Table of Contents
Anda pernah mengunjungi tempat menarik di Puchong, Selangor? Kawasan yang meliputi 51.71 km² ini memiliki banyak tarikan yang menarik.
Puchong adalah kawasan pinggir bandar yang terletak di kawasan metropolitan berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Dengan jarak hanya 27 km dari Kuala Lumpur, Puchong terkenal dengan pelbagai pilihan tempat makan yang sedap dan mall terkenal. Tapi, Puchong juga mempunyai lokasi “hidden gems” tersendiri.
Senarai tempat menarik di Puchong
Ingin tahu lebih lanjut? Nama Puchong sebenarnya diambil daripada burung yang sering ditemui di kawasan sungai dan lombong.
Orang Asli yang mendiami kawasan ini memberikan nama “Puchong” kepada tempat ini.
Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik
Puchong telah wujud selama kira-kira 120 tahun dan kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah.
Jadi, jika anda plan untuk mengunjungi Puchong, mari kita terokai beberapa tempat-tempat best di Puchong dalam artikel ini.
Play By Reka Indoor Playland
1 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Puchong
Alamat: S-W03, Level 2, IOI Mall, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170, Puchong, Selangor
Telefon: 016-5865200
Play by Reka, sebelumnya dikenali sebagai Reka Zone, merupakan taman permainan dalaman yang seronok, terletak di IOI Mall Puchong sejak 2011.
Tempat ini sangat sesuai untuk keluarga bersama kanak-kanak, dengan kawasan permainan yang selesa dan selamat. Ibu bapa juga boleh bersantai sambil anak-anak bermain.
Selain itu, menawarkan aktiviti menarik seperti taman bola, atom playground, jaring pelangi, roller skate, flying fox, peralatan permainan lembut, pedal go-kart, halangan permainan, dan aktiviti merangsang.
Jom menghabiskan masa yang menyeronokkan bersama kanak-kanak kecil di sini!
Swiftlet Museum & Bird Nest Factory
2 Muzium burung walit
Alamat: 5 & 7, Jalan Industri PBP 11, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Telefon: 016-998 8520
Muzium Budaya Eko Burung Walit adalah pusat budaya ekologi pertama untuk burung walit di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pengunjung boleh mempelajari proses penuaian sarang burung dan menjelajahi pameran interaktif.
Malah, tempat unik di Puchong ini terletak berdekatan dengan restoran Bumbu Bali, Four Points by Sheraton Puchong, dan Hilton Garden Inn Puchong.
Jangan risau, terdapat juga pakej pelajar yang menarik! Jom ke Muzium Burung Walit & Kilang Sarang Burung!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Hutan Simpan Ayer Hitam
3 Tempat hiking di Puchong
Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor
Telefon: –

Meskipun terkenal sebagai sebuah bandar yang sibuk, Puchong masih memiliki kawasan alam semula jadi yang menarik iaitu Hutan Simpan Ayer Hitam.
Kalau anda kaki hiking dan jungle trekking, Hutan Simpan Ayer Hitam ni memang wajib anda kunjungi. Ini kerana tempat ini menawarkan ketenangan dan udara yang segar.
Selain itu, terdapat air terjun dan sungai di tempat menarik di Puchong ini, yang sesuai untuk berkelah kerana airnya jernih dan bersih.
Jadi, Hutan Simpan Ayer Hitam adalah tempat ideal jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar Puchong.
Blue Lagoon Puchong
4 Kolam cantik di Puchong
Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor
Telefon: –

Blue Lagoon adalah salah satu lokasi “hidden gems” di Puchong yang terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam.
Kolam semula jadi ini memukau dengan air biru kehijauan yang indah dan terbentuk daripada aliran Sungai Resau.
Ramai pendaki mengunjungi Hutan Simpan Ayer Hitam untuk melihat keindahan Blue Lagoon.
Walaupun kolam ini kelihatan cetek di permukaan, ia semakin mendalam semasa anda mendekati kawasan air terjun. Kolam ini juga boleh mencapai kedalaman hingga 13 meter.
Camp5 Indoor Climbing Wall
5 Aktiviti lasak di Selangor
Alamat: Camp5 Climbing Gym, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7726 0410

Anda penggemar aktiviti climbing wall tapi tidak mahu berpanas? Kalau anda berminat untuk mencuba, datanglah ke Camp 5 Indoor Climbing Wall.
Untuk pengetahuan anda, Camp 5 Indoor Climbing Wall adalah tempat mendaki dinding tertinggi di Malaysia dan terletak di 1 Utama Shopping Center.
Tempat ni memang mesra pengunjung kerana terdapat pengajar yang akan membantu anda jika masih beginner.
Jangan risau, kanak-kanak di bawah 13 tahun juga dialu-alukan. Jom cuba aktiviti ekstrem bersama keluarga!
Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 10 malam)
Galactic Laser Tag
6 Permainan laser tag di Selangor
Alamat: LB2, 06, 3, Jalan PJS 11/15, Sunway Pyramid, 46150 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-5638 8833

Cuba bayangkan anda dalam dunia sains fiksyen dan perlu memburu musuh menggunakan laser. Anda boleh dapatkan imaginasi tersebut di Galactic Laser Tag.
Terletak di Sunway Pyramid, Galactic Laser Tag merupakan arena laser tag terbesar dan terpanjang di Malaysia.
Terdapat enam tahap permainan, bermula dari tahap Recruit sehingga tahap Lasermaster, jadi semua orang boleh sertai.
Selain itu, mereka juga menawarkan pakej untuk ulang tahun atau acara korporat, dan latihan pembinaan pasukan.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Hilton Garden Inn Puchong
7 Hotel di Puchong
Alamat: Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor
Telefon: 03-8084 1299

Anda merancang untuk bermalam di Puchong dan mencari tempat selesa, mewah serta mempunyai kolam renang? Jangan risau, tempah sahaja di Hilton Garden Inn!
Hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan 6 jenis bilik dan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk wifi percuma, kolam renang, pusat kecergasan, bilik mesyuarat, dan perkhidmatan bilik.
Terletak hanya 10 minit dari IOI Mall, lokasinya sangat strategik kalau anda kaki shopping.
Kadar bilik: Bermula dari RM 166 semalam
Ulasan pengunjung:
"Hotel yang bagus dengan harga yang ditawarkan. Dengan pemandangan tasik, adalah disyorkan untuk mereka yang mencari ketenangan untuk tinggal di sini. Kemudahan gim, kolam renang..."
Four Points By Sheraton Puchong
8 Hotel Bandar Puteri Puchong
Alamat: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Telefon: 03-5891 8888

Satu lagi hotel dengan konsep gaya moden yang menarik di Puchong adalah Four Points by Sheraton.
Hotel ini berdekatan dengan pelbagai tempat tumpuan popular seperti Sunway Pyramid. Setiap bilik dan suite dilengkapi dengan Wifi, televisyen, serta bilik mandi mewah dengan marble.
Anda juga boleh melakukan ‘workout’ di Gym 24 jam, berenang dan bersantai di kolam renang luaran, atau menikmati hidangan dari pelbagai negara di The Eatery.
Kadar bilik: Bermula dari RM 300 semalam
Ulasan pengunjung:
"Tidak menyesal tinggal di tempat itu. Terdapat pilihan makanan dan urutan yang hebat berhampiran hotel. Semuanya berjalan kaki. Begitu banyak perkara untuk pergi berdekatan..."
Bumbu Bali Puchong
Tempat makan menu Bali di Puchong
Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Telefon: 03-8061 8699

Mengidam makanan rasa Bali, Indonesia? Jom singgah makan di Bumbu Bali yang menawarkan pelbagai menu masakan Bali yang sedap.
Tempat makan menarik di Puchong ini menyediakan hidangan seperti Balinese Grilled Squid Salad, Sup Buntut, Sayur Selada, dan makanan jarang didengar seperti Siap Bumbu, Cumi Metumis, dan banyak lagi.
Dengan suasana restoran ala Bali, anda pasti akan rasa seperti makan di Bali. Bagi food hunters, pastikan Puchong restaurant ini dimasukkan dalam senarai wishlist anda.
IOI Mall Puchong
10 Shopping mall di Puchong
Alamat: 2nd Floor, Lot S37, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Telefon: 03-5882 8888

Bila sebut tentang Puchong, pastinya yang terlintas di fikiran anda adalah IOI Mall.
Apa yang menarik di Ioi Mall Puchong? Keunikan IOI Mall Puchong adalah carousel atau lebih dikenali sebagai ‘merry-go-round’ yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah ini.
Merry-go-round ini telah menjadi tarikan sejak tahun 1996 dan masih beroperasi hingga kini.
IOI Mall juga sudah menjadi tempat membeli-belah utama di Puchong. Jika anda ingin berbelanja di Puchong, inilah tempatnya.
Taman Saujana Hijau
11 Taman cantik berdekatan Puchong
Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-8887 7770

Taman Saujana Hijau antara tempat menarik di Puchong yang wajib anda kunjungi bersama rakan-rakan atau keluarga.
Selain itu, taman ini sangat popular kerana ia mempunyai suasana ala-ala Eropah. Anda akan menjumpai pokok pine, bunga matahari, dan padang rumput hijau yang luas di taman ini.
Taman seluas 47 hektar ini juga menggabungkan 3 tema iaitu Eropah, Cina dan Inggeris. Tempat ini sangat sesuai untuk sesi photoshoot, terutamanya photoshoot perkahwinan.
Kebanyakan pengunjung datang ke taman ini untuk berkelah, mengambil gambar yang cantik, dan berjoging kerana taman ini sangat menarik, bersih, dan ‘trendy’ untuk golongan muda.
Farm In The City
12 Zoo mini di Selangor
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Telefon: 03-8941 3099

