Table of Contents
Bukan sahaja lapangan terbang utama Johor terkenal di Senai, tapi terdapat juga tempat menarik di Senai yang boleh dikunjungi.
Senai merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Kulai. Perkataan ‘Senai’ berasal daripada spesies pokok tempatan iaitu pokok Sinai.
Bandar ini terletak di lebuhraya Skudai iaitu laluan penting yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Tambahan pula, majoriti penduduk yang mendiami bandar ini merupakan masyarakat berbilang bangsa.
Senarai tempat menarik di Senai
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pastinya menjadi destinasi utama untuk ketibaan dan pelepasan pelancong dari dalam dan luar negara.
Terdapat banyak port terbaik di Senai sebagai tempat penginapan homestay Senai Johor atau tempat makan menarik di Senai Johor.
Berikut kami senaraikan 13 tempat menarik di Senai Johor khas buat anda!
Hotel Zamsaham
1 Hotel bajet di Senai
Alamat: No 3-4 Jalan Terminal 2 Senai Centre Point, 81400, Johor
Telefon: 07-590 9497
Terletak hanya 100 m dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, serta berdekatan Legoland dan Singapura, hotel ini merupakan pilihan strategik untuk menginap.
Hotel Zamsaham bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, malah mempunyai bilik solat berasingan bagi lelaki dan perempuan tau!
Tambahan pula, anda boleh menjamu selera di Zamstreet Cafe yang terletak di dalam hotel ini. Jenis bilik yang tersedia di hotel ini adalah ‘single room’ dan ‘queen room’. Penginapan semalam bermula dari RM85.
Johor Premium Outlet (JPO)
2 Mall di Senai
Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 07-661 8888
JPO merupakan pusat beli-belah yang terkenal di Senai dengan menempatkan 150 lot kedai. Selain itu, mall ini menawarkan pelbagai koleksi berjenama dan mewah mengikut citarasa anda.
Antara barang-barang tersebut ialah “Under Armor”, “Gucci”, “Puma”, “Nike”, “Calvin Klein” dan “Adidas”. Lepas tu, anda boleh singgah di Kafe Dome untuk menikmati keenakan kopi.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
3 Lapangan terbang utama di Johor
Alamat: Johor Darul Ta’zim, 81250 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-599 4500
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail.
Dengan menjalankan 22 penerbangan setiap hari, ia merupakan lapangan terbang ke-5 paling sibuk di Malaysia.
Tambahan pula, ia dikendalikan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn. Bhd.
Palm Resort Golf & Country Club
4 Resort dan golf di Senai
Alamat: Golf, Jalan Persiaran, Off, Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor
Telefon: 07-599 6222
Nak cari tempat menarik di Senai untuk penginapan yang bukan sahaja tempat bermalam tapi juga tempat bermain golf? Booking je Palm Resort Golf & Country Club!
Walaupun bukan homestay Senai Johor, resort ini menyediakan 3 jenis golf course iaitu Allamanda, Cempaka dan Melati.
Bukan padang golf sahaja, malah terdapat banyak kemudahan sukan lain seperti kemudahan squash, tenis, memanah, gimnasium, boling dan snooker.
Restoran D’Ambang
5 Masakan melayu di Senai
Alamat: 1769, Jalan Senai Utama 1/2, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor
Telefon: –
Mencari tempat makan menarik di Senai Johor berkonsepkan masakan Melayu? Terletaknya di Taman Senai Utama, Restoran D’Ambang antara pilihan tepat!
Menu utama masakan Melayu yang anda boleh cuba ialah nasi ayam penyet, lontong, nasi pecel lele dan nasi ambang.
Mereka juga menyediakan hidangan set seperti set asam pedas ikan pari, kembung, merah, daging dan ayam.
Jika anda ingin menempah makanan untuk majlis seperti kenduri kahwin pun boleh ya!
Warong Pak Abu, Kg. Jaya Sepakat
6 Mee bandung udang di Senai
Alamat: 30, Jalan Berkat 2, Kampung Jaya Sepakat, 81400 Senai, Johor
Telefon: 07-599 2279
Jika di Muar terkenal dengan mee bandung, di Senai pula terkenal dengan hidangan mee yang melimpah dengan udang.
Warong Pak Abu, Kg Jaya Sepakat merupakan salah satu tempat makan menarik di Senai Johor yang menyediakan menu masakan panas bersama udang.
Udang yang diletak bukannya kecil tetapi besar dan banyak tau! Antara menu terkenal yang anda wajib cuba ialah mee bandung udang dan nasi goreng udang.
Kalau anda nak tahu, kuah mee bandung ini cukup pekat, tak terlalu pedas dan lemak manis cukup rasa lah!
Waktu operasi: Ahad – Jumaat (8 pagi – 9:30 malam)
7BERADIK
7 Masakan Negeri Sembilan di Senai
Alamat: Jalan Mewah Utama, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor
Telefon: –
Kalau anda nak rasa masakan ‘oghang nogori tersodap’ di Senai, bolehlah singgah ke Restoran 7 Beradik.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa restoran ini dinamakan 7 Beradik kan? Ianya kerana pemilik restoran ini mempunyai 7 orang anak.
Antara masakan Negeri Sembilan yang popular di sini ialah gulai ayam, daging, itik, keli dan salai. Nasi ayam penyet bersama ayam goreng rangup memang sedap!
Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)
Gerobok Pisang & Cendol Durian
8 Gerai cendol dan pisang di Senai
Alamat: 782, Jalan Senai Utama 4/6, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor
Telefon: –
Minum petang pekena dengan pisang goreng dan cendol best juga kan? Jom ke Gerobok Pisang dan Cendol Durian!
Ditambah dengan isi durian berwarna kuning rasa berlemak pastinya menambahkan lagi keeenakan rasa pada cendol ini.
Lepas tu, makan pula pisang goreng panas dan rangup. Memang perghh terbaik!
Waktu operasi: Setiap hari (1tengah hari – 6 petang)
Perth Hotel
9 Hotel mewah di Senai
Alamat: 21, Jalan Terminal 1, 81400 Senai, Johor
Telefon: 07-590 9933
Hanya 3 min dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, anda boleh menemui hotel mewah di sini.
Hotel SEM9 Senai atau dikenali sebagai Perth Hotel menawarkan 121 bilik yang selesa dengan harga bermula dari RM 182.
Antara jenis bilik yang tersedia di sini termasuklah bilik king, family, deluxe double room, guest room dan perth room.
Rina Balinese Resort
10 Resort berkonsepkan Bali di Senai
Alamat: 2515, 6, Jalan Seelong Jaya, Kampung Seelong Jaya, 81400 Senai, Johor
Telefon: –
Anda mencari penginapan ala-ala di Bali, Indonesia? Tidak perlu bersusah payah ke luar negara kerana di Senai juga ada tau!
Rina Balinese Resort yang lebih mewah daripada homestay Senai Johor ini terletak hanya 30 min dari kawasan lapangan terbang.
Resort yang dikelilingi alam semulajadi ini menawarkan pemandangan bilik taman tropika.
Tambahan pula, anda boleh mencuba urutan spa, berkunjung ke ladang buah-buahan dan menikmati hidangan Indonesia di restoran di sini.
Dome Café @ JPO
11 Kafe di Senai
Alamat: Suite No. 633, Johor Premium Outlets, 81000, Johor
Telefon: –
Kalau anda ke JPO, jangan lupa singgah menikmati keenakan kopi dan teh di Dome Cafe. Suasananya yang klasik dengan hiasan kayu pastinya mampu menambahkan selera makan anda di sini.
Tahukah anda, Dome Cafe mempunyai cawangan di seluruh Malaysia? Dengan adanya lebih daripada 1 cawangan, bermakna menu-menu di sini menawarkan pelbagai citarasa yang disukai oleh ramai orang.
Hidangan nasi lemak, pai ayam, lasagna daging lembu dan seafood spaghetti turut dihidangkan di sini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Hutan Bandar Putra
12 Hutan rekreasi di Senai
Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai Johor
Telefon: –
Mencari tempat yang jauh dari kesibukan warga kota? Anda wajib berekreasi di Hutan Bandar Putra yang sungguh mendamaikan ini.
Terletak tidak jauh dari kawasan lapangan terbang, menjadikan ia mudah diakses.
Terdapat pelbagai fasiliti seperti trek berbasikal, jalan kaki, joging, taman permainan dan parkir yang luas disediakan di sini.
Upside Down Warm House
13 Rumah terbalik di Senai
Alamat: 5019, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor
Telefon: –
Terletak tidak jauh dari Hutan Bandar Putra, anda boleh menemui Upside Down House. Anda mencari tempat percutian rare? Inilah destinasinya!
Di sini, anda dapat menyaksikan semua ruangan di dalam rumah ini terbalik dalam 3D, seolah-olah anda terapung di udara. Menarik bukan?
Antara ruangan yang terdapat dalam rumah terbalik ini termasuk ruang tamu, lautan dengan ikan jerung, ladang lembu, bilik tidur dan ruang makan.