Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Pasir Puteh Kelantan Untuk Dikunjungi

Aira by Aira
November 14, 2022
in Travel
tempat menarik pasir puteh

Majlis Daerah Pasir Puteh

0
SHARES
3.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. ‘Kundasang mini’ di Kelantan
  • 2. Tempat penginapan menarik di Pasir Puteh
  • 3. Pusat pengajian Islam di Pasir Puteh
  • 4. Tempat makan best di Pasir Puteh
  • 5. Replika mercu tanda di Pasir Puteh
  • 6. Tugu peringatan di Pasir Puteh
  • 7. Tempat penginapan agro pelancongan di Pasir Puteh
  • 8. Pantai di Pasir Puteh
  • 9. Tempat menarik untuk membeli-belah di Pasir Puteh
  • 10. Wakaf bersejarah di Pasir Puteh
  • 11. Tempat menarik untuk hiking di Pasir Puteh
  • 12. Taman tema air di Pasir Puteh
  • 13. Kawasan rekreasi terawal di Kelantan
  • 14. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara
  • 15. Resort mewah dan moden di Pasir Puteh

Terletak hanya 30 km dari Kota Bharu memudahkan pengunjung berkunjung ke tempat-tempat menarik Pasir Puteh ini diakses.

Pasir Puteh ialah daerah yang terletak di Kelantan yang bersempadan dengan Kota Bharu, Bachok, Machang dan negeri Terengganu iaitu Jerteh dan Besut.

Selain itu, daerah di tebing sungai ini kaya dengan sumber asli, hutan yang meluas serta pantai-pantai yang indah.

Senarai tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan

Jika anda sudah berkunjung ke seluruh Kota Bharu, mari ke tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan pula!

Terdapat banyak lokasi percutian pilihan samada dari segi penginapan, rekreasi mahupun tempat pelancongan yang boleh anda kunjungi.

Berikut merupakan 15 tempat menarik Pasir Puteh, Kelantan untuk anda kunjungi.

SRZ Ladang Ternak

1 ‘Kundasang mini’ di Kelantan

Alamat: Kampung Sungai Durian, 16800, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir puteh: SRZ Ladang Ternak
Sumber gambar: Bat Azirum, Ady Hazman Abdullah, Rare Studio, Yaa Lian

Selalunya ladang lembu yang dikenali dalam kalangan pengunjung adalah di New Zealand dan Kundasang, Sabah kan?

tempat ootd di kelantan 1
Sumber gambar: Instagram @airmien

Tahukah anda, di semenanjung juga terdapat ladang lembu ala-ala Kundasang dan New Zealand?

ADVERTISEMENT
tempat bergambar menarik di kelantan
Sumber gambar: Instagram @nurhaffeyana91

Ya, hanya di SRZ Ladang Ternak yang digelar sebagai ‘Kundasang mini’ disebabkan suasana dan lembu tenusunya hampir sama.

tempat ootd di kelantan
Sumber gambar: Instagram @raihanatrmn

Tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan ini terletak berhampiran Jeram Mengaji Agro Resort.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)

Hotel Terdekat

Rumah Dusun

2 Tempat penginapan menarik di Pasir Puteh

Alamat: Alamat: Lot 202, Kampung Banggol Setol, 16800 Selising, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir puteh: Rumah Dusun
Sumber gambar: Rumah Dusun, AHMAD AMIRUDDIN

Anda mencari penginapan ala-ala di kampung? Mari menginap di tempat viral di Kelantan iaitu rumah tradisional Melayu Rumah Dusun.

ADVERTISEMENT
lokasi outdoor photoshoot di kelantan
Sumber gambar: Instagram @rifhansahman

Senibina rumah ini cukup unik dengan mengetengahkan elemen negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan.

gambar pernikahan adat melayu di kelantan
Sumber gambar: Instagram @pokdikmod

Rumah ini juga berhampiran dusun buah-buahan seperti rambutan dan durian. Barulah terasa betul-betul di kampung kan?

lokasi outdoor photoshoot di kelantan 2
Sumber gambar: Instagram @rumahdusun

Bagi anda yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan, perkhemahan dan perhimpunan juga boleh dilakukan di sini.

