Table of Contents
Tampin adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak bersempadan dengan negeri Melaka. Kebanyakan tempat menarik di Tampin sesuai untuk anda yang berjiwa lasak.
Tampin dahulunya menjadi sebuah kawasan perdagangan dan perniagaan di antara penduduk dari Rembau, Gemencheh dan Alor Gajah.
Di samping itu, nama daerah ini diambil bersempena dengan nama sejenis bekas makanan yang diperbuat daripada daun mengkuang.
Bekas makanan tersebut lazimnya digunakan sebagai tempat simpanan dodol.
Senarai tempat menarik di Tampin Negeri Sembilan
Selain lokasi outdoor dan aktiviti hiking, tempat best di Negeri Sembilan ini juga mempunyai lokasi bersejarah dan kedai makan terbaik.
Antaranya ialah stesen lama keretapi Gemas dan kedai Nasi Ayam Gemas Mustafah yang terkenal.
Berikut adalah 16 tempat menarik di Tampin serta daerah-daerah berdekatan seperti Kuala Pilah dan Rembau.
Mulut Cafe Tampin
1 Tempat makan menarik di Tampin
Alamat: Mulut Cafe & Desset Tampin, No 66, Jalan Bungah Tanjung,Kampung tampin tengah, Negeri Sembilan
Tel: 0108919109
Hanya 1 jam setengah dari KL, Restoran Mulut Tampin ini popular dengan pelbagai makanan sedap di Tampin.
Menu Mulut Cafe merangkumi masakan tradisional Negeri Sembilan, Korean, Thailand, Western, dan banyak lagi.
Antara kegemaran pengunjung adalah nasi lemak buluh, burger bakar ‘homemade patty’, nasi diraja cheese tarik, dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang mencuba set mega miang pla pao, sotong bakar, dan daging bakar dannok dengan sos istimewa dari Thailand.
Selepas puas makan, nikmatilah pelbagai ‘dessert’ menarik seperti bingsu ala-ala KFRY. Di Mulut Cafe, ada kemudahan parking, surau, tandas, dan hiburan buskers (setiap Jumaat-Ahad).
Jadi, datanglah ke kedai makan Tampin ini!
Waktu Operasi: Setiap hari (3 petang – 11 malam)
Tampin Water Park
2 Taman tema air di Tampin
Alamat: Tampin Water Park Hutan Lipur Gunung Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon: 06-441 1122

Mencari taman tema air dengan harga mesra bajet untuk percutian keluarga khususnya?
Tampin Water Park adalah lokasi mandi-manda yang ideal di Tampin.

Tempat percutian di Negeri Sembilan ini bertempat di kawasan hutan dan gunung.
Taman air Tampin ini mempunyai 4 jenis kolam renang yang berbeza kedalaman yang sesuai untuk semua golongan dan juga mesra keluarga.

Terdapat pelbagai aktiviti berkumpulan yang menarik di Taman Air Tampin seperti memanah, zumba air, jungle trekking dan treasure hunt.
Lain daripada itu, jika anda inginkan tempat penginapan dekat alam semulajadi di Tampin turut tersedia. Jadi, jomlah mandi-manda di Tampin Water Park!
Waktu operasi: Rabu – Ahad (9 pagi – 6 petang)
Gunung Tampin
3 Gunung di Tampin
Alamat: Kota, Negeri Sembilan
Telefon: –

Gunung Tampin merupakan gunung yang seringkali menjadi tempat pendakian pengunjung yang bercuti di Tampin.

Ekoran daripada laluan untuk mendaki berada di dalam keadaan yang baik.
Sama seperti gunung yang lain, ia menyajikan keindahan pemandangan flora dan fauna.

Selain itu, kemudahan kolam mandi, tapak khemah dan parkir kereta disediakan di kawasan ini.
Hutan Lipur Gua Batu Maloi
4 Aktiviti meneroka gua di Tampin
Alamat: Pejabat Hutan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, 73100 Johol
Telefon: 06-481 1036

Hutan Lipur Gua Batu Maloi sesuai untuk anda yang sukakan cabaran.
Tumpuannya ke arah gua yang mencabar di sini.

