Wanita tak perlu bersedih jika mempunyai punggung yang besar. Berdasarkan kajian, wanita punggung besar dan tubuh berlekuk cenderung akan melahirkan bayi yang bijak.
Profesor Will Lassek, Ahli Epidemiologi Kesihatan mMasyarakat dari Universiti Pittsburgh, Pennsylvania, mengatakan, lemak yang terdapat pada punggung merupakan sumber untuk mengembangkan otak bayi.
Kajian menunjukkan bahawa lemak pada punggung mengandungi DHA (asid docosahexaenoic), yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. DHA itu akan dipindahkan ke otak bayi ketika ibunya menyusui.
“Ia seolah-olah wanita telah berevolusi untuk mengumpul lemak pada punggung sehingga mereka melahirkan bayi,” kata Lassek memetik dari Dailymail.co.uk.
Menurut penyelidik, hal ini menjadi jawapan mengapa wanita mempunyai lebih banyak lemak di tubuh, iaitu kira-kira 30 peratus lemak dari berat total tubuh mereka. Sedangkan lelaki, rata-rata hanya 5-10 peratus lemak tubuh.

Tak perlu takut dengan bertambahnya berat badan ketika hamil. Lemak berlebih itu pun akan berkurang apabila wanita telah menyusukan bayi. Lassek berkata, wanita yang menyusui biasanya kehilangan 1/2 kg lemak dalam sebulan.
Sementara itu, David Bainbridge, seorang ahli biologi pembiakan di Universiti Cambridge berkata, dia pun kini mencari alasan mengapa banyak lelaki menyukai wanita dengan tubuh berlekuk dan berisi seperti penyanyi Jennifer Lopez.
Pada tahun 2009, para penyelidik di Universiti St Andrews di Scotland pun membuat kesimpulan bahawa lelaki lebih tertarik pada wanita bertubuh curvy atau yang lebih berisi kerana dianggap lebih sihat.
“Wanita dengan paha yang besar mempunyai banyak lipid susu (lemak). Ada bukti bahawa anak-anak mereka akan lebih bijak,” kata David.