Hotel Terdekat

Madrasah Ihya Ulumuddin

3 Pusat pengajian Islam di Pasir Puteh

Alamat: Lot 425, 16810, Kampung Berangan, Selising, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir puteh: Madrasah Ihya Ulumuddin
Sumber gambar: Abd Shukor

Bagi anda pengunjung muslim, alang-alang dah singgah di Rumah Dusun dan Jeram Mengaji Resort, singgah juga ke Madrasah Ihya Ulumuddin.

gambar madrasah di kelantan
Sumber gambar: Instagram @vocabkelantan

Menariknya madrasah ini adalah bangunannya tidak kelihatan seperti madrasah dan ia berkonsepkan ‘pondok dalam taman’.

tempat makan sedap di kelantan
Sumber gambar: Instagram @vocabkelantan

Susunan senibina pusat pengajian Islam ini amatlah indah dengan pondok klasik zaman dahulu, pondok chalet dan pondok moden.

gambar madrasah di kelantan
Sumber gambar: Instagram @vocabkelantan

Selain itu, terdapat masjid melengkapi kawasan madrasah ini yang dijadikan sebagai tempat beribadah dan pengajian ilmu.

Hotel Terdekat

Warung D’baroh

4 Tempat makan best di Pasir Puteh

Alamat: Kampung Jerus, 16450 Melor, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir puteh: Warung D'Baroh
Sumber gambar: Facebook @Kelantan

Di dalam dialek Kelantan ‘Baroh’ bermaksud bendang atau sawah padi.

Begitulah nama yang diberikan pada tempat viral di Kelantan yang terletak di kawasan sawah padi ini.

gambar warung cantik di pasir putih kelantan 1
Sumber gambar: Instagram @vocabkelantan

Jadi apa yang best di Warung D’Baroh ini? Sudah tentulah hidangan terkenal di Kelantan iaitu mee celup bersama masakan panas dan roti bakar telur gedik.

gambar warung cantik di pasir putih kelantan 1
Sumber gambar: Instagram @vocabkelantan

Keunikannya ditambah lagi dengan pelbagai barangan antik dan hiasan payung berwarna-warni yang menarik lagi kehadiran pengunjung ke sini.

Hotel Terdekat

Replika Bot Nelayan Tok Bali

5 Replika mercu tanda di Pasir Puteh

Alamat: Replika Bot Nelayan Tok Bali

Telefon: –

Replika bot nelayan tok bali
Sumber gambar: Majlis Daerah Pasir Puteh, my.worldorgs.com

Rata-rata mengetahui Tok Bali terkenal di Kelantan sebagai destinasi pendaratan ikan. Tetapi tahukah anda sejarah tempat viral di Kelantan ini sehingga munculnya replika ini?

Terdahulu, seorang pelayar dari Bali, Indonesia terdampar di sebuah pantai akibat kapalnya pecah di tengah-tengah lautan. Lalu, tempat ini dikenal sebagai Tok Bali sehinggalah kini.

Hotel Terdekat

Tugu Tok Janggut

6 Tugu peringatan di Pasir Puteh

Alamat: Alamat: Jalan Merbol, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: –

tugu tok janggut
Sumber gambar: Majlis Daerah Pasir Puteh, rileklah.com, duniasejarah666.blogspot.com, 4.bp.blogspot.com

Siapa sahaja yang tidak mengenali Tok Janggut, pahlawan terhebat yang menentang penjajah Inggeris di Kelantan kan?

Lalu, Tugu Tok Janggut dibina pada tahun 2005 oleh Majlis Daerah Pasir Puteh bagi mengenang jasa beliau.

tugu menarik di pasir putih kelantan
Sumber gambar: Instagram @azimmohammed_

Tugu berkenaan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Muhammad Hassan bin Munas mempunyai 3 elemen yang dibangkitkan.

Iaitu ‘semutar’ sebagai pakaian pendekar zaman dahulu, ‘keris’ dan ‘lembing’ sebagai senjata serta pertahanan orang Melayu.

Hotel Terdekat

Jeram Mengaji Agro Resort

7 Tempat penginapan agro pelancongan di Pasir Puteh

Alamat: Lot 972, Kg. Sungai Durian Mukim Banggol Setoi, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: 09-789 2120

Jeram Mengaji Agro Resort
Sumber gambar: Drone Pilot, Ali Abusafia, Zuraida Yaacob, Jeram Mengaji Agro Resort

Meskipun terletak di kawasan pedalaman, tempat percutian menarik di Kelantan ini tetap dibanjiri oleh ramai pengunjung.

