Dunia kecantikan tidak lagi pada wanita tapi kini lelaki juga, jadi tak hairanlah sekarang ni banyak produk kecantikan semakin luas sejajar dengan kemajuan teknologi dan inovasi.
Ditambah pula sekarang ni ramai yang mudah terpengaruh dengan pempengaruh media sosial yang menggunakan produk-produk kecantikan menjadikan dunia kecantikan lebih meluas.
Jadi pihak Guardian tahun ini, berbesar hati untuk memperkenalkan beberapa peningkatan, termasuk memperkenalkan Best Sellers 2024 mereka.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/06/148-Friends-of-guardian-Malaysia-showing-their-phones-screens-after-having-submitted-their-votes-for-the-Fan-Favourites-section-of-the-guardian-Awards-Beauty-Wellness-2024-1024x683.jpg?x99663)
Dalam kategori Best Sellers 2024 guardian, pihak mereka telah menyusun 10 produk inovatif dan terlaris dengan teliti dalam setiap segmen.
Antara segmen tersebut adalah kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan diri, dan penjagaan kesihatan.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/06/047-Anna-Ng-Marketing-Director-guardian-Malaysia-launching-the-guardian-Awards-Beauty-Wellness-2024-at-MyTown-Shopping-Centre-on-5-June-2024-1024x795.jpg?x99663)
Menurut Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Anna Ng, pilihan produk terlaris meliputi pilihan jenama untuk memupuk kesihatan dalaman sehinggalah kepada jenama yang menyerlahkan kecantikan luaran pengguna.
“Jenama tersebut adalah antara produk terkini yang terdapat di pasaran, yang telah dilancarkan antara 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2023,” tambah Anna.
Malah memberi peluang kepada para pelanggan kami mengundi jenama kegemaran mereka
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/06/068-Anna-Ng-Marketing-Director-guardian-Malaysia-speaking-about-the-Fan-Favourites-voting-contest-that-is-open-to-all-Malaysians-until-2-July-2024-where-prizes-totalling-RM-50000-are-up-for-grabs-1024x683.jpg?x99663)
Anugerah Beauty & Wellness 2024 guardian terus menjadi lambang kecemerlangan dan keunggulan dalam industri ini, yang merangkumi pelbagai jenis produk, jenama, dan kategori.
Dalam masa yang sama, dari 4 Jun 2024 hingga 2 Julai 2024, guardian juga mengadakan banyak promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50% untuk beberapa barangan.