Table of Contents
Mungkin anda pernah dengar tentang Ampang, Selangor tapi kurang mengenali tentang tempat menarik Ampang.
Sejarah penamaan Ampang juga unik, kononnya berkaitan dengan cara sebutan orang Cina terhadap perkataan ’empangan’.
Selain itu, dahulu Ampang terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah.
Senarai Tempat Menarik di Ampang, Selangor
Ditubuhkan pada 1 Julai 1992, Ampang merupakan mukim terkecil dalam daerah Hulu Langat.
Walaupun kecil, masih banyak tempat best untuk dikunjungi seperti Taman Eko Rimba, Zoo, Bukit Ampang dan Ampang Point Shopping Centre.
Baca sahaja cadangan tempat menarik di Ampang untuk dikunjungi di bawah;
Bukit Ampang
1 Tempat menarik di Ampang waktu malam
Alamat: Persiaran Saujana, Taman Mulia Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Kalau nak tengok view KL terbaik, jom singgah Bukit Ampang!
Terletak hanya 25 km dari bandar Kuala Lumpur, tempat ini terkenal untuk melihat view KL dan bunga api semasa perayaan atau hari kemerdekaan.
Pemandangan Bukit Ampang pada waktu malam juga sangat cantik.
Lagipun, terdapat banyak gerai makan berdekatan, jadi anda boleh lepak dan makan sambil menikmati panorama KL.
Memang sesuai dijadikan status whatsaap dan tempat dating antara suami isteri.
Kemensah Valley
2 Tempat camping menarik di Selangor
Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: 012-327 0679
Adakah anda nak camping di Selangor pada hujung minggu ini? Jomlah datang ke Kemensah Valley.
Selain camping dan bbq, anda juga boleh mandi-manda serta menyewa di chalet terdekat.
Kalau anda nak rasai pengalaman yang unik dan berbeza, datang sahaja ke Kemensah Valley.
Zoo Negara Malaysia
3 Zoo negara di Selangor
Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: 03-4108 3422
Tahukah anda? Zoo Negara Malaysia merupakan zoo pertama sekali dibuka di Malaysia iaitu pada 14 November 1963.
Terdapat sebanyak 5000 haiwan daripada 476 spesis mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan dalam zoo ini.
Anda juga berpeluang untuk melihat spesis terancam seperti harimau malaya, orang utan, atau haiwan dari benua lain seperti girafah atau gajah afrika.
Bosan dengan dating di kafe? Bawaklah si dia pergi Zoo Negara dan melihat kerenah pelbagai haiwan yang mencuit hati.
Nak tau harga tiket Zoo Negara dan promosi yang ada? Klik je di bawah!
Taman Tasik Ampang Hilir
4 Taman rekreasi Ampang
Alamat: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2617 6289
Taman Tasik Ampang Hilir adalah kawasan hijau yang terletak di Ampang.
Taman ini lengkap dengan laluan pejalan kaki di tepi tasik untuk anda berjoging atau hanya jalan-jalan di sekitar kawasan taman.
Paling penting, kawasan taman sentiasa bersih dan terjaga dibawah jagaan DBKL.
Pada hujung minggu pula ada beberapa gerai makanan dibuka. Memang sesuai kalau nak bawa keluarga anda santai-santai di taman ni.
Taman Rimba Ampang
5 Hutan lipur Ampang
Alamat: Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Ingin keluar dari kesibukan kota di Ampang? Bawa je rakan atau keluarga ke Taman Rimba Ampang.
Turut dikenali sebagai Hutan Lipur Ampang, tempat picnic di KL ini hanya sekitar 8 KM dari bandaraya Ampang.
Apa yang best dalam hutan lipur ni? Sudah tentu udaranya yang segar dan ada air terjun untuk mandi-manda.
Kalau anda jungle trekking atau hiking dalam Taman Rimba Ampang ni pun boleh.
Bukit Saga
6 Bukit di Ampang
Alamat: 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Kalau anda penggemar jungle trekking dan kaki hiking, anda wajib cuba menawan Bukit Saga.
Bukit ini mempunyai dua trek iaitu trek landai dan trek pacak. Kalau anda mempunyai stamina tinggi bolehlah mendaki ikut laluan pacak.
Anda perlu mendaki selama lebih kurang 40 minit sehingga sejam untuk sampai ke puncak.
Apabila sampai sahaja, anda akan menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak Bukit Saga.
Yang bestnya lagi, Bukit Saga juga ada air terjun. Kalau lepas hiking, rehatkan dulu badan anda dengan berendam dalam air terjun.
Bukit Batu Chondong
7 Tempat hiking di Selangor
Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Terletak di kawasan pedalaman Kampung Kemensah, Bukit Batu Chondong memang berbaloi untuk ditawan.
Pendakian memakan masa 30 hingga 40 minit sahaja tetapi denai Bukit Batu Chondong agak sedikit mencabar.
Dalam pendakian, anda akan melalui trek yang curam dan perlu melintasi hutan buluh. Untuk sampai ke puncak pula, anda perlu menggunakan tali.