Di Puchong, terdapat sebuah zoo mini yang sangat menarik untuk dikunjungi seisi keluarga iaitu Farm In The City.
Anda berpeluang untuk melihat Alpaca dan pelbagai spesis flora dan fauna, termasuk buaya Cayman, kura-kura gergasi, dan lebih daripada 600 spesis burung terbang bebas.
Tempat menarik kanak-kanak ini juga mempunyai haiwan eksotik yang dijinakkan seperi ular sawa, rakun dan banyak lagi.
Jom bawa anak-anak jalan-jalan ke Puchong hujung minggu ini sambil menikmati keindahan alam dan melihat haiwan yang menarik!
Enerz Extreme Park
13 Aktiviti indoor di Selangor
Alamat: 6, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 011-1500 0066

Tahu tak? Malaysia mempunyai taman ekstrim trampoline terbesar di Asia, iaitu Enerz Extreme Park yang merangkumi kawasan seluas 80,000 kaki persegi!
Terdapat banyak trampoline di sini, termasuk trampoline di dinding, dan yang paling menarik, anda boleh bermain dodgeball sambil melompat tinggi di atas trampoline.
Selain trampoline, Enerz Extreme Park juga menawarkan aktiviti lain seperti dinding panjat, tali langit, dan malah badminton dengan 12 gelanggang disediakan.
Tidak sabar untuk mencuba hobi baru atau melompat tinggi dengan selamat? Jomlah kunjungi tempat permainan di KL yang menarik ini!
Sunway Lagoon Water Park
14 Taman air di Selangor
Alamat: SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A) 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: +603-5639 0000

Sebut pasal Sunway Lagoon pastinya masyarakat Malaysia sudah biasa mendengar tentang taman tema air terbesar di negara ini.
Tapi apa yang best tentang Sunway Lagoon Water Park? Di sini, terdapat banyak aktiviti air yang fun seperti African Phytons, Congo Challenge, dan tentunya Vuvuzela – vortex ride terbesar di dunia.
Anda juga boleh meluncur di Sunway Lagoon Surf Beach yang merupakan kolam meluncur buatan terbesar di dunia.
Jadi, tunggu apa lagi? Tak lengkap rasanya kalau singgah Puchong tapi tak mandi air di water park Selangor.
Min Nature
15 Miniature di Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Sultan Ismail JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Level 1, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 011-1009 9374

Min Nature, salah satu tempat unik di Puchong yang jarang ditemui di Malaysia.
Anda tahu apa itu “miniature”? Miniature adalah ilustrasi atau versi kecil objek besar seperti bandar, benda, atau manusia.
Di Min Nature, anda akan menemui pelbagai miniatur yang diinspirasi oleh budaya Malaysia, hasil ciptaan anak tempatan termasuk bandar Kuala Lumpur dalam versi kecil yang dicipta dengan penuh teliti.
Menariknya lagi, pengunjung boleh bayar tiket dengan matawang kripto dan dapatkan 50% diskaun!
Pastinya, tempat ini sangat berbaloi untuk dikunjungi dan menunjukkan betapa berbakatnya seni anak tempatan. Jom ke Min Nature!
Muzium Warisan Melayu
16 Tempat bersejarah di Selangor
Alamat: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jalan Upm, Putra Square, 43400 Serdang, Selangor
Telefon: 03-8946 8939

Jika anda ingin mempelajari budaya Melayu, jangan lepaskan peluang ke Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia.
Anda dapat melihat banyak artifak bersejarah Melayu seperti senjata, pakaian tradisional, dan manuskrip yang telah dipulihara dengan baik.
Selain itu, kawasan luar muzium juga mempunyai empat rumah Melayu lama yang berusia kira-kira 100 tahun.
Harga tiket masuk sangat berpatutan, hanya RM 2. Kalau nak tambahkan ilmu sejarah melayu, memang inilah lokasi yang tepat.
Sunway City
17 Tempat menarik untuk keluarga di Puchong
Alamat: Persiaran Lagoon, Sunway City, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-5639 8889

Adakah anda cuba mencari tempat untuk membeli-belah dan berseronok? Datanglah ke Sunway City.
Lokasi yang menarik di Puchong ini merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia dengan pelbagai tarikan hiburan, rekreasi dan tempat membeli-belah serta tempat makan.
Selain itu, Sunway City mempunyai kemudahan perubatan dan perubatan. Luangkan masa anda di Sunway City dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak anda.
House Of Lighting Puchong
18 Kedai lampu perhiasan terkenal di Puchong
Alamat: 29, 31 33, 35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Telefon: 012-2663790

Perlukan pakar pencahayaan untuk perniagaan dan rumah baharu anda? Kunjungi Lighting House Of Puchong!
Sejak 2001, Houses Lightings telah menjalankan perniagaan ini. Mereka menawarkan trend pencahayaan terkini, pelbagai pilihan kipas, pemanas air, aksesori bilik mandi, produk elektrik dan banyak lagi.
Pasukan mereka yang berpengalaman akan membantu anda dari perundingan hingga pelaksanaan projek.
Kedai ini ada banyak pilihan, harga mampu milik, mempunyai ramai pelanggan dan sangat disyorkan untuk anda!
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10:30 pagi – 6:30 petang)