Siapa je tak kenal dengan personaliti TikTok Ceddy Ang, lelaki berbangsa Cina yang sering kongsikan pengalamannya bila berada di tempat atau restoran yang dia lewati pada pengikutnya.
Personalitinya yang bersahaja, ceria dan caranya menghormati budaya dan agama lain menambah lagi ‘perasa’ orang ramai untuk suka melihat konten videonya.
Lebih-lebih lagi apabila dia menjelaskan apa yang terjadi saudara kita di Gaza dengan hastag #AllEyesOnRafah selepas penyanyi Ning Baizura mencetuskan dirinya tidak tahu apa itu Rafah.
“Ceddy Masuk Al Jazeera..” – Netizen Twitter
Apa yang menarik perhatian kami apabila video tersebut dimuatnaik oleh akaun media Al Jazeera.
Memang hebat betul Ceddy ni! Mesti pihak media Al Jazeera rasa penerangan Ceddy sangat jelas, padat dan ringkas.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/06/image-1024x934.png?x99663)