Table of Contents
Dalam anggaran kira-kira 60% penduduk di Malaysia beragama Islam. Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sudah pastinya memiliki hotel halal Malaysia sebagai pelancongan mesra muslim.
Setiap bilik di hotel-hotel islamik ini dilengkapi dengan peralatan solat seperti sejadah dan Al-Quran.
Selain itu, kemudahan gimnasium, surau dan kolam renang turut disediakan berasingan bagi lelaki dan wanita.
Cara Semak Status Halal Hotel
Bukan sahaja restoran yang perlu ada status halal tau, malah hotel juga harus memiliki sijil Pengesahan Halal yang disahkan oleh JAKIM.
Jadi, umat islam dapat menginap dan makan dengan yakin, terutama ketika ada promosi buffet Ramadhan, jom sahur, iftar dan set Ramadhan.
Jangan risau, anda boleh membuat semakan status hotel dengan mudah dan berikut kami kongsikan caranya;
- Layari website rasmi JAKIM di sini: http://www.halal.gov.my/
- Pilih negeri atau masukkan maklumat carian anda.
- Pilih kategori “Hotel / Resort” yang anda ingin membuat semakan status.
- Tarikh pendaftaran / tarikh luput sijil halal akan disenaraikan bagi premis berkenaan.
- Selain hotel dan resort, carian ini juga boleh digunakan untuk menyemak restoran dan premis makanan lain.
Senarai Hotel Halal Malaysia
Anda inginkan hotel islamik yang bebas rokok, alkohol mahupun makanan dengan semakan status halal JAKIM?
Terdapat banyak muslim friendly hotel sekitar Malaysia dengan semakan status halal JAKIM dan memiliki sijil halal Malaysia yang sah tanpa diragui.
Berikut merupakan 19 hotel halal Malaysia dengan konsep islamik dan mesra muslim untuk anda menginap.
RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu
1 Halal hotel di Terengganu
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-668 6666

RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu merupakan sebuah hotel islamik yang terletak dengan jarak kurang daripada 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Restorannya menyajikan sajian hidangan Malaysia dan antarabangsa yang cukup menarik manakala biliknya dilengkapi dengan mesin kopi atau teh.
Lain daripada itu, perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi turut disediakan di muslim friendly hotel ini.
Perdana Kota Bharu
2 Halal hotel di Kota Bharu
Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-745 8888

Perdana Kota Bharu merupakan hotel terkemuka di Kelantan yang mesra muslim di bawah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Hotel islamik berkelas 5 bintang ini menyediakan kemudahan surau dan pusat kecergasan secara berasingan bagi lelaki dan wanita.

Ia turut menawarkan bilik-bilik yang menarik iaitu deluxe classic, 6 accessible rooms, premier, deluxe premier dan deluxe suite.
Anda juga boleh makan di restoran dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di hotel ini. Ekoran daripada telah mendapat semakan status halal JAKIM.
Adya Hotel Langkawi
3 Halal hotel di Langkawi
Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8000

Mengetengahkan konsep seni bina Maghribi, anda boleh menemui hotel islamik yang sesuai untuk pasangan muslim ini.

Adya Hotel Langkawi sememangnya tidak perlu diragui lagi yang telah tersenarai hotel halal JAKIM

Di setiap bilik penginapannya tersedia dengan Al-Quran, sejadah dan surau berasingan bagi lelaki dan wanita serta kolam renang khas wanita.
Selain itu, khidmat shuttle turut disediakan oleh pihak hotel untuk ke Masjid Aishah sejauh 2.6 km dari penginapan.
Mardhiyyah Hotel & Suites
4 Halal hotel di Selangor
Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5511 8811

Mardhiyyah Hotel & Suites berkelas 5 bintang ini pernah dikenali dengan nama Grand Bluewave Hotel sebelumnya.
Hotel dengan konsep islamik ini merupakan hotel pertama dianugerahkan Standard Kualiti Islam (IQS).
Setiap bilik penginapannya dilengkapi dengan peralatan solat dan Al-Quran bersama pemandangan indah dari Masjid Biru ataupun Garden City.
Bagi kemudahan pula diasingkan bagi lelaki dan wanita seperti kolam renang dan pusat kecergasan.
The Light Hotel Penang
5 Halal hotel di Seberang Jaya
Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Telefon: 04-382 1111

Berkonsepkan moden dan elegan serta berhampiran Masjid Negeri menjadikan The Light Hotel Penang juga menjadi tarikan pengunjung pasangan muslim.

Pusat penginapan pelancongan mesra muslim ini menyediakan kemudahan kolam renang luaran serta kemudian perniagaan dan majlis.

