Table of Contents
Anda tertanya-tanya dimanakah tempat menarik di Kuala Sepetang? Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita imbas sedikit sejarah Kuala Sepetang atau nama asalnya Port Weld.
Nama ini diambil daripada Sir Frederick Weld yang datang membawa kemajuan di Taiping, Perak pada tahun 1881.
Dahulunya, Kuala Sepetang menjadi lokasi pelabuhan kerana lokasinya yang strategik dalam perdagangan.
Disebabkan itu, pada tahun 1880, pihak British telah membina landasan kereta api dari Kuala Sepetang ke Taiping untuk pengangkutan bahan mentah dan perniagaan.
Senarai tempat menarik di Kuala Sepetang, Perak
Terletak hanya 12 km dari Taiping, Kuala Sepetang Perak merupakan perkampungan nelayan yang indah dan berlandskapkan kawasan hutan paya bakau yang luas.
Hal ini menjadi daya tarikan pelancong dalam mahupun luar negara datang berkunjung, terutama untuk mencuba mee udang Kuala Sepetang yang popular.
Sekarang, tempat menarik di Kuala Sepetang Taiping telah menjadi destinasi wajib di Perak.
Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
1 Aktiviti meneroka hutan paya bakau di Kuala Sepetang
Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 05-858 1762
Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang adalah kawasan hutan paya bakau tertua di Malaysia, berusia 100 tahun.
Panorama hutan paya yang hijau dengan pokok bakau yang menjalar dan kicaun burung sangat menenangkan jiwa.
Nak jungle trekking? Sudah tentu boleh! Anda juga boleh berkhemah, memancing, dan melihat ekosistem hutan paya laut di sini.
Terdapat fasiliti seperti tandas, surau, gerai, dan tempat parking.Tiket masuk juga berpatutan, hanya RM 5 untuk dewasa dan kanak-kanak percuma.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 petang)
Kilang Arang Kuala Sepetang
2 Kilang arang di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 012-4286098
Tahukah anda? Sektor ekonomi tertua di Kuala Sepetang Perak adalah pembuatan arang.
Arang dari sini sangat berkualiti dan mendapat permintaan tinggi dari negara seperti Korea, Jepun, dan Arab.
Proses pembuatan arang bukanlah mudah, ia memerlukan masa, kesabaran, dan ketelitian untuk menghasilkan arang terbaik. Biasanya, proses ini mengambil masa sebulan.
Kilang arang ini merupakan salah satu tempat menarik di kuala sepetang yang menjadi tarikan pelancong.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 5 petang)
Jambatan Pelabuhan Weld Kuala Sepetang
3 Port menarik untuk melihat sunset di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: –
Jambatan Pelabuhan Weld Kuala Sepetang adalah salah satu lokasi terindah di Kuala Sepetang.
Jambatan ini terletak di Sungai Reba dan menawarkan panorama rumah atas air, kesibukan bot-bot nelayan, dan feri yang memberikan suasana kampung nelayan.
Selain itu, jambatan ini menghubungkan anda dengan kawasan masyarakat Cina yang boleh dicapai dengan berjalan kaki atau menunggang motosikal.
Tempat ini juga sesuai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Kuala Sepetang serta melihat perkampungan nelayan.
Papan Tanda Stesen Kereta Api Port Weld
4 Tinggalan sejarah di Kuala Sepetang
Alamat: 75, Jalan Trump, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: –
Mengimbas semula sejarah Kuala Sepetang, kawasan ini adalah laluan kereta api antara Taiping dan Kuala Sepetang.
Ia membawa bahan-bahan mentah seperti arang, timah, dan lain-lain. Lokasi ini memainkan peranan penting dalam sejarah British di sini.
Sekarang semuanya telah menjadi sejarah dan anda boleh melihat sisa peninggalannya seperti papan tanda stesen kereta api port weld.
Papan tanda ini telah berdiri lebih dari satu abad dengan penulisan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India.
Kini ianya menjadi tarikan pelancong untuk bergambar dengan peninggalan sejarah Kuala Sepetang.
Lawatan Bot Kuala Sepetang
5 River cruise di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Besar, Jalan Sungai Manggis, Kampung Kuala Sepetang 34650, Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
Telefon: 012-514 5023
Salah satu aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kuala Sepetang adalah melawat perairan Kuala Sepetang dengan bot dari Jeti Kuala Sepetang.
