Table of Contents
Berkunjung ke tempat-tempat pelancongan menarik di sekitar Malaysia menjadi lengkap apabila menginap di hotel ada connecting room.
Seperti yang diketahui, hotel-hotel di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis mengikut bajet dan apa jua kemudahan yang anda inginkan.
Hotel dengan pintu connecting room ini juga memiliki bilik jenis deluxe connecting room.
Senarai hotel ada connecting room di Malaysia
Mencari hotel mesra keluarga bersama yang ada hotel bilik sebelah bagi memudahkan anda seisi keluarga berhubung?
Berikut kami senaraikan 15 jenis hotel ada connecting room yang terbaik di Malaysia. Oleh itu, anda boleh booking bilik yang dicari di website Agoda sekarang!
De King Boutique Hotel KLCC
1 Hotel connecting room berkonsepkan Boutique Hotel
Alamat: 160, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2633 2888

De King Boutique Hotel KLCC terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Di unit-unit tertentu ia menawarkan pemandangan KLCC.
Hotel dengan konsep butik ini mempunyai 78 bilik superior dan 144 bilik deluxe. Anda juga boleh mendapatkan hotel dengan pintu connecting room.

Warna-warna cerah yang ditampilkan pada setiap ruangan penginapan ini membuatkan mood tetamu berasa tenang dan ceria.
Kadar: Dari RM 212 semalam
Apa kata pengunjung?
“Bilik itu bersih dan kami mempunyai pemandangan Menara Petronas dan bangunan berdekatan…” – Mel
“Berhampiran KLCC dan MRT betul-betul di bawah pusat beli-belah Avenue..” – Budiawan
Aloft Kuala Lumpur Sentral
2 Hotel connecting room di Kuala Lumpur
Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2723 1188

Berkedudukan berhampiran tarikan terkenal di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas menjadikan hotel ada connecting room ini sering dikunjungi.

Aloft Kuala Lumpur Sentral menampilkan penginapan serba moden dengan tingkap bilik yang besar menghadap bandar KL.
Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah gym, 4 pilihan restoran, kolam renang luaran yang luas dan tempat permainan kanak-kanak.
Kadar: Dari RM 380 semalam
Apa kata pengunjung?
“Sebelah pusat membeli-belah Nu Sentral di mana terdapat banyak pilihan makanan dan membeli-belah. Ia juga bersebelahan dengan KL sentral.. “ – Abdul
Sunway Resort
3 Hotel connecting room di Sunway Pyramid
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7492 8000

Ingin membawa anak-anak bercuti di musim cuti sekolah ini?
Hotel mesra keluarga Sunway Resort terletak berdekatan dengan Taman Tema Sunway Lagoon.

Antara kemudahan yang tersedia seperti lawatan seharian, spa ala-ala Bali dan servis ke Bus Rapid Sentral.
Perkhidmatan bas ini beroperasi ke kawasan Sunway-Setia Jaya, Mentari dan Sunway Lagoon.
Kadar: Dari RM 799 semalam
Apa kata pengunjung?
“Hotel terbaik di Sunway City. Resort mempunyai suasana yg sangat baik & lobi instagrammable juga..” – Melanny
Grand Milennium Hotel Kuala Lumpur
4 Hotel connecting room di Jalan Bukit Bintang
Alamat: 160, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2117 4888

Hotel mewah Grand Milennium Kuala Lumpur menawarkan bilik moden dengan deluxe connecting room.
Antara tarikan pelancongan berdekatan ialah pusat beli-belah Fahrenheit dan Pavillion.
Kolam renang luaran, sauna, gym dan restoran masakan Asia juga boleh didapati di hotel ini.
Kadar: Dari RM 400 semalam
Apa kata pengunjung?
“Terletak 100m dari pusat membeli-belah Pavillion dan anda boleh berjalan kaki ke taman KLCC & menara berkembar dengan melalui pusat membeli-belah. Berdekatan dengan Jalan Alor..” – Kaylee
AnCasa Hotel Kuala Lumpur
5 Hotel connecting room di Jalan Tun Tan Cheng Lock
Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50500 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2026 6060