Ia juga tergolong di dalam senarai hotel halal JAKIM yang boleh anda menikmati makanan di restoran ini tanpa was-was.
Perdana Kuala Lumpur City Centre
6 Halal hotel di Kuala Lumpur
Alamat: 10, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-7490 3333

Sama seperti hotel mesra muslim Perdana Kota Bharu, Perdana Kuala Lumpur City Centre dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Di dalam semakan status halal JAKIM, ia diiktiraf sebagai Hotel Halal pertama di Malaysia pada tahun 2006.

Tambahan pula, ia turut dinobatkan sebagai hotel pertama Malaysia yang terima Sistem Pengurusan-Keperluan (QMS) MS1900:2005 dari Perspektif Islam.
Manakala bagi restoran utamanya iaitu 10 Binjai dan The 39 Restaurant turut tersenarai di dalam sijil halal Malaysia sejak 2009 lagi.
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
7 Halal hotel di Sepang
Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor
Telefon: 03-8661 8661

Terletak berdekatan dengan lapangan terbang utama negara, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA menjadi pilihan pengunjung untuk menunaikan umrah dan haji.

Muslim friendly hotel ini memiliki 2 dewan konvensyen, bilik mainan luas dan sebanyak 17 bilik mesyuarat ditempatkan.

Anda boleh menikmati 5 buah restoran yang disediakan oleh pihak hotel dengan sajian Timur Tengah.
Baca: 12 Tempat Percutian Bajet Menarik Untuk Pelajar di Malaysia
The Pines Melaka
8 Halal hotel di Melaka
Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Telefon: 06-240 2323

Hotel pelancongan mesra muslim di The Pines Melaka dibina dengan gabungan gaya moden dan budaya Melaka lama.

Ia menyediakan surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, restoran yang halal dan bilik bebas rokok.

Sekiranya anda memerlukan khidmat shuttle, ia juga menyediakan servis ke Jonker Street, Dataran Pahlawan.
Kemudahan 2 kolam renang luaran bersama air masin juga disediakan berserta khidmat sewaan basikal.
Dorsett Grand Subang Hotel
9 Halal hotel di Subang Jaya
Alamat: Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-5031 6060

Berkedudukan strategik berhampiran dengan KL dan Putrajaya terletaknya Dorsett Grand Subang Hotel.
Hotel dengan konsep Islamik ini indah dengan rekaan bentuk artistik, gaya moden serta elemen budaya yang diterapkan.

Bagi bilik penginapan yang disediakan lengkap dengan bilik solat berasingan lelaki dan wanita berserta sejadah.
Selain itu, sajian makanan dengan bufet sarapan, makan tengahari dan makan malam juga disediakan di sini.
Hotel Seri Malaysia Taiping
10 Halal hotel di Taiping
Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 05-806 9502

Hotel Seri Malaysia Taiping sesuai sebagai pelancongan mesra muslim kerana terletek berdekatan Taiping Mall dan Taman Tasik Taiping.

Pelbagai pilihan makanan halal berserta sijil halal Malaysia yang anda boleh menikmati tanpa ragu-ragu tentang status halalnya.

Selain itu, bilik permainan turut terdapat di sini bagi anda yang membawa anak-anak kecil bercuti.
Tempah penginapan dengan harga promosi RM106 sahaja semalam!
Traders Hotel Kuala Lumpur
11 Halal hotel di KLCC
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2332 9888

Sebuah hotel bertaraf 4 bintang iaitu Traders Hotel Kuala Lumpur menjanjikan penginapan yang bersih dan selamat.
Di samping itu, bagi setiap bilik yang disediakan ditandakan arah kiblat bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.

Anda boleh mendapat akses terus ke hotel ini melalui Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas.
Selain makanan yang disajikan halal, kolam renang juga diasingkan bagi lelaki dan wanita.
De Palma Hotel Ampang
12 Halal hotel di Ampang
Alamat: De Palma Ampang, Palm Square, Jalan Selaman 1/2, Ampang Point, Selangor, 68000 Ampang Jaya
Telefon: 03-4270 7070

De Palma Hotel Ampang adalah sebuah hotel yang dimiliki oleh De Palma Manangement Services Sdn. Bhd.
Hotel islamik ini ditubuhkan sejak tahun 1996 dengan cawangan Shah Alam dan Kuala Selangor.
Tambahan pula, ia merupakan hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Hikmah.
Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan Al-Quran, telekung dan sejadah. Restoran The Rumbia dan The Sports Kopitiam telah diiktiraf halal oleh JAKIM.
The Wembley – A St Giles Hotel Penang
13 Halal hotel di Georgetown
Alamat: 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Telefon: 04-259 8000

Mencari hotel mesra muslim di sekitar Penang? Anda boleh menginap di The Wembley – A St Giles Hotel Penang

Hotel ini menyediakan sejadah di setiap bilik penginapan, restoran halal dan parkir secara percuma.

