Kehadiran platform sosial media yang kini pelbagai memang ada faedahnya. Teknologi era baharu ini mampu mendekatkan hubungan yang jauh.
Media sosial juga membolehkan kita terus berhubung walaupun dipisahkan oleh jarak dan masa.
Namun, perkara positif tentang media sosial ini turut disertai dengan kelemahan atau kesan negatif terutamanya terhadap kesihatan mental kita.
Memetik info di laman Help Guide, berikut ialah 5 kesan negatif media sosial terhadap kesihatan mental anda.
1 Rasa cemburu dan membandingkan hidup sendiri dengan orang lain
![hormon lelaki](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2020/04/Hormon-Lelaki-yang-Menyebabkan-Perempuan-Mengalami-Jerawat-1024x770.jpeg?x99663)
Media sosial menjadi tempat orang ramai berkongsi kisah tentang kehidupan mereka dan boleh dikatakan sebagai ‘menunjuk.
Hantaran tentang percutian, kenaikan pangkat, mendapat pekerjaan, berkahwin, mempunyai anak, membeli-belah, dan sebagainya. Kerap melihat media sosial menimbulkan perasaan iri hati dan dengki.
Kecemburuan ini kemudian berakhir dengan anda sentiasa membandingkan kehidupan anda dengan mereka seolah-olah ‘mereka lebih baik’.
Inilah yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental anda.
2 Perasaan FOMO (takut ketinggalan)
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2018/10/sedih-takde-cinta-1024x683.jpeg?x99663)
Media sosial juga sentiasa mencipta trend baharu yang diikuti oleh orang ramai. Istilah FOMO (Fear Of Missing Out) menggambarkan perasaan takut ketinggalan.
Seolah-olah memberi tekanan dan menuntut diri untuk terus mengemaskini dan melakukan perkara yang sama seperti mereka.
Sebagai contoh, anda perlu mengetahui topik gosip trend terkini, mencuba makanan di restoran terbaharu, mempunyai koleksi pakaian atau gajet terkini.
Kesannya, anda mudah rasa cemas, bimbang, kurang berkeyakinan diri, dan menggalakkan diri anda untuk membuka media sosial dengan lebih kerap supaya anda tidak terlepas kemas kini terbaru.
3 Rasa sunyi
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2017/05/isteri-sedih.jpg?x99663)
Penyelidikan yang dijalankan oleh University of Pennsylvania mendapati bahawa semakin tinggi tahap penggunaan media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram, semakin tinggi perasaan keseorangan dan kesunyian.
Mana tidaknya, kerap membuka media sosial setiap hari sudah tentu mendekatkan mereka yang jauh. Tetapi dalam masa yang sama menjauhkan mereka yang rapat. Akibatnya, kehidupan sosial di dunia nyata digantikan dengan aktiviti dunia maya.
4 Rasa tertekan dan cemas
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2017/01/Elak-Kuat-Menangis-Bersedih-Waktu-Mengandung.jpg?x99663)
Manusia dicipta untuk berhubung antara satu sama lain dengan berurusan secara langsung supaya kesihatan mental mereka terjaga.
Namun, kemunculan media sosial menyebabkan hubungan bersemuka itu hilang. Hubungan ini nampaknya digantikan dengan jumlah tontonan, suka, komen dan pengikut.
5 Jadi mangsa buli siber
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2017/11/kucing-jantan-sedih-2-1-1.jpg?x99663)
Media sosial juga sering menjadi tempat fitnah, cacian, ejekan dan tindakan agresif yang lain. Menjadi mangsa buli siber boleh mengganggu kesihatan mental anda.
Terdapat juga beberapa kes mangsa buli siber yang mengakhiri nyawa mereka kerana tidak tahan dengan komen yang kurang menyenangkan.
Akhir kata, buat sesuatu biarlah berpada-pada. Semoga anda gunakan laman media sosial mengikut keperluan, berbudi bicara sopan dan masih menjaga hubungan sosial di dunia nyata.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Korang pernah terfikir tak? 🤔 #medsos #socmed #anakq #quehaidar ♬ original sound – Aliff Channel