Pasangan mana yang berkahwin ingin pengkahiran dengan penceraian? Tapi jika sudah tidak dapat menyelesaikan konflik, berpisah adalah jalan terbaik.
Sekarang kalau kita lihat di media sosial pun tengah kecoh dengan isu artis bercerai. Antara yang menjadi punca adalah tiada lagi persafahaman.
Lebih mengejutkan apabila pada bulan Mac ini, banyak berita-berita tentang selebriti turun naik mahkamah dengan isu penceraian.

Ha, jangan ingat pengarah terkenal, Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah je ye, ada ramai artis sedang berhadapan kes ini. Jom lihat antara pasangan artis tersebut.
1. Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah Liyana
Seperti kita tahu, pada 7 Mac lalu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai bagi pasangan ini.

2. Tan Sri Musa Hassan dan Elly Afizahwati
Pernah kecoh dengan isu nafkah zahir di media sosial, kini isteri kepada bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Elly Afizahwati telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.
3. Farid Kamil dan Diana Danielle
Pada 10 Mac lalu pelakon terkenal, Diana Danielle telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Tapi Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana kerana dirinya masih sayang keluarga kecilnya dan dikatakan punca penceraian datang dari orang ketiga.
Bagaimanapun Diana membidas dengan mengatakan masalah yang timbul adalah kesalahan Farid 100 peratus dan kini anak kedua mereka, Aurora mengalami trauma.

4. Afiq Muiz dan Pachara Apin
Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin telah membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya.
Tuntutan tersebut dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya pada rabu lalu iaitu 29 Mac.

5. Sam Bunkface dan bekas isteri
Akhir sekali, penyanyi dan vokalis kumpulan Bunkface, Sam tampil ke mahkamah hari ini bagi memohon pindaan nafkah anak.
Menurut salah seorang wartawan ini merupakan suatu tuntutan normal bagi pasangan bercerai ada anak dan jika mereka sudah ada perintah nafkah sebelum ini.
Apa pun, kami doakan yang terbaik buat semua pasangan yang sedang berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.