Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Istanbul Yang Wajib Pergi

Aira by Aira
November 29, 2022
in Travel
tempat menarik di istanbul

Sumber gambar: tripadvisor.com

0
SHARES
118
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Masjid paling bersejarah di Turki
  • 2. Masjid dengan ribuan seramik biru di Istanbul
  • 3. Istana lama di Istanbul
  • 4. Pusat sosial bersejarah di Istanbul
  • 5. Pasar tertua di Turki
  • 6. Tempat menarik untuk melihat pemandangan di Turki
  • 7. Bandar moden yang popular di Istanbul
  • 8. Menara tertua di Istanbul
  • 9. Muzium terawal di Turki
  • 10. Muzium bersejarah di Istanbul
  • 11. Tangki air bersejarah di Istanbul
  • 12. Istana mewah di Istanbul
  • 13. Masjid yang dibina oleh Sultan di Istanbul
  • 14. Muzium menarik di Istanbul
  • 15. Bazaar klasik yang berwarna-warni di Istanbul
  • 16. Koleksi bangunan mini yang terbesar di dunia
  • 17. Menara lagenda di Istanbul
  • 18. Muzium dengan koleksi mozek klasik di Istanbul
  • 19. Gereja ke-2 terbesar di Istanbul
  • 20. Taman cantik di Istanbul

Umum mengetahui, kos melancong ke negara Turkiye amatlah mahal sekali. Namun, kos perbelanjaannya setimpal dengan tempat menarik di Istanbul yang ditawarkan.

Istanbul merupakan ibu kota Turkiye yang pernah menduduki tangga ke-9 lokasi percutian terkenal di dunia pada tahun 2018.

Ia muncul ketika Zaman Neolitik dengan berbagai nama. Antaranya “Byzantium”, “Stamboul”, “Rom Baru”, “Rom Kedua” dan “Kostantiniyye”.

Senarai tempat pelancongan popular di Istanbul

Bagi anda yang gemar menerokai karya sejarah di pelosok dunia, Istanbul merupakan tempat wajib pergi.

Dengan gabungan seni budaya dan sejarah yang dimiliki, maka terhasilah berbagai binaan seperti masjid, katedral, bazar purba dan basilika.

Bukan setakat bersejarah sahaja, malah tempatnya cantik juga untuk bergambar tau! Berikut merupakan 20 tempat menarik di Istanbul Turkey yang wajib anda pergi.

Hagia Sophia

1 Masjid paling bersejarah di Turki

Alamat: Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı No:1, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 522 17 50

1
Sumber gambar: Instagram @mercymcnab, @stanplaymo_66, @travelle_with_elle, @tejapelko

Hagia Sophia merupakan monumen yang pernah menjadi tumpuan dunia di dalam kaca televisyen suatu ketika dahulu.

1A
Sumber gambar: Instagram @jubslim

Ekoran daripada statusnya daripada gereja Kristian terbesar dunia kepada muzium dan kini menjadi sebuah masjid.

ADVERTISEMENT
1B
Sumber gambar: Instagram @sunduzabdulmajid

Dibina sekitar tahun 1400, turut dikenali sebagai “Aya Sofya”, masih utuh berdiri walaupun menyimpan pelbagai kisah sejarah yang tersendiri.

Masjid Biru

2 Masjid dengan ribuan seramik biru di Istanbul

Alamat: Sultan Ahmet, Atmeydanı Cd. No:7, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: –

2
Sumber gambar: Instagram @istanbul.wow.tr, @visitturkeywithus, @sufitography, @mezquita_mescit

Nak tahu kenapa Masjid Sultan Ahmed ini dinamakan Masjid Biru?

Hal ini kerana, warna biru adalah warna yang digunakan untuk mewarnai masjid ini.

2A
Sumber gambar: Instagram @faruk34photography

Tempat pelancongan di Istanbul ini memiliki seni bina indah dengan kombinasi Islam dan Byzantium.

ADVERTISEMENT
2B
Sumber gambar: Instagram @visitturkeywithus

Uniknya masjid ini ialah ia diserikan lagi dengan hiasan 20 000 seramik biru dari daerah Iznik.