Tetapi sampai di puncak memang berbaloi sebab permandangannya sangat cantik.
Jika sukakan aktiviti lasak, wajib cuba mendaki Bukit Batu Chondong.
Bukit Kembara
8 Tempat menarik untuk dating di Selangor
Alamat: Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Kalau anda baru berminat untuk mendaki atau nak mendaki santai-santai cubalah mendaki di Bukit Kembara yang cuma berketinggian 244 meter dari paras laut.
Apa yang menariknya di Bukit Kembara adalah sebuah tasik yang dipanggil Tasik Hijau yang merupakan bekas kawasan takungan air.
Dekat tasik ni pula ada sebuah pondok yang sesuai untuk buat photoshoot atau nak lepak. Ini juga tempat menarik untuk anda dating di Selangor.
Bukit Kembara popular pada hujung minggu. Tunggu apa lagi, ajak kawan-kawan anda hiking disini.
Dagang Avenue
9 Tempat lepak di Ampang
Alamat: Jalan Taman, Jalan Dagang, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: –
Dagang Avenue pula merupakan lubuk makanan di Ampang.
Medan makan yang popular di Ampang ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti makanan laut, char kue teow, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Hujung minggu pula selalunya akan ada live band.
Dagang Avenue beroperasi selama 24 jam dan ada Wifi percuma. Memang best kalau lepak dengan member dekat sini.
Air Terjun Sofea Jane
10 Air terjun Ampang
Alamat: Kemensah Heights, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Telefon: –
Sofea Jane bukan ada lagu sahaja bahkan ada air terjun sekali. Nama tempat yang unik ini terletak di Ampang.
Air Terjun Sofea Jane atau juga dikenali Air Terjun Kubang Gajah ini antara tempat picnic di KL yang menarik untuk dikunjungi.
Anda boleh jungle trekking atau menggunakan ATV untuk sampai ke air terjun ini.
Sampai sahaja, anda nikmatilah kesejukan dan kesegaran mandi-manda di air terjun ini.
Airnya memang bersih dan tiada tanda-tanda pencemaran berlaku. Sangat berbaloi untuk anda kunjungi.
Victoria Station, Jalan Ampang
11 Kedai western Ampang
Alamat: 243, Jln Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon:-
Pening nak bawa keluarga keluar makan? Bawa saja mereka ke Victoria Station Jalan Ampang.
Tempat makan menarik di Ampang ini menyajikan makanan barat seperti steak, BBQ, makanan berasaskan grill bahkan seafood pun ada.
Memang penuh perut anda sekeluarga dan puas hati kalau makan disini.
Tempat makan selesa dan bersih, makanan pula sedap-sedap memang kombinasi terbaik untuk menikmati saat bersama keluarga.
Pick and Pain Art Studio
12 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Selangor
Alamat: B2-5-2, City Garden Commercial Center, Jalan Nirwana, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: 016-711 1964
Anak anda suka melukis? Serlahkan kreativiti mereka di Pick and Paint Art Studio.
Pick and Paint Art Studio juga membuka kelas melukis kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun.
Selain kelas mewarna, studio seni ini juga menawarkan kelas memasak.
Memang tempat yang sesuai kalau nak bawa anak luangkan masa berfaedah.
Kelas dibuka dari hari Rabu hingga Ahad. Kalau berminat tapi kurang mahir, jangan risau mereka akan dibimbing sampai jadi.
MATIC
13 Pusat pelancongan di Kuala Lumpur
Alamat: 109, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-9235 4800
Malaysian Tourism Center (MATIC) merupakan pusat pelancongan yang memberi perkhidmatan pelancongan seperti urusan tempat tinggal, tiket, panduan dan lain-lain.
Apa yang menarik dalam MATIC ini? Saksikan persembahan budaya, membeli cenderahati, melihat seni di galeri dan banyak lagi.
Tempat menarik di Ampang ini sesuai untuk pelancong dalam dan luar negara.
Safa Restoran
14 Tempat makan best di Ampang
Alamat: 109, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-9235 4800
Safa Restoran antara tempat makan yang berbaloi anda cuba untuk mengisi perut yang lapar.
Kedai makan area Ampang ini terkenal dengan pelbagai hidangan makanan arab yang sedap dan memuaskan.
Kalau anda nak buat jamuan, anda boleh tempah awal sebab ada buffet disediakan.
Suasana restorannya yang santai dan bersih menjamin keselesaan anda ketika makan.
BBQ Lamb KL Kemensah
15 Tempat makan menarik di Ampang
Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: 012-2114100
Bbq Lamb Kemensah antara tempat makan best di Ampang sebab ianya merupakan satu-satunya restoran yang bertemakan restoran atas air.
Suasananya pun menenangkan. Datang sekali, terus jatuh hati, kan?
Pelbagai bbq lamb KL Kemensah menu yang sangat sedap ditawarkan dan sini juga boleh celeberate birthday.
Bawaklah keluarga atau kawan-kawan makan tengah hari sambil layan pemandangan alam, memang best wey!