Siapa je tak kenal dengan Pegawai Makmal, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali, Mad Noor.
Dirinya dikenali ramai kerana sering berkongsi pendapat dan ilmu tentang kesuburan menerusi akaun TikTok miliknya.
Dia juga sering menjadi perhatian para wanita di luar kerana pandai menghargai isteri walaupun isterinya seorang suri.
Lihatlah perkongsian video Mad Noor baru-baru ini, dia memberi green light pada isterinya untuk me time sementara dia menjaga anak-anak di rumah.
Tapi lain pula cerita apabila posting tersebut mendapat kecaman dari beberapa individu dengan mengatakan ibu sebenarnya tak perlu me time kerana anak membesar sekejap saja.
Komen tersebut menjadikan Mad Noor tampil bersuara dari sudut pandangannya dan turut mengatakan kenapa dia membenarkan isterinya keluar me time bersama kawannya.
Jom dengarkan ulasan Mad Noor tentang isu ini.
Ha boleh hadam tak apa Mad Noor nak sampaikan tu?
Sebenarnya tak ada salah ank pergi me time atau tidak asalkan ibu-ibu dapat kebahagiaan masing-masing. Jangan judge!