Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

16 Hotel Murah Melaka Terbaik 2022 (Bawah RM150)

Aira by Aira
November 29, 2022
in Travel
hotel murah melaka

Sumber gambar: pawieification

0
SHARES
79
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel murah di Dataran Pahlawan Melaka
  • 2. Hotel di Kampung Jawa Melaka
  • 3. Hotel di Melaka Raya
  • 4. Hotel di Kota Syahbandar Melaka
  • 5. Hotel bajet di Pertam Jaya Melaka
  • 6. Hotel murah Melaka RM 50
  • 7. Hotel murah di Melaka ada swimming pool
  • 8. Hotel di atas Elements Mall Melaka
  • 9. Hotel di Plaza Mahkota Melaka
  • 10. Hotel di tepi sungai Melaka
  • 11. Hotel di Kota Laksamana Melaka
  • 12. Hotel murah di Melaka berdekatan A Famosa
  • 13. Hotel di Jalan Syed Abdul Aziz Melaka
  • 14. Hotel di Bukit Katil Melaka
  • 15. Hotel di Jalan Tun Perak Melaka
  • 16. Hotel murah Bandar Hilir Melaka

Dapatkan tawaran harga serendah RM 150 untuk satu malam menginap di hotel murah Melaka yang berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik!

Rata-rata mengetahui Melaka mempunyai pelbagai tarikan bersejarah dan menarik untuk dikunjungi kan?

Baca: 20 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini

Disebabkan pelbagai tarikan pelancongan disediakan, maka pelbagai jenis hotel melimpah ruah mengikut bajet yang anda inginkan di sini.

the shore melaka hotel
Kredit gambar: Instagram @ratupercutianmurah

Senarai hotel di Melaka yang murah

Meskipun harganya agak bajet, namun ia masih sesuai untuk golongan keluarga, solo traveller dan di atas urusan kerja.

Berikut merupakan 16 hotel murah Melaka yang berharga RM 150 ke bawah yang kami dapati daripada website Agoda.

Untuk makluman harga semasa, anda boleh menyemak dengan lebih lanjut di website tersebut.

Imperial Heritage Hotel Melaka

1 Hotel murah di Dataran Pahlawan Melaka

Alamat: No 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 3545

Imperial Heritage Hotel Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Heritage deluxe room, imperial deluxe, family triple room menjadi bilik-bilik kegemaran tetamu di Imperial Heritage Hotel. Ia terletak berhadapan Dataran Pahlawan dengan harga serendah RM 148 untuk satu malam.

ADVERTISEMENT
breakfast di imperial hotel melaka 1
Kredit gambar: Instagram @fatin_nabila90

Ia menyediakan prasarana komputer tablet, bilik karaoke, gimnasium dan Himalayan Crystal Salt room. Tarikan berdekatan ialah Muzium Warisan Baba Nyonya dan Porte de Santiago.

Selanjutnya Di Agoda

Prima Hotel Melaka

2 Hotel di Kampung Jawa Melaka

Alamat: 364 & 365, Jalan Kee Ann, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Telefon: 06-264 4431

Prima Hotel Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan dengan harga permulaan sebanyak RM 74, hotel 3 bintang ini terletak di Jalan Bunga Raya.

Prima Hotel Melaka menawarkan bilik yang luas. Iaitu deluxe queen/twin dan superior family double room dengan pemandangan bandar.

Hotel Melaka murah ini terletak hanya 1 km dari Dataran Pahlawan dan Jonker Street.

ADVERTISEMENT
Selanjutnya Di Agoda

Queenspark Lovita Hotel

3 Hotel di Melaka Raya

Alamat: No 39, 47, Jln M Raya 24, Melaka Raya, 75000 Malacca

Telefon: 06-281 1188

hotel murah melaka: Queenspark Lovita Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Anda solo traveller? Queenspark Lovita Hotel menawarkan bilik jenis superior queen dengan harga bermula RM 99. Bagi keluarga, anda boleh memilih bilik family quad room dan family suite dengan view bandar.

queenspark hotel melaka
Kredit gambar: Instagram @zairinzinmohamed

Hotel bajet Melaka ini berkedudukan hanya 500 m dari pusat bandar. Antara tarikan best seperti Menara Taming Sari dan Masjid Selat Melaka.

Selanjutnya Di Agoda

Terra Nova Hotel

4 Hotel di Kota Syahbandar Melaka

Alamat: 29, Jln KSB 11, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Telefon: 06-288 0000

hotel murah melaka: Terra Nova Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Terra Nova Hotel turut disarankan untuk solo traveller menginap di bilik nova-superior twin. Terletak di kawasan Kota Syahbandar, ia dilengkapi dengan meja kerja dan wifi serta parkir percuma.