Istana Topkapi

3 Istana lama di Istanbul

Alamat: Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 512 04 80

tempat menarik di istanbul: 3
Sumber gambar: Instagram @millisaraylar, @suzannetuckerhome, @michaelcinco5, @hakanhacibekir

Berhampiran dengan Hagia Sophia dan Masjid Biru, anda boleh menemui Istana Topkapi.

Istana ini dibina sejak abad ke-15 lagi oleh Sultan Mehmet bagi tujuan pemerintahan.

3A
Sumber gambar: Instagram @guidedistanbultour

Antaranya tarikan yang terkenal ialah “Harem”, “Second Court”, “The Imperial Council Chamber”, “Imperial Treasury” dan “Third Court”.

3B
Sumber gambar: Instagram @lelyalyfa

Tambahan pula, koleksi Nabi Muhammad saw seperti jubah dan pedang juga dipamerkan di ruangan “Sacred Safekeeping Room”.

Hippodrome Of Constantinople

4 Pusat sosial bersejarah di Istanbul

Alamat: Binbirdirek, Atmeydanı Cd. No:53 D:68, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: –

tempat menarik di istanbul: 4
Sumber gambar: Instagram @bleetzkreeg, @iamnotju, @firestarterlv, @teslovan_adrian

Kalau anda nak tahu, zaman purba dahulu pun ada pusat untuk bermain dan pertarungan tau!

4A
Sumber gambar: Instagram @iamnotju

Pada ketika itu, lokasi ini menjadi tumpuan perlumbaan kuda dan perlumbaan kereta kuda.

4B
Sumber gambar: Instagram @sandra_hhz

Kini, struktur-struktur binaan hanyalah tinggal serpihan. Misalnya, tembok galeri, pancuran air dan menara.

Grand Bazaar

5 Pasar tertua di Turki

Alamat: Beyazıt, Kalpakçılar Cd. No:22, 34126 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 519 12 48

tempat menarik di istanbul: 5
Sumber gambar: Instagram @kytrisha, @adil.world.traveler, @ralucadutu, @soraya_pinto

Selain kaya dengan monumen purba, tempat pelancongan menarik di Istanbul turut memiliki pasar tertua.

5A
Sumber gambar: Instagram @007finnmatt

Grand Bazaar ditubuhkan pada tahun 1455. Ia menempatkan 4000 kedai yang bersambung di antara 56 buah lorong.

5B
Sumber gambar: Instagram @ozturk_art_collection

Meskipun, barang dagangan di sini agak mahal, namun anggaran pengunjung setiap hari mencecah 400 000 orang.

Perhiasan, rempah-ratus, seramik dan lukisan tangan juga dijual di sini.

Bosphorus Cruise

6 Tempat menarik untuk melihat pemandangan di Turki

Alamat: Küçük Ayasofya Mahallesi, Özbekler Sk. No:26, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 518 15 18

tempat menarik di istanbul: 6
Sumber gambar: Instagram @robbiewalker, @manolyatours, @happysaskia, @soompui

Nak lihat pemandangan tempat-tempat menarik di Istanbul secara keseluruhan?

Anda boleh menaiki kapal dan berlayar di Bophorus Cruise.

6A
Sumber gambar: Instagram @manolyatours

Antara monumen ikonik yang anda boleh lihat ialah Moden Art Museum, Galata Tower, Haghia Sophia dan banyak lagi.

6B
Sumber gambar: Instagram @tari_vitri77

Di samping itu, anda juga akan melalui jambatan terkenal Galata.

Taksim Square

7 Bandar moden yang popular di Istanbul

Alamat: Taksim Meydani, Gümüşsuyu, 34435 Beyoğlu/ İstanbul, Turkey

Telefon: –

tempat menarik di istanbul: 7
Sumber gambar: Instagram @sushobhan.sarker, @yanarhelsinki, @guidedistanbultour, @denizemre44

Tidak semua tempat menarik di Turki Istanbul hanya terhad dengan lokasi purba, di sini merupakan bandar moden yang popular di Istanbul.

