Kita semua tahu isu penceramah bebas, Ustaz Don dikatakan mengeluarkan hadis palsu tentang riwayat cinta pertama Nabi Muhammad SAW.
Perkara ini tidak dipandang enteng sehinggakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil keputusan untuk merehatkan beliau daripada mengendalikan program Salam Baitullah.
Tapi sepanjang isu ini berlaku, Ustaz Don tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggakan timbul banyak spekulasi dalam kalangan netizen.
Jadi semalam selesai satu program, Ustaz Don tampil bersuara tentang isu ini dihadapan media.
Dibawah merupakan rakaman video dari pihak Mstar.
Semoga tidak timbul apa-apa fitnah atau isu selepas ini.