Rasanya ramai yang suka makan nasi ayam penyet. Tengok jelah dekat luar sana banyaknya kedai yang menhidangkan menu makanan ini.
Tapi tahu tak korang asal usul nasi ayam penyet ni? Ya betul, ia berasal dari negara Indonesia.
Tapi macam mana pulak nasi ayam penyet ni boleh wujud? Ada sejarahnya yang tersendiri bagaimana ianya bermula.
Kalau nak tahu, nasi ayam penyet ni mendapat nama penyet, iaitu istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud lumat.
Ini kerana bahan-bahan yang digunakan akan dilumat dulu sebelum dimasak dan dihidangkan.
Biasanya dihidangkan dengan sambal, sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe.
Selain itu, ia juga terkenal dengan sambal cili yang pedas.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/05/nasi-ayam-penyet-2.jpg?x99663)
Berbalik kepada sejarah nasi ayam penyet ini tadi, ia bermula di Ayam Bakar Wong Solo, ia adalah menu yang ada di Ayam Bakar Wong Solo.
Kemudiannya menjadi terkenal di Surabaya, jadi ramailah yang mula turut menjual hidangan tersebut dengan nama Ayam Penyet Surabaya.
Pada mulanya, makanan ini diperbuat daripada tempe yang direndam dalam kuah bersama garam dan ketumbar. Tempe kemudian digoreng, kemudian dimasak dan dihidangkan bersama sos cili.
Zaman dah berubah, makanan diproses dan ayam ditambah dengan ulam-ulaman, dihidangkan bersama nasi dan sambal pedasnya.
Itulah tadi sejarahnya bagaimana nasi ayam penyet ni boleh wujud.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Indonesia ke Malaysia ke, tak kisahlah. Kitakan negara serumpun 😃 #ayampenyet #menu #makanan #makan #makananindonesia #makananmalaysia #makananhalal ♬ original sound – Aliff Channel