7A
Sumber gambar: Instagram @axxel83

Lokasi ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung pada setiap perarakan, malam Tahun Baru dan konsert.

7B
Sumber gambar: Instagram @sedatkanber

Antara yang memenuhi Taksim Square ialah hotel, bas, terminal bas dan keretapi bawah tanah.

Menara Galata

8 Menara tertua di Istanbul

Alamat: Bereketzade Mahallesi Büyük Hendek Caddesi, Numara: 2, 34421 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 249 03 44

tempat menarik di istanbul: 8
Sumber gambar: Instagram @istanbul.wow.tr, @amateur.photographer34, @ucarakkesfet, @11tue

Kalau di lautan ada Bosphorus Cruise untuk melihat pemandangan manakala di daratan anda boleh meninjau di Menara Galata.

8A
Sumber gambar: Instagram @uc_8938

Menara berketinggian 63 m ini merupakan menara tertua yang dibina sejak abad ke-14 lagi.

8B
Sumber gambar: Instagram @isilyucel_

Dahulu, ia berfungsi sebagai menara pemerhati tentera untuk mengesan kebakaran.

Selain itu, gerai cenderahati dan kafe merupakan outlet yang berada di dalam menara ini.

Muzium Arkeologi Istanbul

9 Muzium terawal di Turki

Alamat: Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 520 77 41

tempat menarik di istanbul: 9
Sumber gambar: Instagram @canokkali, @noerkovan, @original_ssun, @koo_dongi902

Nama pun kota yang kaya dengan sejarah purba kan? Pasti akan ada lambakan muzium yang menyimpan khazanah unik ini!

9A
Sumber gambar: Instagram @record_us

Muzium Arkeologi Istanbul adalah muzium terawal di Turki yang mengumpul sejarah penting dari Istana Topkapi.

Iaitu tentang asal usul zaman Yunani, Rom, Byzantine termasuklah keranda Alexander The Great.

9B
Sumber gambar: Instagram @bilge_ar

Selain itu, muzium ini terdiri daripada beberapa bahagian seperti Timur Purba, Arkeologi, Pavillion Berjubin Sultan Mehmet dan Istanbul Through The Ages.

Gereja Chora

10 Muzium bersejarah di Istanbul

Alamat: Dervişali, Kariye Cami Sk. No:18, 34087 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 631 92 41

tempat menarik di istanbul: 10
Sumber gambar: Instagram @intraworld1980, @rotam_istanbul

Sebelum ditukarkan kepada muzium ketika ini, Gereja Chora melalui banyak fasa yang bersejarah.

10A
Sumber gambar: Instagram @mayakzm

Sama seperti Haghia Sophia, berfungsi sebagai gereja pada awalnya ditukar kepada masjid selepas kedatangan Islam oleh Uthmaniyyah.

10B
Sumber gambar: Instagram @yildizcelikistanbul

Turut mengalami banyak fasa kemusnahan dan dibaik pulih, kini ia mempamerkan pelbagai seni mozek antik dari zaman Byzantine.

Basilica Cistern

11 Tangki air bersejarah di Istanbul

Alamat: Alemdar, Yerebatan Cd. 1/3, 34110 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 512 15 70

tempat menarik di istanbul: 11
Sumber gambar: Instagram @senertekci

Basilica Cistern merupakan tempat menarik di Turki Istanbul yang berfungsi sebagai tangki air dari zaman Byzantine.

11A
Sumber gambar: Instagram @travel.freestyle

Lebih 336 batang tiang ditempatkan berserta bunyi titisan air kendengaran memenuhi kawasan ini.

11B
Sumber gambar: Instagram @saraarbani

Tambahan pula, anda boleh lihat salah satu tiang yang berada di sini mempunyai ukiran wajah Mendusa.

Istana Dolmabahce

12 Istana mewah di Istanbul

Alamat: Vişnezade, Dolmabahçe Cd., 34357 Beşiktaş/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 236 90 00

tempat menarik di istanbul: 12
Sumber gambar: Instagram @tripoftheistanbul

Nak lihat istana mewah dari abad ke-19 yang masih berdiri teguh?

Istana Dolmabahce sangat cantik yang diperbuat daripada 14 tan daun emas tau!

12A
Sumber gambar: Instagram @paulinaa.ko

Tempat pelancongan menarik di Istanbul ini tampil dengan kombinasi reka bentuk tradisional Uthmaniyyah bersama gaya Eropah seperti Neoklasik, Baroque dan Rococo.

12B
Sumber gambar: Instagram @damla_drbb

Mengambil masa sebanyak 13 tahun untuk disiapkan dengan dilengkapi oleh 285 bilik mewah dan lampu kristal Bohemia terbesar di dunia.

Masjid Suleymaniye

13 Masjid yang dibina oleh Sultan di Istanbul

Alamat: Süleymaniye, Prof. Sıddık Sami Onar Cd. No:1, 34116 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: –

tempat menarik di istanbul: 13
Sumber gambar: Instagram @tripoftheistanbul

Memiliki masjid dengan 4 tandaan pada menara menandakan masjid ini dibina oleh seorang Sultan.

Masjid Suleymaniye diilhamkan dari gabungan seni bina Islam dan Byzantine.

13A
Sumber gambar: Instagram @bellaandworld_

Ia memiliki ruangan solat, hospital, kolej perubatan, sekolah Quran dan Hadith serta sekolah rendah.

13B
Sumber gambar: Instagram @svjetski_putnik

Di bahagian taman masjid pula, terletaknya kubur Sultan Suleyman bersama permaisuri dan kerabat-kerabat diraja yang lain.

Muzium Rahmi M KOC

14 Muzium menarik di Istanbul

Alamat: Piri Paşa, Hasköy Cd. No:5, 34445 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 369 66 00

tempat menarik di istanbul: 14
Sumber gambar: Instagram @badeilegez, @elifcameqann, @mertsezervlog, @rahmi_m_koc_muzesi

Siapa sangka dahulunya muzium ini menempatkan koleksi peribadinya, namun kini pelbagai barangan menarik yang dipamerkan?

14A
Sumber gambar: Instagram @cocuklaringezirehberi

Muzium Rahmi M KOC dimiliki oleh seorang jutawan di Turki yang meminati objek mekanikal.

Antara barangannya iaitu kereta klasik, kapal selam lama, pesawat, enjin wap dan banyak lagi.

14B
Sumber gambar: Instagram @tgbnur

Selain itu, anda boleh memasuki “Discovery Sphere” iaitu planetarium pegun pertama di Istanbul yang memaparkan filem-filem pendidikan.

Bazaar Rempah

15 Bazaar klasik yang berwarna-warni di Istanbul

Alamat: Rüstem Paşa, Erzak Ambarı Sok. No:92, 34116 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 513 65 97

tempat menarik di istanbul: 15
Sumber gambar: Instagram @melwinherbologo, @wwalker68, @exploringthelandofsmiles

Kalau anda rasa Grand Bazaar terlalu mahal untuk anda, boleh kunjungi Bazaar Rempah.

15A
Sumber gambar: Instagram @mytravelniche

Ia dimeriahkan dengan lambakan warna-warni rempah-ratus dari luar dan dari Turki.

Rempah asal Turki seperti “Sumac”, “Pul Biber”, “Nar Eksisi”, “Corekotu” dan “Turkish Saffron”.

15B
Sumber gambar: Instagram @voguetreats

Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan percuma yang disediakan di kebanyakan gerai tau!

Miniaturk Muzium

16 Koleksi bangunan mini yang terbesar di dunia

Alamat: Örnektepe, İmrahor Cd. No:7, 34445 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 222 28 82

tempat menarik di istanbul: 16
Sumber gambar: Instagram @vesna_vesna88, @gorjuzxang, @manzaragunlukleri_, @mos_valery

Berinspirasikan taman miniature ala-ala Mini Europe di Belgium menjadikan ia tempat menarik di Turki Istanbul untuk dikunjungi.

16A
Sumber gambar: Instagram @mos_valery

Sejak 2003, ia menempatkan sebanyak 105 mini model bangunan yang terkenal di Turki dari zaman Byzantine hingga ke Uthmaniyyah.