Tempat menarik di Tampin ini bertempat di antara Bukit Tampin dan Gunung Datuk.

Selain itu, bagi mana-mana pihak yang ingin menganjurkan kem motivasi atau seangkatan dengannya juga sesuai dilakukan di sini.
Selain terokai gua, anda juga boleh berkhemah, mendaki bukit dan berkelah.
Taman Rekreasi Tampin
5 Taman rekreasi di Tampin
Alamat: Kampung 73000, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon: –

Terletak berhampiran Kompleks Sukan Tampin memudahkan Taman Rekreasi Tampin dijumpai.

Tempat percutian di Negeri Sembilan ini sesuai menjadi tempat bersantai bagi seisi keluarga.

Antara kemudahan yang dimiliki ialah taman permainan, gelanggan tenis/badminton dan laluan joging.
Tampin Xtreme Park
6 Aktiviti outdoor di Tampin
Alamat: Tampin Xtreme Park, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon: –

Tampin Xtreme Park sesuai dijadikan tempat best di Negeri Sembilan bagi penggemar aktiviti ekstrem.

Pelbagai aktiviti outdoor yang ditawarkan dan confirm akan rasa puas setelah melalui setiap cabaran aktiviti ini.
Antaranya ialah rock climbing, abseiling, wall climbing, flying fox dan tree climbing.

Dalam banyak-banyak aktiviti yang disediakan, aktiviti mendaki di kawasan air terjun dan kawasan air adalah paling terkenal di sini.
Kem Ultra
7 Laluan mendaki ke Gunung Tampin
Alamat: Kem Ultra, 73100 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon: –

Terletak berhampiran Gua Batu Maloi, Kem Ultra juga menjadi laluan untuk ke Gunung Tampin.

Kawasan ini memiliki sungai kecil yang cetek.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah barbeku, berkelah dan mendaki.
Stesen Keretapi Gemas
8 Stesen keretapi lama di Tampin
Alamat: Kawasan Industri Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon: 07-948 2863

Percutian di Negeri Sembilan anda tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke kawasan Gemas yang cukup nostalgia.

Hal ini kerana, Gemas memiliki sebuah stesen keretapi lama yang bersejarah dikenali sebagai Stesen Keretapi Gemas.

Dibina sekitar tahun 1922, ia menjadi stesen keretapi terpenting di Tanah Melayu yang menghubungkan laluan pantai barat dan pantai timur.
Tapak bersejarah ini kini menjadi lokasi photoshoot bagi pengunjung yang hadir.
Tugu Peringatan Sungai Kelamah
9 Tugu peringatan di Tampin
Alamat: 1, Gemas, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
Telefon: –

Selain Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sungai Kelamah juga menjadi tinggalan ketika zaman pendudukan Jepun.
Tugu ini dibina dengan menggunakan batu marmar bagi memperingati peristiwa “Battle of Gemas”.

Pada ketika itu, seramai 10 000 askar Jepun terkorban akibat serangan bom oleh askar Australia ketika menyeberang jambatan Gemencheh.
Selain tugu, anda juga boleh menyaksikan struktur tinggalan jambatan lama yang menjadi saksi peristiwa tersebut.
Nasi Ayam Gemas Mustafah
10 Kedai makan Tampin
Alamat: Nasi Ayam Gemas Mustafah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon: 019-264 7861

Jika anda tinggal di Melaka, pasti setiap lot kedai di seluruh daerah yang anda pernah lihat terdapat jenama kedai Nasi Ayam Gemas Mustafah kan?
Tetapi tahukah anda, di manakah lokasi terawal bertapaknya kedai nasi ayam asli di Tampin ini?

