Kecoh 7 Mac lalu dengan kes penceraian antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof tentang sebutan kes cerai di Mahkamah Syariah.
Hasil bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan oleh pelakon Andainya Takdir Itu gagal apabila suaminya enggan melepaskannya.
Ini kerana Syamsul mengatakan hubungan mereka masih lagi ada sinar dan alasan ini bagi Sarah memang tidak masuk akal kerana mereka tidak lagi hidup seperti suami isteri yang lain.
“Kes macam ini akan selesai dengan lantikan hakam”
Keputusan Syamsul Yusof menjadi bualan ramai di media sosial sehingga salah seorang pemegang akaun twitter @Kiselwitxh_ mengeluarkan kenyataan tentang isu ini.

Apa itu kaedah hakam?
Apabila melihat ciapan tersebut, kami membuat kajian sedikit tentang kaedah hakam yang dimaksudkan.
Melihat laporan dari Enakmen Undang-udang Keluarga Islam 1990 dibawah seksyen 47-Cerai dengan darar dan syikak dan melantik Hakam sebagai Timbangtara.
Berikut adalah dari penerangan ringkas yang dinyatakan.

Dengan cara ini dapat selesaikan konflik rumah tangga dengan cara pendamaian atau perpisahan.
Kalau hakam dah jatuhkan talak, suami memang tak boleh buat apa. Jadi, ingatlah penceraian bukan satu permainan tarik tali.