16B
Sumber gambar: Instagram @mos_valery

Sambil melihat bangunan-bangunan ini, anda juga disajikan dengan informasi setiap bangunan dalam bahasa Inggeris atau Turki.

Menara Maiden

17 Menara lagenda di Istanbul

Alamat: Salacak, 34668 Üsküdar/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 216 342 47 47

tempat menarik di istanbul: 17
Sumber gambar: Instagram @istinbolin, @naturel.fm, @hurdogankeskin, @bir_tarihcinin_kadrajindan

Menara Maiden pernah dikaitkan dengan sebuah lagenda zaman Byzantine selain menjadi menara kawalan lalu lintas dan pertahanan.

17A
Sumber gambar: Instagram @whygoturkey

Di mana, seorang pemerintah mendapat ramalan bahawa anak perempuannya akan mati dipatuk ular.

Lalu, anaknya dibawa ke kawasan yang jauh dari tanah dan ditempatkan di menara ini.

17B
Sumber gambar: Instagram @oldistanbulguide

Malangnya, anaknya tetap terkorban dek kerana dipatuh oleh ular yang berada di dalam bakul buah yang dibawa bersama.

Museum Mosaic Great Palace

18 Muzium dengan koleksi mozek klasik di Istanbul

Alamat: Sultan Ahmet, Sultanahmet Mahallesi Kabasakal Cad. Arasta Çarşısı Sok. No. 53, Torun Sk. No:21, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 518 12 05

tempat menarik di istanbul: 18
Sumber gambar: Instagram @bardhunter, @museumpassturkish, @arkeofili, @kocunivgabam

Pengaruh zaman Byzantine amatlah besar sehingga mendapat tempat di setiap muzium dan binaan bangunan.

18A
Sumber gambar: Instagram @siraverse_travelblog

Museum Mosaic Great Palace menampilkan rekaan mozek zaman tersebut yang diukir pada jubin istana.

18B
Sumber gambar: Instagram @austy_lee

Setiap ukiran menunjukkan simbolik gambar yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Misalnya, peta, binatang mitos, adegan memburu dan objek yang berwarna-warni.

Gereja Hagia Irene

19 Gereja ke-2 terbesar di Istanbul

Alamat: Cankurtaran, Topkapı Sarayı No:1, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 512 04 80

tempat menarik di istanbul: 19
Sumber gambar: Instagram @nisutbit, @svetaskripkina, @buyukkprens, @historiae.officialis

Gereja Hagia Irene merupakan gereja yang tidak bertukar status kepada masjid setelah penaklukan Islam pada tahun 1453.

19A
Sumber gambar: Instagram @nicolettadasara

Mendapat jolokan sebagai gereja ke-2 terbesar di Istanbul yang juga digelar “Aya Irini”.

Lokasinya bertempat di belakang Hagia Sophia.

19B
Sumber gambar: Instagram @juliacamedy

Kini, ia berperanan sebagai muzium dan tempat pameran seni untuk festival penting di Istanbul.

Selain itu, ia juga pernah menjadi tempat untuk askar Turki menyimpan harta rampasan perang. 

Emirgan Park

20 Taman cantik di Istanbul

Alamat: Reşitpaşa, Emirgan Sk., 34467 Sarıyer/İstanbul, Turkey

Telefon: –

tempat menarik di istanbul: 20
Sumber gambar: Instagram @e_chandra_razie, @thetravellerlens, @isaacmaarcus

Selain belon udara panas, limpahan bunga tulip turut membanjiri kawasan Istanbul.

Anda boleh menyaksikan keindahan bunga tulip yang berwarna-warni menghiasi Emirgan Park.

20A
Sumber gambar: Instagram @thetravellerlens

Tempat pelancongan menarik di Istanbul yang cantik ini menghasilkan rekaan bunga tulip dalam bentuk piano, haiwan, kenderaan dan banyak lagi.

20B
Sumber gambar: Instagram @kateryna_riazantseva

Rugi tak singgah di sini kalau dah sampai Istanbul tau! Kedai cenderamata juga disediakan di sini.

Tags: Istanbultempat menarik di istanbulturki

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved