Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah, apatahlagi untuk menjadi ibu bapa yang bijak dalam menangani masalah yang dialami oleh anak-anak.
Ibu bapa haruslah bijak dalam mengawal emosi anak-anak sedari kecil, ada beberapa perkara yang ibu bapa harus tahu dan ianya sangat penting untuk ibu bapa menjadi lebih bijak bila berhadapan situasi ini.
Mengambil berat tentang diri anda terlebih dahulu
Ibu bapa yang bijak ialah apabila mengambil berat tentang diri mereka dan menjadikan diri mereka contoh buat anak-anak, bukan lah hanya meluangkan sepenuh masa bersama anak-anak sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
Bijak mengatasi masalahÂ
Ibu bapa yang biasa akan berhadapan dengan akibat daripada sesuatu masalah itu manakala ibu bapa yang bijak akan mengatasi sesuatu masalah itu melalui sumbernya
Mengajar anak untuk mendapatkan jawapan
Anak-anak akan terus diberikan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Namun, ibu bapa yang bijak akan mengajar anak-anak untuk mencari jawapannya.
Mendidik dengan lebih bijak
Kebiasaannya, anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak itu seharusnya dididik dengan galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.
Belajar dari kesilapan
Ibu bapa yang biasa akan melarang anak-anak daripada melakukan kesalahan, tetapi ibu bapa yang bijak akan membenarkan anak melakukan kesilapan supaya mereka boleh belajar daripada kesilapan tersebut.
Melarang dan memberitahu kesan
Ramai yang akan memarahi anak-anak apabila ingin melarang mereka daripada melakukan sesuatu. Tetapi, ibu bapa yang bijak akan melarang dan memberitahu kesan jika mereka melakukan perkara tersebut.
Menjadi contoh kepada anak-anak
Ramai ibu bapa yang cuba menjadi yang terbaik di hadapan anak-anak supaya dapat dijadikan contoh. Tetapi, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.
Ajar anak berdikari
Anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa kerana ibu bapa sahaja yang tahu keperluan anak-anak. Ianya tepat. Namun, sebaiknya anak-anak itu dididik mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Tiada salahnya menjadi ibu bapa biasa, tetapi penting untuk kita mengetahui bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang bijak agar dapat menangani masalah dengan baik.
Sumber : Brightside