Kalau lihat menerusi media sosial, ramai influencer, usahawan dan barisan artis memberi bantuan dari segi makanan, pakaian, barangan keperluan rumah dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan.
Tapi apa yang menarik perhatian kami apabila satu video di aplikasi TikTok menunjukkan seorang lelaki memakai topeng rusa memborong jualan di gerai nasi lemak.

Kemudian, mengagih makanan seperti nasi lemak dan kuih kepada pelajar Universiti yang memerlukan. Bagus betul jelmaan ‘rusa’ ni!
Menerusi video TikTok tersebut, lelaki itu ingin dikenali sebagai Deer. Siapa Deer sebenar di seblik topeng ini?
Anda boleh tonton video di bawah untuk lihat apa yang abang rusa ni buat.