Semalam 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia dan ramai meraikan dengan memakai pakaian ungu dan beri pelbagai ucapan di media sosial.
Tidak ketinggalan, pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) juga memuat naik satu video menerusi Instagram tentang Hari Wanita Sedunia.
Tapi apa yang menjadi perhatian ramai adalah reaksi isteri LCW, Wong Mei Choo kelihatan menangis teresak-esak ketika suaminya sedang bercakap di depan media.

“Apa lagi yang saya perlukan bila saya dah ada wanita ni,”
Pada posting video tersebut, LCW menjelaskan apa yang terjadi. Menurutnya ketika itu dia sedang berkongsi cerita ketika dia berada di bawah dalam karier sukannya.
“Saya tak perasan pun isteri saya menangis ketika beri ucapan. Video ini diambil secara senyap-senyap dan hantar kepada saya. Bila saya tengok, saya pun menangis,” tulisnya.
Beliau turut mengatakan dirinya tidak lagi perlukan apa-apa kerana sudah memiliki isterinya dan berterima kasih kepada isterinya yang setia bersamanya susah senang.
“Cinta sejati,” – Netizen
Macam biasa, netizen mula screenshot kapsyen posting video LCW dan memuji sikap pemain badminton negara yang pandai menghargai isterinya.