Jeram Mak Nenek atau dikenali sebagai Jeram Mengaji Agro Resort terletak hanya 22 km dari bandar Pasir Puteh.

jeram mak nenek di kelantan
Sumber gambar: Instagram @tengku_izzuan

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi melancarkan lagi aktiviti menarik di sini.

Iaitu tapak perkhemahan, pakej kahwin dan katering, dewan seminar, tempat penginapan serta banyak lagi.

tempat mandi manda di kelantan
Sumber gambar: Instagram @shahilasukri

Bagi anda yang ingin menganjurkan family day juga boleh dilakukan di sini tau!

Hotel Terdekat

Pantai Bisikan Bayu

8 Pantai di Pasir Puteh

Alamat: Kampung Dalam Rhu, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

Telefon: –

Pantai Bisikan Bayu
Sumber gambar: Fasri Syafi, Yusni Tarmizi Mohd Yusof, Nur Wardah, Leesoon Gan

Mencari tempat lepak mahupun beriadah bersama orang-orang tersayang?

Pantai Bisikan Bayu adalah pilihan yang tepat sebagai tempat percutian menarik di Kelantan.

pantai cantik di pasir putih kelantan
Sumber gambar: Instagram @niasyaqiera

Anda boleh melakukan aktiviti menunggang atv dan bermain layang-layang di sini.

family day di pantai kelantan
Sumber gambar: Instagram @ikhsanisda

Selain itu, kemudahan seperti taman permainan, gerai-gerai jualan, pondok rehat dan buaian pantai juga terdapat di sini.

Hotel Terdekat

Pasar Tani Pokok Getah

9 Tempat menarik untuk membeli-belah di Pasir Puteh

Alamat: Jalan Guntong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: –

Pasar Tani Pokok Getah
Sumber gambar: Asraf Ridzuan Abu Samah, Dhani Ahmad

Asyik membeli-belah di mall sahaja mari berbelanja di tempat rare pula kan? Meskipun Pasar Tani Pokok Getah dibuka hanya sehari sahaja tetap padat dengan kehadiran pengunjung. 

Antara barangan yang dijual di sini ialah barangan basah, kering dan kraftangan yang menarik.

Waktu operasi: Jumaat (6 pagi – 12 tengah hari)

Hotel Terdekat

Wakaf Tuan Farrer

10 Wakaf bersejarah di Pasir Puteh

Alamat: Jalan Nara, 16800, Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: 09-786 6011

Wakaf Tuan Farrer
Sumber gambar: Kim Soon Sen, Facebook @Destinasi Kelantan, azem gemilang, adisaufi.blogspot.com

Wakaf Farrer atau ‘Rest Pavilion‘ diambil bersempena nama pegawai British di Kelantan iaitu Tuan Farrer. Ia dibina secara berperingkat pada tahun 1917-1919 sebagai tempat berehat bagi penduduk setempat.

Reka bentuk wakaf yang utuh berdiri selama 80 tahun ini adalah kombinasi Inggeris dan Melayu. Di mana bumbungnya berbentuk ‘A’ serta terpahat nama wakaf dalam tulisan rumi dan jawi.

Hotel Terdekat

Bukit Gua Kambing

11 Tempat menarik untuk hiking di Pasir Puteh

Alamat: Pulai Chondong, Kelantan

Telefon: –

Gua Kambing
Sumber gambar: Sozu San, Qairul Fiqri, PULADA ULU TIRAM, Yaya Maira

Terletak di antara 3 daerah iaitu Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu semestinya menjadi pilihan ‘kaki hiking’ ke sini.

bergambar bersama rakan di gua kambing kelantan
Sumber gambar: Instagram @bointernet

Anda boleh memilih laluan mendaki ke Bukit Gua Kambing melalui Kuari Bukit Luruh ataupun Taman Guru.

bukit gua kambing di kelantan
Sumber instagram: @j4zil_11

Turut dikenali sebagai Bukit Merbau ini berketinggian 426 m yang terpelihara di Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat.

bukit gua kambing di kelantan1
Sumber gambar: Instagram @ssaifulamirr

Menariknya di sini, sebelum tiba ke puncak anda dapat menemui kawasan batu tumpuan para pendaki iaitu Gua Kambing.

