Table of Contents
Nak tahu apa yang menarik di Gua Musang? Gua musang merupakan sebuah daerah di Kelantan yang menjadi salah satu tempat yang menarik bagi pelancong.
Lebih-lebih lagi, setelah kejadian banjir 2014, kerajaan Kelantan telah menaiktaraf semua kawasan yang berpotensi bagi pelancongan di daerah Gua Musang.
Senarai tempat menarik di Gua Musang
Sebelum memulakan percutian, anda perlu merancang dulu perjalanan. Berikut merupakan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi ketika jalan jalan di Gua Musang.
Hotel Phoenix Gua Musang
1 Hotel di Gua Musang
Alamat: PT 13457-13460 Taman Sungai Chindai, Jln Pekan Lama, 18300 Gua Musang
Telefon: 011-10920698

Hotel bajet Gua Musang ini terletak tidak jauh dari bandar. Terdapat semua jenis bilik yang anda perlukan, bermula dari standard hingga family suite. Kedai makan juga dekat dengan hotel ini.
Selain itu, tempat letak kereta juga luas di sini. Harga bilik yang ditawarkan sangat berpatutan dan suasana hotel ini seperti di antara bandar lama dan baru.
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang akan singgah bermalam di sini. Murah, bersih dan sangat selesa!
Durian Hill Villa
2 Homestay di Gua Musang
Alamat: PT5606, Jalan Akasia Utama 2/4, Bandar Utama, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 016-900 0338

Jika anda lebih mementingkan privacy bersama keluarga, anda boleh tinggal di homestay yang menjadi pilihan iaitu Durian Hill Villa.
Homestay yang disediakan sangat selesa, berdasarkan review pelanggan mereka kebanyakan memberikan feedback yang baik selepas tinggal di homestay ini.
Hirup udara segar pada waktu pagi. Viewnya juga cantik! Jadi, jika ingin percutian keluarga yang penuh privacy, menginaplah di homestay ini.
Roti Canai London
3 Sarapan pagi di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 011-1784 4693

Roti canai London, nama kedai makan yang unik. Keunikan roti ini sebanding dengan kesedapan rasanya yang garing di luar dan rapuh di dalam.
Dah puas makan roti canai biasa? Apa kata anda cuba roti canai London pula. Dipadukan dengan kuah kari daging yang mantap. Memang tak cukup satu.
Selain dari roti canai London ini, terdapat juga sarapan pagi seperti kuih muih, masakan kampung dan lain-lain. Pilihlah sesuai selera anda.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (6 pagi – 5 petang)
Warung Buluh
4 Kedai makan western di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Warung buluh menyajikan pelbagai menu, bermula dari menu masakan Melayu hingga barat. Makanan di sini juga sedap. Servis penyajian cepat dengan harga yang berpatutan.
Menu yang paling sedap di sini ialah makanan sajian Thai yang penuh dengan aroma dan rasa yang sempurna. Tidak hairanlah, pengunjung suka memilih tempat ini dan makan di sini.
Waktu operasi: Buka setiap hari ( 2.30 petang – 11 malam)
Taman Tasik Gua Musang
5 Taman di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Aktiviti perlombongan yang pesat suatu ketika dahulu telah membentuk kawasan ini menjadi tasik di Kelantan.
Kini, kawasan ini telah berubah menjadi taman rekreasi dan tempat bersantai bersama keluarga. Selain menikmati keindahan tasik dan persekitarannya, terdapat banyak spot cantik untuk anda.
Bagi yang suka beriadah, berjogging dan bergambar, anda wajib datang ke tempat menarik di Gua Musang ini!
Muse EcoPark
6 Aktiviti hiking di Gua Musang
Alamat: Muse Ecopark, Gua Musang, Kelantan
Telefon: 012-2904007 / Whatsapp

Muse Ecopark memang terkenal kalau nak buat aktiviti lasak. Ada beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung, seperti flying fox dan hiking gua batu kapur.
Kalau nak lihat keseluruhan bandar Gua Musang dari atas, bolehlah hiking sampai puncak bukit batu kapur.
Cuba aktiviti baru, Via Feratta! Anda akan berjalan di dinding menggunakan alat keselamatan dengan bimbingan dari mereka yang mahir.
Aktiviti ini lebih mencabar tapi seronok bagi yang suka cabaran. Jika terasa lapar selepas beraktiviti, bolehlah singgah ke Warong Muse atau KB Brewster.
Baca: 13 Hotel Kids Friendly Terbaik Di Malaysia
Masjid Buluh Gua Musang
7 Masjid di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Masjid ini sepenuhnya dibuat daripada buluh dan merupakan masjid buluh pertama di Kelantan.
Masjid unik ini terletak berdekatan dengan gua batu kapur dan selalu menjadi tempat persinggahan untuk solat serta berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Selain itu, masjid ini lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan parking yang luas.
Sungai Nenggiri & Rangkaian Jeram
8 Aktiviti berakit dan river cruise di Gua Musang
Alamat: Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Sungai Nenggiri merupakan sungai yang menjadi laluan perhubungan bagi masyakarat orang asli. Sungai ini mempunyai 40 jeram yang sesuai untuk aktiviti berakit. Nak memancing pun boleh!
Jika anda ingin merasai pengalaman river cruise, boleh hubungi para petugas. Mereka akan bawa anda menyusuri sungai sejauh 50 kilometer. Sehari disini memang tak cukup!
Anda boleh pilih pakej bermalam sambil melawat tempat menarik sekitar seperti tapak bersejarah zaman purba di Gua Cha dan melihat kehidupan orang asli.
Gua Chiku
9 Gua batu kapur di Gua Musang
Alamat: Jln Mat kilau, 18300, Kelantan
Telefon: 016-685 7937

