Table of Contents
Jom kita tengok fakta menarik ni! Mengikut infografik terkini dari laporan SeaAsia Stats, Malaysia kini berada di tangga ketiga dalam senarai negara Asia Tenggara dengan peratusan tertinggi individu bujang. Yes, betul tu! Ramai yang masih single dan ready to mingle!
1 Senarai Negara Asia Tenggara Dengan Ramai Orang Single
Memetik dari laporan SeaAsia Stats, boleh lihat infografik bawah ni:
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/06/malaysia-kedudukan-ketiga-paling-ramai-single.png?x99663)
2 Siapa Sebenarnya Yang Dianggap Single?
Individu single dalam kajian ini merangkumi mereka yang belum berkahwin, bercerai, berpisah, atau menjadi balu. So, tak kira lah kalau korang baru putus cinta atau memang enjoy hidup single, semua termasuk dalam kategori ini.
3 Apa Yang Menyebabkan Ramai Single?
Ada banyak faktor yang menyumbang kepada peratusan individu bujang yang tinggi di negara-negara ini, termasuk:
Gaya Hidup Moden: Generasi muda kini lebih fokus pada pendidikan dan kerjaya. Jadi, soal kahwin letak tepi dulu.
Kos Hidup Tinggi: Dengan kos hidup yang makin meningkat, ramai yang fikir dua kali sebelum berkahwin.
Perubahan Nilai Budaya: Pandangan dan norma sosial juga berubah, membuatkan ramai yang memilih untuk hidup bebas dan enjoy dulu sebelum settle down.
4 Jangan Risau, Single Lebih Bahagia
Berdikari
Apabila masih bujang, semua perkara harus kita selesaikan sendiri termasuklah melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan, menggosok baju, mengemas rumah dan sebagainya. Ini menjadikan kita lebih berdikari, terutamanya bagi kaum lelaki. Kata Sara Eckel, penulis buku It’s Not You: 27 (Wrong) Reasons You’re Single, “Kerana kita masih single, kita sendirilah yang akan menangani setiap perkara yang datang dalam kehidupan kita termasuklah kewangan, perbelanjaan, aktiviti harian serta masalah yang datang.”
Mudah Bersosial
Merujuk kepada kajian yang dijalankan pada 2006, wanita yang masih single lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan single. Mereka juga tidak kekok untuk bersosial bagi meramaikan kenalan dan ia tidak semestinya bagi mencari jodoh. Eric Klinenberg, penulis buku Going Solo: The Extraordinary Rise and Surprising Appeal of Living Alone, menulis bahawa individu yang hidup bersendirian memiliki gaya hidup lebih ramah.
Tidur Lebih Nyenyak
Menurut kajian oleh Better Sleep Council, pasangan berkahwin seringkali mengalami masalah kurang tidur berbanding yang masih single. Tidur tidak akan terganggu dengan suara atau gerakan tubuh pasangan atau terpaksa berjaga untuk menyusukan anak di tengah malam. Jadi, single memang best kalau nak tidur nyenyak!
Lebih Gemar Bersukan
Sebuah kajian mendapati wanita yang belum berkahwin lebih banyak menghabiskan waktu dengan bersukan berbanding mereka yang sudah berkahwin. Mereka mempunyai lebih banyak waktu untuk diri sendiri berbanding wanita yang telah pun berkahwin dan sibuk dengan urusan rumah tangga.
Lebih Produktif Cari Kerja
Berdasarkan kajian di Universiti Chicago pada 2012, golongan single lebih produktif mencari pekerjaan berbanding mereka yang sudah berkahwin. Contohnya, enam juta individu single di Amerika Syarikat hilang pekerjaan pada 2009 akibat krisis kewangan, namun 90 peratus daripadanya berjaya mendapatkan pekerjaan baharu. Berbeza dengan individu yang sudah berkahwin, hanya 22 peratus mendapat pekerjaan semula.
Jadi, buat korang yang masih single, jangan risau atau rasa tertekan. Malaysia bukan je ada banyak makanan sedap, tapi juga ramai yang masih single macam korang! Nikmati hidup, kejar impian dan mana tahu, jodoh datang pada waktu yang tak dijangka. Cheers to being single and fabulous!