Pengunjung juga boleh booking hotel ini untuk event atau sambut birthday di Melaka.

sambut-birthday-di-hotel-melaka
Kredit gambar: Instagram @terranova.hotel

Tidak jauh dari hotel murah di Melaka ini, anda boleh menemui Mahkota Parade, Kota A Famosa dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Selanjutnya Di Agoda

Sunflower Hotel

5 Hotel bajet di Pertam Jaya Melaka

Alamat: 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka

Telefon: 06-282 1500

Sunflower Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Sunflower Hotel merupakan hotel bajet Melaka yang terletak di mukim Padang Temu. Ia hanya berjarak 10 min ke bandar Melaka. Juga memiliki 23 bilik moden yang dilengkapi dengan tv bersama saluran astro.

Selain itu, perkhidmatan komputer juga tersedia secara percuma di ruangan lobi hotel. Bagi anda solo traveller bolehlah menginap di bilik standard double room.

Selanjutnya Di Agoda

Hotel Suria Malaqa

6 Hotel murah Melaka RM 50

Alamat: 3, Jalan SE 1, Taman Semabok Emas, 75050 Melaka

Telefon: 06-267 9118

Hotel Suria Malaqa
Sumber gambar: agoda.com

Meskipun baru 3 tahun dibina, hotel ini telah mendapat anugerah hotel pilihan pengunjung tahun 2021. Hotel Suria Malaqa juga menawarkan bilik untuk pasangan iaitu standard twin room dengan harga RM 44.

Banyak tarikan menarik ditempatkan di sini iaitu The Shore, Pasar Malam Jonker Street, Muzium Samudera dan Zoo Melaka.

Selanjutnya Di Agoda

The Shore Hotel & Residences

7 Hotel murah di Melaka ada swimming pool

Alamat: Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka

Telefon: 06-282 8200

The Shore Hotel & Residences
Sumber gambar: agoda.com

Hotel yang tampak mewah dengan harga permulaan RM 145 ini memiliki 2 swimming pool iaitu di bahagian indoor dan outdoor.

The Shore Hotel & Residences menawarkan bilik dengan pemandangan kolam dan separa dari laut.

the shore melaka hotel 1
Kredit gambar: Instagram @suhaizai

Turut disediakan bagi pengembara solo menginap di bilik studio suite.

Antara tempat menarik ialah Kampung Morten, Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan Stadthuys.

Selanjutnya Di Agoda

Hatten Place Melaka

8 Hotel di atas Elements Mall Melaka

Alamat: Hatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

Telefon: 06-222 9696

Hatten Place Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan akses terus ke Elements Mall, Hatten Place Melaka memiliki harga serendah RM 150. Untuk anda ‘kaki shopping‘, seronok apabila tempat shopping dekat dengan tempat penginapan bukan?

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kolam renang, sauna dan pusat kecergasan. Berdekatan kedai makan, mart dan dobi.

mandi kolam di hotel hatten melaka
Kredit gambar: Instagram @ameliasanusi

Antara tarikan best yang boleh dikunjungi ialah Muzium Samudera, Zoo Melaka, Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN dan Taman Tema Melaka Wonderland.

Selanjutnya Di Agoda

Moty Hotel

9 Hotel di Plaza Mahkota Melaka

Alamat: No. 42, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Telefon: 06-270 7888

Moty Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan harga permulaan bawah RM 150 untuk satu malam, Moty Hotel juga memiliki kolam renang indoor yang terletak di bahagian dalam bangunan hotel.

Di tingkat 1 pula, terdapat ruang rehat untuk tetamu bersantai sambil minum pada waktu malam. Hotel ini juga sesuai untuk sambut anniversary/honeymoon di Melaka.

Kredit gambar: Instagram @syafieyka

Selain itu, turut disediakan bilik untuk penggembara solo sejurus sampai ke hotel ini. Untuk menikmati makanan anda boleh menjamu selera di Mo Tasty yang menyajikan makanan Barat dan tempatan.

Selanjutnya Di Agoda

Tun Fatimah Riverside Hotel

10 Hotel di tepi sungai Melaka

Alamat: No 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Telefon: 06-289 7888

Tun Fatimah Riverside Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Turut dikenali dengan nama Wana Riverside Hotel, anda boleh booking bilik di Tun Fatimah Riverside Hotel dengan harga RM 78.

Hotel ini menyajikan pemandangan sungai, laut dan bandar yang sangat cantik dari bilik hotel.

view dari hotel tun fatimah riverside di melaka
Kredit gambar: Instagram @themessarah

Terletak hanya 500 m dari bandar, anda boleh menemui hotel ini di Jalan Munshi Abdullah.