Gua Chiku merupakan gua batu kapur yang unik dengan tujuh aras yang menyimpan khazanah alam semula jadi.
Jika berkunjung ke sini, anda akan melihat bentuk-bentuk batuan menarik yang tercipta secara semula jadi. Terdapat batu-batu yang menyerupai bentuk gajah, orang tidur, mahkota dan banyak lagi.
Gua ini mempunyai tiga pintu dan kemudahan pejalan kaki untuk masuk ke dalam gua. Harga tiket masuk berbeza mengikut umur pengunjung.
Dengan keluasan sepanjang 15 ekar, lihatlah keunikan batuan sepanjang perjalanan itu. Biasanya, pengunjung akan ramai pada hujung minggu.
Stesen Keretapi Lama Gua Musang
10 Tempat bersejarah di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Hentian keretapi ini menjadi persinggahan pelancong sebelum trip to Dabong Kelantan, serta menjadi tempat tarikan pelancong untuk bergambar.
Jadi, bagi anda yang ingin berkunjung ke sini, jangan lupa bergambar sebagai tanda telah datang ke Gua Musang.
Industri Burung Walit
11 Burung walit di Gua Musang
Alamat: Lot 2026, Kg Tanah Putih, 18300 Gua musang Kelantan
Telefon: –

Sarang burung walit sudah dikenali ramai kerana banyak manfaatnya kepada kesihatan dan permintaan tinggi untuk pembuatan kosmetik.
Pengunjung boleh ke sini untuk melihat pameran mengenai sarang burung walit dan membeli produk ini.
Salah seorang pengusaha produk berasaskan Sarang Walit yang terkenal di Gua Musang ialah Mohamad Azani Bin Mohamad Zin founder produk Emas Langit.
Gua Madu
12 Gua menarik di Gua Musang
Alamat: Gua Madu, Jln Kampung Batu Papan, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Inilah salah sebuah gua batu kapur yang menarik di Gua Musang. Mendapat gelaran “gua madu” kerana terdapat banyak sarang lebah yang menempel di sini dan menghasilkan madu.
Selain itu, anda juga boleh melihat banyak sarang burung di dalam gua ini.
Padang Golf & Sukan Berkuda
13 Aktiviti golf di Gua Musang
Alamat: Jalan Persiaran Raya, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 09-9120010

Padang ini dinamakan Kelab Rekreasi Perdana dan terletak berhampiran dengan Taman Etnobotani.
Tempat yang luas ini dilengkapi dengan 9 lubang golf dan bayarannya amat berpatutan. Ia dibuka untuk orang ramai datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagi yang berminat dalam sukan berkuda, anda boleh melakukannya di sini.
Tokong Air dan Bulan (Tokong Shui Yuegong)
14 Tokong di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Tokong Shui Yuegong ini merupakan tokong tertua di Kelantan. Dibina lebih dari empat ratus tahun yang lalu oleh peneroka bijih emas.
Keindahan senibina tokong ini telah menarik pengunjung untuk datang menikmati pemandangan alam semulajadi di sekitarnya. Ini adalah tempat lawatan paling cantik di Gua Musang.
Taman Etnobotani Gua Musang
15 Taman menarik di Gua Musang
Alamat: Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –

Jika anda ingin menikmati panorama yang menarik sambil bersantai bersama keluarga pada hujung minggu, maka inilah tempatnya.
Tempat ini dibangunkan untuk menjaga hutan dan tanaman herba yang digunakan untuk penyelidikan, serta sebagai kawasan riadah bagi pengunjung.
Antara tarikan lain di sini ialah taman mini, rock climbing, spa dan sauna, taman tema air dan banyak lagi. Peralatan disewakan di sini sekiranya anda ingin mencuba aktiviti di sini.
Selain beriadah, pupuklah semangat cinta kepada hutan kepada anak-anak anda. Jadi, mari bercuti di tempat menarik Gua Musang!