Hotel Terdekat

Kolam Mandi Awang Bongsu

12 Taman tema air di Pasir Puteh

Alamat: Alamat: 16700 Cherang Ruku, Kelantan

Telefon: –

Kolam Mandi Awang Bongsu
Sumber gambar: keri jaga, Rosmawati NH, Ezyra Azira video collection, Mohd idi haikal Amir

Mencari tempat percutian menarik di Kelantan untuk anak-anak anda? Mari bawa mereka mandi-manda di Kolam Mandi Awang Bongsu!

kolam mandi bongsu di kelantan
Sumber gambar: Instagram @cahaya_aniss

Meskipun ia hanyalah taman tema air mini sahaja tetapi ia mampu menghiburkan pengunjung yang hadir.

mandi manda bersama keluarga di pasir puteh kelantan
Sumber gambar: Instagram @hafizahrridzar

Taman tema air ini mempunyai 4 kolam mandi yang berbeza tahap kedalaman dan 4 jenis gelongsor.

mandi manda bersama keluarga di pasir puteh
Sumber gambar: Instagram @azmisafai

Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan tempat penginapan yang cukup selesa.

Hotel Terdekat

Lata Jeram Linang

13 Kawasan rekreasi terawal di Kelantan

Alamat: 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: 09-786 6011

Lata Jeram Linang
Sumber gambar: Amirul Iman, Al-Akhyar Doctorgraphy, Noor Hisham Ismail

Adakah anda tahu bahawa Lata Jeram menempatkan air terjun yang terawal di Kelantan?

lata jeram tempat mandi di pasir puteh kelantan
Sumber gambar: Instagram @joe0606

Lata ini memiliki air terjun berbatu setinggi 12 m yang bertingkat. Selain itu, ia turut menjadi laluan untuk mendaki ke puncak air terjun.

lata jeram tempat mandi di pasir puteh kelantan 1
Sumber gambar: Instagram @muqrisshahh

Lain daripada itu, banyak lagi kemudahan yang ada di sini iaitu tapak perkhemahan dan zoo mini untuk dilawati.

Hotel Terdekat

Air Terjun Jelawang

14 Air terjun tertinggi di Asia Tenggara

Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Telefon: 09-966 3345

Air Terjun Jelawang
Sumber gambar: Syed Al-Yahya, ZhEn Yap, Nq Okuma, Ahmad Auzaie

Air Terjun Jelawang bukan sahaja tertinggi di Malaysia malah di Asia Tenggara tau!

Ia boleh dijumpai di Taman Hutan Negeri Stong setinggi 7 tingkat dengan 303 m tingginya.

air terjun jelawang di pasir puteh kelantan
Sumber gambar: Instagram @natsyayusoff

Tambahan pula, anda boleh berjalan kaki di jambatan gantung bagi melihat keindahan ciptaan Tuhan di sini.

Hutan di kawasan air terjun ini didiami banyak haiwan seperti gajah Asia, seladang, burung merah Angus, harimau Malaya dan tapir.  

Hotel Terdekat

Tok Aman Bali Beach Resort

15 Resort mewah dan moden di Pasir Puteh

Alamat: 6264, 1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon: 09-691 8809

Tok Aman Bali Beach Resort
Sumber gambar: ZenHotels, Ezequiel Galli, zacH .H, Nur MyNia

Mencari tempat penginapan mewah dan moden dengan pemandangan yang menarik? Tok Aman Bali Beach Resort adalah pilihan yang tepat!

ootd di resort tok bali kelantan
Sumber gambar: Instagram @afqhfairuzz

Berbekalkan pemandangan tasik yang indah dari bilik menjadikan resort ini menjadi tarikan pengunjung untuk menginap di sini.

bergambar menarik di resort tok bali kelantan
Sumber gambar: Instagram @yowmaya

Di samping itu, ia juga berhampiran dengan Pantai Bisikan Bayu, Pantai Tok Bali dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu.

mandi manda di oudoor pool resort tok bali kelantan
Sumber gambar: Instagram @atinaishak

Jenis bilik yang ditawarkan ialah deluxe king/twin/triple room with lake view dan suite with balcony.

Selanjutnya Di Agoda

Related articles

  • Tempat Menarik Di Kampar
  • Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan
Tags: Kelantantempat menarik pasir puteh

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved