Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan sihat tanpa ada masalah. Produk sekarang banyak sudah tercemar dengan bahan-bahan merkuri yang merbahaya, ianya merosakkan kulit muka dari dalam dan menyebabkan kesan jangka panjang.
Untuk memastikan produk yang kita pilih itu selamat, pastikan bahan yang terkandung didalam produk tersebut adalah 100% dari bahan semulajadi. Sekiranya anda rasa was-was, boleh saja anda melakukan rawatan muka hanya dengan menggunalan kaedah semulajadi dirumah.
Kenal dengan buah belimbing buluh? Ada sesetengah orang menggunakannya di dalam masakan, ada juga yang makan seperti ulam, ianya mengikut cita rasa masing-masing. Tahukah anda selain boleh dimasak, ianya juga boleh dijadikan mask untuk mendapatkan kulit muka yang cantik dan bersih? Mari kita lihat langkah-langkahnya berikut ini.
Bahan:
10 biji belimbing buluh
Air suam
Cara-cara penyediaan:
Haluskan 8 – 9 buah belimbing buluh
Sapukan pada permukaan wajah yang dibersihkan
Ratakan dan biarkan selama 10 minit
Cuci bilas dengan air bersih
Hasilnya, anda akan rasa kulit anda lebih bersih dan lembut. Dari rasa was-was menggunakan produk luar, sebaiknya cuba hasilkan sendiri dan lihat hasilnya.
Sumber: Getaviral.com