Memandangkan ramai mula menunding jari kepada pelakon Shila Amzah susulan dengan dakwaan adiknya, Syada Amzah yang mana ahli keluarganya dihalau keluar daripada rumah mereka sendiri.
Dirinya tampil bersuara menerusi Live Stream akaun miliknya untuk memberi penjelasan yang sebenar supaya orang ramai di luar sana tidak membuat spekulasi atau tanggapan yang tidak betul terhadap dirinya.
“Shila bukan tulang belakang tapi dah jadi tiang seri,”
Dalam pada masa yang sama, pemilik akaun X, @LVGIF memuat naik beberapa buah video rakaman mengenai penjelasan Shila serta pendapatnya sendiri tentang isu ini.
Dalam video tersebut, pelakon telemovie, Patah Seribu mengaku rumah yang mereka duduk itu mempunyai kenangan yang tidak menarik lagi dan buat apa lagi untuk pertahankan?
Dan dia juga minta orang ramai cuba meletakkan diri mereka di tempat dirinya kerana sekarang hanya dia saja yang bertanggungjawab menguruskan rumah tersebut termasuk bil.
Tambahnya lagi, nama rumah tersebut adalah atas namanya jadi dia berhak melakukan apa saja.
Apa pun yang terjadi, kami doakan keluarga penyanyi lagu Memori Tercipta ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan kembali berbaik.