Mempunyai tarikan berdekatan di kawasan bersejarah seperti Dataran Merdeka, Ancasa Hotel Kuala Lumpur turut menjadi perhatian pengunjung.
Kalau anda nak ke stesen LRT juga berdekatan dari hotel bilik sebelah ini iaitu Stesen LRT Plaza Rakyat.
Dihiasi dengan warna-warna neutral di setiap bangunan hotel dengan bilik gaya klasik ini pastinya menenangkan fikiran anda.
Kadar: Dari RM 258 semalam
Apa kata pengunjung?
“View KLCC dan KL Tower.. senang nak dapatkan public transport dan berdekatan dengan LRT, UTC KL, bilik sangat bersih dan sesuai untuk family trip..” – Hulwani
Asenia Resort Langkawi
6 Hotel connecting room di Langkawi
Alamat: Simpang Tiga, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-955 2020

Nak bercuti hotel mesra keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan? Jom ke Asenia Resort Langkawi yang berkonsepkan taman tema air mini ini.

Selain itu, ia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai kolam mandi terpanjang di Asia Tenggara.
Antara aktiviti menarik yang popular di sini iaitu aktiviti luncur angin, luncur air dan belayar.
Kadar: Dari RM 168 semalam
Apa kata pengunjung?
“Tempat yang bagus untuk tinggal jika anda memilih untuk mengembara ke seluruh langkawi selama 3-4 hari. hanya 15 minit ke lapangan terbang & berjalan kaki ke pantai cenang..” – Mohd
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
7 Hotel connecting room di Bandar Johor Bahru
Alamat: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-268 6868

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru tampil dengan hotel bilik sebelah yang mewah dengan kolam renang luaran yang besar.
Selain itu, sesetengah bilik penginapan mempunyai ruang tamu bersama dapur kecil.

Bukan sahaja sesuai untuk seisi keluarga malah bagi anda mencari hotel dengan kemudahan bisnes juga pilihan yang ideal. Tidak jauh dari hotel ini anda boleh membeli-belah di Johor Bahru City Square.
Kadar: Dari RM 369 semalam
Apa kata pengunjung?
“5 bintang dan yang terbaik di JB!..” – Siti
“Hotel yang sesuai untuk berehat dan bersantai selama beberapa hari! Sangat selesa dan menyeronokkan..” – Si
Berjaya Waterfront Hotel
8 Hotel connecting room di Johor
Alamat: 88, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-221 9999

Berjaya Waterfront Hotel merupakan cabang kepada Berjaya hotels and resort.
Ia menawarkan bilik-bilik yang luas dengan pemandangan Selat Tebrau yang dilengkapi bersama perabot klasik.
Terletak berdekatan Zon Duty Free dan Bazaar Karat, ia juga menawarkan kolam renang di atas bumbung, biliard dan spa.
Kadar: Dari RM162 semalam
Apa kata pengunjung?
“Saya sering mengembara ke Malaysia, saya pernah menginap di hotel bandar Berjaya Waterfront berkali-kali. Tidak jauh dari tambak dan menghadap ke laut menghadap ke SG. Terdapat begitu banyak restoran makanan laut di sekitar…” – Theva
Duyong Marina & Resort
9 Hotel connecting room di Kuala Terengganu
Alamat: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-627 7888

Inginkan percutian serba mewah di kawasan pulau? Jangan lepaskan peluang bercuti di hotel dengan pintu connecting room ini yang terletak di Pulau Duyong Besar.
Duyong Marina & Resort sepenuhnya dimiliki oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 1998 lagi.
Antara bilik yang ditawarkan ialah deluxe connecting room, executive deluxe room, duplex room dan royal suite.
Kadar: Dari RM179 semalam
Apa kata pengunjung?
“Dari balkoni, kami boleh melihat laut dan merasai angin yang sejuk. Pemandangannya indah dan anda boleh melihat “Jambatan Angkat” dengan jelas dari resort..” – Rabiah
Tanjong Jara Resort
10 Hotel connecting room di Dungun
Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Telefon: 09-845 1100

Berilhamkan daripada Istana Melayu pada abad ke-17, Tanjong Jara Resort menampilkan kelainan yang tersendiri.
Ia menampilkan kemudahan 2 kolam renang luaran bersama spa yang pernah memenangi anugerah dan view Laut China Selatan.