Ia terletak di kawasan Gemas yang telah beroperasi sejak tahun 1980 lagi yang diusahakan oleh Haji Mustafah Yusof.
Dahulunya, tempat best di Negeri Sembilan terletak di perhentian bas dan teksi. Kini ia telah melebarkan sayap ke Melaka dan Segamat.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10 pagi – 10 malam)
Katonah Klasik Enterprise
11 Kudap-kudapan di Tampin
Alamat: Jalan Rambutan, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon: 012-971 7086

Sambil membeli kudap-kudapan yang enak sambil itu menyokong juga perusahaan bumiputera ini.

Katonah Klasik Enterprise bertempat di Felda Jelai 2 menghasilkan perusahaan beraneka kerepek dan kuih tradisional.

Jenis kerepek yang ada ialah pisang tanduk, pisang nangka, kacang tanah, ubi, tumpi dan maruku.
Manakala jenis kuih tradisional ialah tiram, kapit, siput, buah rotan, ros dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)
Kafe Madi
12 Kafe di Tampin
Alamat: No. 16 Pusat Komersial Perwir, Dataran Perwira, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon: 012-749 9440

Kafe Madi menyediakan beraneka menu yang menarik untuk anda cuba.
Ia terletak di Pusat Komersial Perwira Emas dengan menu masakan panas, steamboat dan western food.

Nasi Goreng Lamb Chop menjadi signature bagi kafe ini.
Kafe ini turut membuka tempahan bagi anda yang inginkan membeli secara pukal.

Antara menu lain yang anda boleh cuba iaitu fish n chips, burger ayam rangup/bakar, kepak ayam bersos dan nasi goreng petai.
Muzium Diraja Seri Menanti
13 Muzium diraja di Kuala Pilah
Alamat: Seri Menanti, 71550, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 06-497 9653

Seni binanya masih kekal sama seperti dulu iaitu unik dan klasik.
Muzium Diraja Seri Menanti menjadi landmark di Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah.

Muzium ini memaparkan pelbagai pameran menarik mengenai istana yang pernah menjadi kediaman diraja pada tahun 1902.

Ia terdiri daripada 4 ruang iaitu Balai Rong Seri, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan Ruang Santapan.
Gunung Angsi
14 Aktiviti hiking di Kuala Pilah
Alamat: Gunung Angsi, Negeri Sembilan
Telefon: –

Dah tawan Gunung Tampin? Mari tawan Gunung Angsi di Kuala Pilah pula.
Terdapat 2 laluan yang disediakan untuk menuju ke panorama indah banjaran-banjaran gunung ini.

Iaitu Hutan Lipur Ulu Bendul dan Bukit Putus. Bagi anda yang inginkan cabaran, bolehlah melalui laluan yang sukar di laluan Ulu Bendul.

Manakala laluan dari Bukit Putus amatlah mudah.
Muzium Replika Astana Raja Melawar
15 Muzium di Rembau
Alamat: Muzium Replika Astana Raja Melawar, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Telefon: –

Dari Tampin ke Kuala Pilah kemudian ke Rembau pula. Anda boleh melawat Muzium Replika Astana Raja Melawar.

Muzium ini terletak hanya 18 km dari bandar Rembau dengan seni binaan tradisional Negeri Sembilan.
Tapak asalnya, dahulu merupakan Istana Raja Melawar.

Dalam masa 15 sehingga 20 minit, anda dapat melihat berbagai info mengenai negeri yang mementingkan adat ini iaitu Adat Perpatih.
Gunung Datuk
16 Aktiviti hiking di Rembau
Alamat: Gunung Datuk Recretional Forest, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Telefon: –

Nak hiking di Rembau? Gunung Datuk la jawapannya!
Tahukah anda, gunung ini tersenarai sebagai gunung ke 220 tertinggi di Malaysia!

Di dalam Negeri Sembilan, ia menjadi gunung tertinggi melepasi Gunung Angsi dengan ketinggian 2900 kaki.

Pemandangan di puncaknya tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang indah-indah belaka!
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 4 petang)