Antara tarikan pelancongan yang anda boleh pergi seperti Komtar, Prangin Mall dan Penang Peranakan Mansion.
Tambahan pula, anda boleh menikmati DSRT Sky Room View Penang.
Silka Maytower Hotel, Kuala Lumpur
14 Halal hotel di Jalan Munshi Abdullah
Alamat: 7, Jalan Munshi Abdullah, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2602 8388

Meskipun Silka Maytower Hotel hanyalah bertaraf 3 bintang, namun suasanya tidak ubah seperti hotel mewah.

Ia juga tersenarai sebagai hotel halal JAKIM dengan makanan yang halal tanpa diragui dan bebas alkohol.
Selain itu, muslim friendly hotel menyediakan kelengkapan sejadah dan penanda arah kiblat bagi memudahkan para tetamu.
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur
15 Halal hotel di Jalan Sultan Ismail
Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2032 2388

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur amatlah mudah diakses kerana terletak betul-betul di tengah bandar KL.

Hanya 5 minit berjalan kaki yang diperlukan untuk ke Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Selain kemudahan solat, bilik-biliknya dihias mewah dan elegan dengan pemandangan bandar yang jelas kelihatan dari tingkap-tingkap yang besar.
Tambahan pula, servis shuttle ke lapangan terbang turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Baca: 14 Tempat Menarik Untuk Solo Trip Di Malaysia
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
16 Halal hotel di Sunway City
Alamat: 100 Jalan Putra, Kuala Lumpur, Greater Kuala Lumpur, 50350, Malaysia
Telefon: 03-4040 9888
Bertentangan dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hotel halal dan moden ini juga berhampiran Menara Petronas dan Pasar Sentral.
Bilik bermula dari RM 300 semalam ini juga dihiasi cahaya terang dan karya seni kontemporari. Menarik lagi, terdapat suite dilengkapi ruang tamu dan ada balkoni dengan view bandar.
Keluarga yang bercuti di KL dengan kanak-kanak juga boleh membawa anak mereka berseronok di kolam kanak-kanak.
Malah, ibu bapa boleh berehat di kedai kopi, mandi di kolam renang terbuka atau bersenam di pusat kecergasan.
The Everly Putrajaya
17 Halal hotel di Putrajaya
Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-8892 2929
Hotel Everly Putrajaya terletak di Presint 15, Putrajaya dan boleh berjalan kaki ke Alamanda Mall serta 2 minit memandu ke Taman Warisan Pertanian.
Penginapan semalam dari RM 250 dan terdapat kemudahan kolam renang, gimnasium dan restoran.
Dari bilik hotel halal berhawa dingin ini, pengunjung boleh melihat tasik yang cantik tau!
Amari Johor Bahru
18 Halal hotel di Johor Bharu
Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-266 8888
Terletak di pusat bandar Johor Bharu dan 8 minit berjalan kaki dari stesen keretapi Johor Bharu, hotel Amari ini dibarisi pelbagai kedai dan restoran halal.
Hotel ini mempunyai 242 bilik dan suite dengan reka bentuk dalaman menarik.
Terdapat juga spa, kolam renang terbuka, restoran dan gym. Legoland Johor juga hanya 30 minit dari hotel ini.
Di depan pintu hotel ini, anda akan menemui beberapa pusat membeli-belah termasuk Komtar JBCC dan berhampiran Pusat Beli-belah City Square serta Zenith Mall.
Grand Ion Delemen Hotel
19 Hotel halal di Genting Highland
Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6433 2200
Hanya sejam memandu dari KL, hotel Grand Ion ini antara resort yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam ketika bercuti di Genting Highland.
Selain itu, hotel di Genting ini juga berdekatan Taman Tema Genting SkyWorlds yang popular dan kira-kira 4.5km dari Genting Strawberry Leisure Farm.
Beberapa bilik juga dilengkapi langsir gelap dan mempunyai balkoni dengan view gunung Banjaran Titiwangsa yang indah.
Apa kata pengunjung?
“Hotel yang bagus untuk menginap! Ini kali kedua saya menginap di sini. Kali pertama adalah wayyyy jauh sebelum covid-19…” – Syarafina