Selain itu, ruangan hotel dilengkapi dengan lantai kayu, taman moden dan perpustakaan.
Kadar: Dari RM679 semalam
Apa kata pengunjung?
“Keseluruhan penginapan adalah santai, berjalan kaki ke pantai…” – Chewee
“2 Malam Tak Cukup. Tempat peranginan Tanjung Jara adalah besar dengan kehijauan yg subur, pantai yg panjang & bersih. Sesuai untuk staycation, duduk di sana ambil buku dan nikmati angin laut…” – Tat
PARKROYAL Penang Resort
11 Hotel connecting room di Batu Ferringhi
Alamat: PARKROYAL Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Telefon: 04-886 2288

Terletak strategik di kawasan tarikan Penang menjadikan PARKROYAL Penang Resort seringkali menjadi tempat penginapan pengunjung.
Antaranya ialah Pantai Batu Ferringhi, Air Terjun Batu Ferringhi, Taman Rempah Tropika dan Georgetown.
Setiap biliknya juga lengkap dihias dengan gaya moden dan kontemporari. Lain daripada itu, anda juga boleh berhibur di gym Zab Lab, Kelab Kanak-Kanak Koko-Nut dan taman tema air Amazonia.
Kadar: Dari RM 840 semalam
Apa kata pengunjung?
“Penginapan 2 malam yang indah.Bilik itu sangat besar. Pemandangan dari balkoni saya sangat menakjubkan…” – Mohd
“Kami menempah 2 deluxe half menghadap Seaview. Bilik-biliknya besar dan bersih. kanak-kanak gembira & teruja. Mereka bermain di kolam gelongsor..” – Cindy
Berjaya Penang Hotel
12 Hotel connecting room di Georgetown
Alamat: 1-Stop Midlands Park, Jalan Burma, 10350 George Town, Pulau Pinang
Telefon: 04-227 7111

Berjaya Penang Hotel terletak hanya 700 m dari Gurney Plaza, Muzium Pulau Pinang Kolonial, Bukit Bendera dan Pantai Batu Ferringhi.

Bilik-bilik yang ditawarkan menghadap pemandangan indah dari laut dan bukit.
Restoran yang berada di dalam hotel ini menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa.
Kadar: Dari RM 300 semalam
Apa kata pengunjung?
“Berbaloi untuk penginapan satu malam. Deco bilik ok, view cantik..” – Nurin
Estadia Hotel
13 Hotel connecting room di Bandar Hilir
Alamat: Terminal Pahlawan, Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000, Melaka
Telefon: 06-227 9600

Estadia Hotel yang merupakan hotel butik ini mengetengahkan konsep Peranakan.
Ia juga menawarkan khidmat shuttle berjadual yang percuma ke lokasi tarikan bersejarah di Melaka ini.

Anda juga boleh menikmati masakan peranakan di Makan Nyonya Restaurant termasuk bufet sarapan pagi.
Kadar: Dari RM 200 semalam
Apa kata pengunjung?
“Hotel ini sesuai berhampiran tarikan utama bandar. Pusat Beli-belah Dataran Pahlawan, Jonker Walk, Sungai Melaka, Taming Sari Ride dan banyak lagi…” – Ayub
5 Heeren
14 Hotel connecting room di Taman Kota Laksamana
Alamat: 5, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Telefon: 06-292 2225

Sebuah lagi penginapan di Melaka yang terletak hanya 100 m dari Muzium Warisan Baba dan Nyonya serta Jonker Walk.
Hotel mesra keluarga ini menampilkan bilik dengan penyaman udara dengan pilihan makan dari Asia.
Di samping itu, khidmat shuttle ke lapangan terbang turut ditawarkan dengan sedikit bayaran yang dikenakan.
Kadar: Dari RM 650 semalam
Apa kata pengunjung?
“Penginapan yang mengagumkan. Suka tempat ini dan saya pasti akan mengesyorkan untuk sesiapa sahaja yang datang ke Melaka!” – Linh
Hyatt Regency Kinabalu
15 Hotel connecting room di Kota Kinabalu
Alamat: Jalan Dato Salleh Sulong, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88991 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 08-822 1234

Bercadang untuk menginap berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu? Hyatt Regency Kinabalu menawarkan penginapan yang luas dan elegan.

Kemudahan kolam renang luaran, 6 pilihan tempat makan, gym dan spa juga tersedia di sini.

Anda juga bersiar-siar di tempat menarik untuk dikunjungi yang berdekatan hotel seperti Pasar Kraftangan dan Pasar Malam Makanan.
Kadar: Dari RM 400 semalam
Apa kata pengunjung?
“Hujung minggu yang indah. Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang indah dengan banyak perkara untuk diterokai. Saya telah menghabiskan 2 hari perjalanan saya di Hyatt Regency Kota Kinabalu…” – Muhammad