Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

Nora by Nora
February 10, 2023
in Travel
tempat menarik di tanjung malim perak

Sumber gambar: Kano Ky

0
SHARES
9.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk bergambar di Tanjung Malim
  • 2. Tempat rekreasi di Tanjung Malim
  • 3. Muzium di Tanjong Malim
  • 4. Tempat menarik untuk berkelah di Slim River
  • 5. Aktiviti go kart di Tanjung Malim
  • 6. Ladang halia di Tanjung Malim
  • 7. Tempat menarik di Slim River
  • 8. Tempat memancing di Tanjung Malim
  • 9. Tempat camping di Tanjong Malim
  • 10. Resort menarik tepi sungai di Tanjung Malim
  • 11. Tempat menarik untuk lepak di Tanjung Malim
  • 12. Aktiviti lasak di Slim River
  • 13. Kedai makan western di Tanjung Malim
  • 14. Kedai makan menarik di Tanjung Malim

Adakah anda teringin jalan-jalan ke tempat menarik Tanjung Malim? Jika ya, jom baca! Tanjung Malim adalah salah satu mukim yang indah terletak di selatan negeri Perak. Kedudukan lokasi Tanjung Malim menyebabkan lokasi ini menjadi pintu masuk ke negeri Perak.

Sebut sahaja tentang Tanjung Malim, mesti terlintas di fikiran tentang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Untuk pengetahuan anda juga, istilah “Malim” bermaksud orang-orang yang berilmu dan hal ini selari dengan penubuhan UPSI di tempat ini.

Selain itu, