Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan Untuk Disinggah

Aira by Aira
November 14, 2022
in Travel
Tempat menarik pasir mas
0
SHARES
2.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Kuil Thai di Pasir Mas
  • 2. Dataran di Pasir Mas
  • 3. Masjid terapung pertama di Malaysia
  • 4. Bukit bersejarah di Pasir Mas
  • 5. Tempat menarik membeli-belah di Pasir Mas
  • 6. Masjid Beijing di Pasir Mas
  • 7. Mee celup terkenal di Rantau Panjang
  • 8. Mee celup legend di Pasir Mas
  • 9. Seafood di Pasir Mas
  • 10. Laksam terbaik di Pasir Mas
  • 11. Taman rekreasi di Pasir Mas
  • 12. Kawasan bekas perlombongan bijih besi di Pasir Mas
  • 13. Villa di Pasir Mas
  • 14. Homestay di Pasir Mas
  • 15. Ole-ole di Pasir Mas

Pasir Mas yang menempatkan tempat menarik Pasir Mas pernah menjadi bandar ke-2 terbesar di Kelantan.

Namun begitu, selepas tahun 1990 daerah Tanah Merah mengatasi kedudukan tersebut. Bandar ini diperkenalkan oleh Che Leh Tok Pendekar atau dikenali sebagai Che Leh Ismail.

Di mana orang kampung terlihat kejadian 3 periuk emas yang tiba-tiba muncul di sebalik semak. Lalu mereka menjerit “Mas!”, “Mas!” Kemudian, terciptalah nama ‘Pasir Mas’.

Senarai tempat menarik di Pasir Mas Kelantan

Terletak strategik bersempadan Thailand, Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah menjadikan ia mudah dikunjungi.

Oleh itu, terdapat 15 tempat menarik di Pasir Mas Kelantan seperti gerai-gerai Mee Celup, bukit-bukit bersejarah dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jom singgah ke Pasir Mas, Kelantan!

Kuil Wat Uttamaram

1 Kuil Thai di Pasir Mas

Alamat: D23, 17200 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir mas: Kuil Wat Uttamaram
Sumber gambar: Lee Jun Hui, Amanda Lam, Sigree Bin Mamak

Kuil Wat Uttaramaram merupakan kuil Thai yang masih utuh berdiri meskipun dibina ketika abad ke-20.

Kuil ini dibina oleh Khron Ratchanaren atau dikenali sebagai Tok Raja. Ia turut dikenali sebagai Wat Bangsek yang terletak di Kampung Teresek.

ADVERTISEMENT
kuil wat uttamaram di kelantan
Sumber gambar: Instagram @jega_art

Tempat menarik Pasir Mas ini meriah dengan kehadiran pengunjung ketika sambutan perayaan Songkhlam dan Kertip.

Penat berjalan? Booking hotel terdekat serendah RM 64 semalam!

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Dataran Air Muleh

2 Dataran di Pasir Mas

Alamat: 2, Jalan Besar, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Dataran Air Muleh
Sumber gambar: Ailat TC, Mdhazel Ibrahim (hazel), Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin

Dataran Air Muleh ialah kawasan pelancongan rekreasi yang ditubuhkan pada tahun 1989. Ia menjadi simbolik kecekalan pekerja-pekerja Majlis Daerah Pasir Mas dalam membina dataran ini.

ADVERTISEMENT

Selain itu, anda boleh lawati tugu di dataran ini yang tercatit nama pemenang Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Hotel Terdekat

Masjid Brunei Darussalam

3 Masjid terapung pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17060, Pasir Mas, Kelantan

Telefon: 09-791 6666

tempat menarik pasir mas: Masjid Brunei Darussalam
Sumber gambar: Danial ADH, Rare Studio, Kar Chon Soo, Ariff Ariffin

Tahukah anda, masjid terapung pertama di Malaysia berada di mana? Bukan di Melaka dan bukan juga di Terengganu ya!

ootd di masjid brunei kelantan
Sumber gambar: Instagram @nuzul_affandi

Tetapi terletak di Kelantan iaitu Masjid Brunei Darussalam. Pasti anda tertanya-tanya mengapa namanya nama negara Brunei kan?

Hal ini kerana, masjid ini diwakafkan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin.

ootd di masjid brunei kelantan
Sumber gambar: Instagram @hazyem_mahdi

Ia dikelilingi oleh tasik Danau Tok Uban dan menjadi lokasi pendidikan pelajar tahfiz.

Hotel Terdekat

Bukit Panau

4 Bukit bersejarah di Pasir Mas

Alamat: 17040 Tanah Merah, Kelantan

Telefon: –

Bukit Panau
Sumber gambar: Mujahid Zakiy, Kar Chon Soo, Diana Rusdi, Mohd Zawawi Ismail

Bukit Panau berada di sempadan Pasir Mas dan Tanah Merah serta menjadi penunjuk bagi pelaut antarabangsa.

