dalam tak sedar, bertahun lamanya sudah berlalu. Kami juga sedikit terkejut! Seperti baru sahaja semalam! Tetapi boleh difahami ramai, dalam kita semua sedang menikmati perjalanan hidup, kita semua tidak menyedari betapa cepatnya masa berlalu.

Hari ini, kami mahu biarkan anda mengintip kami pula dan mengetahui perihal kami di sini. Kami adalah Aliff Channel dan kami gembira untuk menyambut kedatangan anda di sini! Kami bertekad memberikan yang terbaik untuk anda. Kami mahu memberi satu juta inspirasi untuk semua rakan-rakan kami di seluruh Malaysia. Kami dalam masa yang sama masih turut cuba menyelaraskan usaha terbaik kami — artikel yang kami cuba isi dengan positiviti, inspirasi dan informasi berguna. Anda adalah inspirasi kami setiap saat, setiap hari. Segala yang kami tawarkan kepada anda kami lakukan dengan seikhlas hati.

Terima kasih kerana bersama kami!

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.