Pakej lawatan akan membawa anda ke perkampungan nelayan, kolam penternakan kerang, ikan dan melihat hidupan liar seperti helang, serta penerangan sejarah Kuala Sepetang.
Jangan risau, keselamatan anda terjamin kerana dibekalkan dengan jaket keselamatan serta pemandu pelancong yang berpengalaman.
Setiap pakej akan membawa 5-6 orang selama 1 jam setengah.
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 10 malam)
Kuala Sepetang Eagle Feeding
6 Aktiviti eagle feeding di Kuala Sepetang
Alamat: 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 012-5145023
Kuala Sepetang juga terkenal dengan burung helang dan anda boleh menyaksikan burung helang ini beraksi dengan lawatan bot.
Sedikit info, burung helang merupakan burung terpantas di udara. Spesis burung helang di Kuala Sepetang adalah White Bellied dan terdapat sekitar 500 ekor.
Selain burung helang, anda juga berpeluang melihat spesis burung lain seperti burung raja udang, woodpecker, pekaka bitnik, dan pekaka emas.
Pemandu pelancong akan melontar ayam ke laut dan burung helang akan datang menyambar makanan tersebut dengan pantas.
Ditambah dengan landskap laut, suasana ini akan melekat di minda.
Dolphin Tour Kuala Sepetang
7 AKtiviti dolphin tour di Kuala Sepetang
Alamat: C13, Kampung Menteri, Kuala Sepetang 34650 Taiping, Perak
Telefon: 012-631 6132
Selain burung helang, dolphin juga antara tarikan pelancong di Kuala Sepetang. Dolphin sangatlah jarang ditemukan, tetapi anda berpeluang untuk melihat haiwan rare ini di Kuala Sepetang .
Malahan, dolphin juga adalah haiwan yang friendly tetapi anda harus sentiasa waspada kerana ianya masih hidupan liar dan sukar dijangkakan.
Dolphin Tour Kuala Sepetang akan membawa anda trip selama 3 jam mengelilingi perairan Kuala Sepetang dan anda perlu menempah 2 minggu awal.
Waktu operasi: Secara tempahan (3 jam setiap trip)
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
8 Tempat makan di Kuala Sepetang
Alamat: Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 05-858 1400
Tidak lengkap percutian anda jika tidak merasai keenakan mee udang Kuala Sepetang.
Lokasi terbaik dan popular untuk makan mee udang sudah tentu di Restoran Mee Udang Mak Jah.
Makan mee udang sambil layan sunset di jeti Kuala Sepetang sangatlah menyeronokkan!
Dijamin anda akan berpuas hati sebab udangnya besar-besar dan segar. Nikmati keenakan Kuala Sepetang seafood halal!
Muzium Matang
9 Muzium berdekatan Kuala Sepetang
Alamat: Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Perak
Telefon: 05-847 7970
Jangan lepaskan peluang singgah dan kunjungi muzium ini jika anda memandu dari Taiping ke Kuala Sepetang. Kompleks Sejarah Matang atau Muzium Matang ini dibina oleh Ngah Ibrahim.
Pameran ini banyak menumpukan kepada sejarah politik Bandar Taiping dan Kuala Sepetang sebelum penjajahan British di Tanah Melayu.
Masuk ke muzium ini juga percuma dan anda boleh mempelajari mengenai sejarah Perang Larut.
Selain itu, muzium ini memaparkan alat pertanian, alat ukur dan barangan yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah Larut. Jika anda mempunyai beberapa jam lagi, sila singgah!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Wonder Farm Mushroom
10 Melawat kebun cendawan di Kuala Sepetang
Alamat: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping, Negeri Perak
Telefon: 016-531 8161
Ladang cendawan organik berdekatan daerah Kuala Sepetang ini telah menanam pelbagai jenis cendawan sejak 30 tahun lalu.
Selain menjual cendawan segar, mereka juga menyediakan pelbagai produk makanan dan minuman yang mengandungi cendawan.
Kanak-kanak akan sangat gembira belajar cara menanam cendawan organik semasa lawatan mereka.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 4.30 petang)