Tetapi tahukah anda, selain pemandangan indah ia juga menyimpan sejarah?

hiking bukit panau di kelantan
Sumber gambar: Instagram @abduh.my

Bukit ini dikatakan sebagai lokasi Hang Tuah bertapa untuk menuntut pelbagai ilmu.

Antaranya ilmu persilatan, ilmu kebatinan dan ilmu kerohanian.

Hotel Terdekat

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

5 Tempat menarik membeli-belah di Pasir Mas

Alamat: Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: –

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
Sumber gambar: Ahmad Munzir, Jane Lau, Hosp Gerik, Azrad Ahmad

Dah sampai ke Pasir Mas, jangan lupa singgah di Rantau Panjang yang dikatakan sebagai syurga membeli-belah.

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang dijamin harganya cukup murah untuk anda shopping sakan!

shopping sakan di rantau panjang kelantan
Sumber gambar: Instagram @iraazira83

Tempat menarik Pasir Mas ini menawarkan bukan sahaja barangan dari dalam negara malah dari negara jiran, Thailand tau!

Antaranya ialah pakaian, peralatan dapur, makanan, jajan, set pinggan mangkuk dan banyak lagi. Tak menang tangan dibuatnya!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Homestay Terdekat

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

6 Masjid Beijing di Pasir Mas

Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: 09-791 6666

tempat menarik pasir mas: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail
Sumber gambar: Less Waste More Taste食得唔好嘥, ben ebrahem, Abang Mohamad Harith Abang Beniamin, NAZMI SUDIN

Lawati dan nikmati keindahan reka bentuk Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau dikenali sebagai Masjid Beijing.

ootd di masjid beijing
Sumber gambar: Instagram @aqish.roserz

Ha, pastinya anda tertanya-tanya kenapa gelaran tempat menarik di Pasir Mas Kelantan ini sebegitu kan?

ootd di masjid beijing kelantan
Sumber gambar: Instagram @yoonnorce_

Hal ini kerana, reka bentuknya seakan-akan masjid lama di Beijing iaitu Masjid Niujie.

bergambar di depan masjid beijing
Sumber gambar: Instagram @nurulsyith

Masjid ini mampu menampung seramai 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Tambahan pula, ia menerapkan 3 budaya iaitu budaya Cina, Melayu dan India.

Homestay Terdekat

Mee Celup Che Poh

7 Mee celup terkenal di Rantau Panjang

Alamat: Masjid Raudhah, Depan, Kampong Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir mas: Mee Celup Che Poh
Sumber gambar: Instagram @hasnizajaja, @sfcoci.fasihah, @meecelupchepoh

Selain hidangan nasi kerabu dan nasi kak wook, mee celup juga menjadi makanan viral Pasir Mas Kelantan tau!

Terdapat lambakan gerai mee celup yang anda boleh singgah menjamu selera termasuklah gerai Mee Celup Che Poh.

mee celup che poh sedap di pasir  mas 1
Sumber gambar: Instagram @laila94_yusof

Gerai ini amat terkenal di Rantau Panjang sejak tahun 1992 lagi. Keunikan mee celup ini dihidangkan bersama hirisan daging yang lembut, telur rebus dan sayur-sayuran.

mee-celup-che-poh-sedap-di-pasir-mas
Sumber gambar: Instagram @amiedien

Kemudian, ditambah pula bersama perahan air limau nipis. Memang terbaik!

Waktu operasi:

  1. Sabtu – Khamis (12pm – 7pm)
  2. Jumaat (2pm – 7pm)
Homestay Terdekat

Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)

8 Mee celup legend di Pasir Mas

Alamat: Jalan Bukit Tuku – Batu Hampar, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)
Sumber gambar: Facebook @Menarik di Kelantan

Seperti anda tahu, negeri Kelantan sangat popular dengan makanan viral Pasir Mas Kelantan ini. Jadi, jika anda sudah merasa mee celup tahun 1992, ini pula gerai mee celup tahun 1989.

mee celup kurnia ibu di pasir mas
Sumber gambar: Instagram @wanieyzubir16

Boleh dikatakan taraf legend dah! Warung Kurnia Ibu menyajikan mee celup dan mihun celup bersama serbuk cili sebagai menu utamanya.

Kemudian, pekena pula dengan coconut shake sememangnya padu!

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Rizqi D’café Gaung Lati

9 Seafood di Pasir Mas

Alamat:  Lot 672, Jalan Kampung Gaung Lemal, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

makanan sedap di kelantan
Sumber gambar: Instagram @rizqidcafe

Di mana-mana negeri pastinya akan ada restoran/kafe seafood atau western kan?

tempat makan best di kelantan
Sumber gambar: Instagram @rizqidcafe

Jom singgah di Rizqi D’café Gaung Lati yang menyediakan pelbagai menu terbaik ala western.

Antaranya iaitu butter prawn, mix platter, butter chicken rice dan seafood talam.

tempat makan best di kelantan
Sumber gambar: Instagram @rizqidcafe

Selain itu, menu dessert yang anda boleh cuba ialah aiskrim, coconut shake dan banyak lagi. Confirm sangat sedap!

Waktu operasi: Rabu – Isnin (3 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar

10 Laksam terbaik di Pasir Mas

Alamat: Jln Pasir Mas – Tanah Merah, Kampung Pengkalan Rambutan, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar
Sumber gambar: Ahmad Faizol, Shahril M Channel, Facebook @Za Laksam Kelar Official

Selain mee celup, laksam juga tergolong sebagai makanan viral Pasir Mas Kelantan.

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar atau Kak Za Laksam Kelar ini menghidangkan laksam istimewa untuk anda cuba.

makan laksam di pasir mas kelantan
Sumber gambar: Instagram @wannorlizal

Keenakannya terserlah apabila digaulkan bersama sambal daging dan telur puyuh. Terliur bukan!

Selain laksam, anda boleh cuba juga ketupat sambal daging di sini.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Taman Rekreasi Tengku Anis

11 Taman rekreasi di Pasir Mas

Alamat: Taman Tengku Anis,15400, Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

Taman Rekreasi Tengku Anis
Sumber gambar: Py Loe, MoRuHa, Shaiful Nizam, ccopong channel

Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan pastinya memudahkan untuk anda sampai ke taman rekreasi ini.

ootd di taman kelantan
Sumber gambar: Instagram @momen.tterindah

Jom berehat dan beriadah di Taman Rekreasi Tengku Anis yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

tempat sambut birthday di kelantan
Sumber gambar: Instagram @_liyanaabdullah_

Antaranya ialah kereta kuda, taman permainan kanak-kanak, kolam mandi, trek joging dan zoo mini.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)

Hotel Terdekat

Bukit Kwong

12 Kawasan bekas perlombongan bijih besi di Pasir Mas

Alamat: 17200 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Bukit Kwong
Sumber gambar: rozali hj jusoh, Mujahid Zakiy, Miz W

Bukit Kwong selain dikenali sebagai kawasan pendakian ia pernah menjadi kawasan perlombongan bijih besi.

Untuk menuju ke sini tidaklah sesusah mana kerana ia terletak di Taman Rekreasi Bukit Kwong.

hiking di pasir mas kelantan
Sumber gambar: Instagram @inaadaud

Untuk makluman anda, ia terletak sangat berhampiran dengan Thailand.

Jika anda berkunjung ke sini bermakna anda telah sampai ke 2 negara sekaligus tau. Menarik bukan?

Hotel Terdekat

Cassa Villa Guest House

13 Villa di Pasir Mas

Alamat: Pt 809 Kg Lati, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Cassa Villa Guest House
Sumber gambar: Cassa Villa Homestay

Mencari tempat penginapan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra?

Cassa Villa Guest House adalah destinasi yang tepat!

mandi kolam di homestay pasir mas kelantan
Sumber gambar: Instagram @cassa_villa

Villa ini menyediakan 3 bilik tidur di mana 2 bilik dengan 1 katil double dan 1 bilik dengan katil single.

Selain itu, terdapat kolam renang di bahagian luar villa ini.

Hotel Terdekat

Lubok Jong Homestay

14 Homestay di Pasir Mas

Alamat: PT 9117, Kg Lubok Jong Lubok Jong, 17070 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Lubok Jong Homestay
Sumber gambar: booking.com

Mencari homestay di sekitar Pasir Mas atau berdekatan KKTM? Kami sarankan untuk anda singgah beristirehat di Lubok Jong Homestay.

Ia menawarkan 3 bilik tidur dengan 2 bilik tidur katil double dan 1 bilik tidur katil single. Homestay ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

Selanjutnya Di Agoda

Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah (Rumah Hijau)

15 Ole-ole di Pasir Mas

Alamat: 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah (Rumah Hijau)
Sumber gambar: Al- Arifi, Cuckoolicious Qay, razli Mahm, Jason _08

Mencari ole-ole atau kudapan untuk dibawa pulang sebelum percutian anda berakhir?

Mari kunjungi Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah atau dikenali sebagai Rumah Hijau.

tempat membeli belah dodol di pasir mas
Sumber gambar: Instagram @raihanazlanshah

Untuk makluman anda, ia terkenal dengan nama Rumah Hijau kerana bangunannya persis istana berwarna hijau. Mewah dan mempesonakan gitu!

serunding sabariah di pasir mas
Sumber gambar: Instagram @khairulsolihinmdnazeri

Antara ole-ole yang anda boleh dapatkan di sini ialah pelbagai jenis serunding, dodol dan keropok yang enak.

Waktu operasi: Setiap hari (7:30 pagi – 6:30 petang)

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Pasir Puteh Kelantan
  • Tempat Menarik Di Kuala Krai Kelantan
Tags: Kelantantempat menarik pasir mas

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved