Macam kita semua tahu sekarang ni pelakon jelita Zahirah MacWilson sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata mereka yang kedua, Inara Raisa.
Tapi bukan itu yang menatik perhatian kami tapi satu posting video terbarunya yang menunjukkan anak sulung mereka, Isaac membantu melakukan kerja-kerja rumah.
Antaranya sidai kain, baking, basuh baju, cuci besen mandi adiknya dan banyak lagilah dan gelagatnya macam dah itu rutin Isaac. Langsung tak nampak kekok
Walaupun baru saja berusia 3 tahun tapi dah pandai buat kerja rumah, untung Zahirah. Aiman tak ada, Isaac ada boleh diharap. Kecil-kecil dah jadi husband material.
“Good boy Isaac..” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Isaac dan cara didikan Zahirah dan Aiman mendidik anak lelaki mereka.
Kami tumpang bahagia melihat keluarga kecil ni bahagia.