Table of Contents
Adakah anda pasti anda telah jatuh cinta pada orang yang tepat? Anda yakin? Walaupun tak sesempurna kita di depan mata pasangan atau juga sebaliknya, cinta itu tak seharusnya buta apalagi membutakan rasa cinta yang telah hadir di jiwa raga.
Bagaimanapun, kadang-kadang kita terbuat keputusan yang salah tanpa kita mneyedarinya. Semak berikut ini beberapa tanda bahawa anda sedang jatuh cinta pada orang yang salah. Memetik pelbagai sumber internet.
1 Sering bertengkar
Bertengkar tu normal dan menyihatkan bagi setiap perhubungan. TetapiĀ jika anda selalu sangat bergaduh dengan pasangan, fikir-fikirkankanlah sebab apa terjadinya pertengkaran.
2 Rasa rendah diri
Kerap rasa rendah diri dalam hubungan, rasa didominasi oleh pasangan. Hubungan yang sihat seharusnya tidak akan membuatkan pasangan lahir perasaan seperti itu. Salah satu keistimewaan ada pasangan itu adalah memiliki seseorang yang boleh membuat kita rasa percaya diri.
3 Tidak boleh menjadi diri sendiri
Sampai bila anda boleh bertahan berpura -pura jadi orang lain semata-mata mahu menyenangkan hati si dia. Tak perlu diragui lagi, anda sememangnya telah jatuh hati pada orang yang salah. Sebabnya, dia tak boleh terima anda seadanya dan membuatkan rasa selesa untuk tunjuk diri anda yang sebenar. Jika mahu berubah, berubah untuk diri sendiri dahulu.
4 Rasa tidak dicintai
Apalagi yang perlu dipertahankan jika rasa diri tak dicintai. Cinta memang seharusnya tak bersyarat. Tetapi perhubungan tidak akan bertahan apabila pasangan membuatkan anda rasa diperlukan. Usahakan terlebih dahulu bagi mewujudkan semula rasa cinta.
5 Tiada perancangan masa depan
Sampai bila nak bercinta tanpa hala tuju, sampai tunggu nak mereput? Memang jika si dia serius pasti tak akan sabar untuk hidup bersama dengan anda. Tetapi jika setiap kali hendak ajak berjumpa mak ayah selalu bagi alasan. Fikir-fikirkanlah hala tuju kehidupan anda.