Antara tempat pelancongan terdekat iaitu The Shore Ocenarium, Muzium Barang Kemas Cina Selat dan Menara Taming Sari.

Selanjutnya Di Agoda

Marvelux Hotel

11 Hotel di Kota Laksamana Melaka

Alamat: No. 6, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana Jaya, Bandar Melaka, 75200 Malacca

Telefon: 06-281 8888

Marvelux Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Mendapat tempat di hati pelanggan Agoda pada tahun 2021, Marvelux Hotel terletak di kawasan pinggir laut. Hanya 6 minit perjalanan dari hotel, anda boleh menemui Jonker Walk dan Memorial Kemerdekaan.

lihat sunset di hotel marvelux melaka
Kredit gambar: Instagram @loqman_alhaq

Selain itu, bilik ini dilengkapi dengan spa, gimnasium, perabot ringkas dan balkoni peribadi. Bagi penggembara solo, anda boleh mendapatkan bilik jenis superior room dengan pemandangan bandar.

Selanjutnya Di Agoda

Arenaa Delux Hotel

12 Hotel murah di Melaka berdekatan A Famosa

Alamat: 222, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

Telefon: 06-288 3399

Arenaa Delux Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Arenaa Delux Hotel satu-satunya hotel yang terletak di Ujong Pasir, Melaka serendah RM 70 untuk satu malam. Hotel 3 bintang ini menyediakan tempat simpanan bagasi di kaunter dan bilik dengan balkoni peribadi.

Bagi penggembara solo, anda boleh bermalam di junior city room. Kira-kira 5 minit perjalanan dari hotel ini, anda boleh melawat Kota A Famosa, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

Selanjutnya Di Agoda

Mahkota Hotel Melaka

13 Hotel di Jalan Syed Abdul Aziz Melaka

Alamat: Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 2828

Mahkota Hotel Melaka
Sumber gambar: tripadvisor.com

Hanya 800 dari Menara Taming Sari, anda boleh menemui Mahkota Hotel Melaka. Hotel berkonsepkan apartment ini dilengkapi dengan bilik yang luas, bilik karaoke peribadi serta dapur kecil.

mandi di swimming pool melaka
Kredit gambar: Instagram @aidaaffendi83

Selain itu, 617 bilik yang tersedia di sini menawarkan pemandangan laut yang mempesona. Lain daripada itu, kemudahan sauna berasingan antara lelaki dan perempuan turut disediakan.

Selanjutnya Di Agoda

Bayou Lagoon Park Resort

14 Hotel di Bukit Katil Melaka

Alamat: Jalan Kampung Tehel, Bukit Katil, 75450 Melaka

Telefon: 06-233 0888

Bayou Lagoon Park Resort
Sumber gambar: agoda.com

Dengan hanya RM 114 harga permulaan, anda boleh memilih bilik yang diimpikan. Antaranya ialah studio apartment, 2/3 bedroom apartment, family deluxe dan penthouse.

mandi manda di bayou lagoon hotel melaka
Kredit gambar: Instagram @chivibvee

Bayou Lagoon Park Resort menjadi pilihan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dengan adanya kolam renang untuk mereka. Terletak hanya 15 min dari Jonker Street, Parkson Mall dan Zoo Melaka.

Selanjutnya Di Agoda

Kings Green Hotel

15 Hotel di Jalan Tun Perak Melaka

Alamat: 28, 19, Jalan Tun Perak, Kampung Enam, 75300 Melaka

Telefon: 06-288 1091

Kings Green Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki keunikan yang tersendiri, Kings Green Hotel menyediakan permainan tradisional seperti congkak untuk bermain. Hotel serendah RM 144 ini hanya 10 minit dari Menara Taming Sari dan River Cruise.

king hotel melaka
Kredit gambar: Instagram @nous3018

Bagi penggembara solo, anda boleh memilih penginapan jenis bilik superior dari 151 bilik yang disediakan.

Tambahan pula, perkhidmatan peti simpanan keselamatan, servis teksi ke lapangan terbang dan kolam renang turut tersedia.

Selanjutnya Di Agoda

Fenix Inn

16 Hotel murah Bandar Hilir Melaka

Alamat: 156, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 5511

Fenix Inn
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel bajet Melaka di sekitar Bandar Hilir? Anda boleh menuju ke Fenix Inn dengan tawaran harga RM 86 untuk satu malam. Ia menawarkan bilik yang simple yang menjadi pilihan penggembara solo.

Antaranya standard double/twin room, family room, 2-bedroom premier apartment dan superior double room. Namun begitu, hotel ini tidak menyediakan lif mahupun parkir persendirian.

Selanjutnya Di Agoda
Tags: hotelhotel murah melakamelaka

Popular Minggu Ini

  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Muar Terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved