Siapa je tak kenal dengan WarnerMusic, syarikat rakaman yang telah banyak mengeluarkan album bagi artis yang ternama.
Tapi sesuatu telah berlaku apabila WarnerMusic dikatakan ‘mencuri’ hasil karya salah seorang komposer lagu Tentang Siang, Malam dan Romantis, Aziem Rashidi.
Lagu ini dinyanyikan oleh Ainina Hasnul dan Eidi. Jika anda dengarkan radio pasti pernah dengar lagu ini berkumandang di corong radio.
WarnerMusic Posting; #comingsoon
Isu ini timbul apabila pihak WarnerMusic memuat naik satu posting pendek di Instagram.
Posting tersebut menunjukkan teaser muzik video dan diakhirnya memaparkan kolaborasi antara penyanyi baru Ki Misri dan WarnerMusic.
Malah, pada kapsyen posting tersebut WarnerMusic menulis hastag comingsoon beserta emoji mata.
“What!? Apa ni?” – Aziem Rashidi
Posting ini telah berjaya menarik perhatian Aziem Rashidi dan dia memuat naik story di IG sebagai tanda tidak berpuas hati.
Bagaimana pun pihak WarnerMusic tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang isu ini.
Tapi menjengah ruangan komen pada posting video muzik WarnerMusic tersebut, ramai netizen melemparkan kata amarah dan tidak kepuasan hati mereka.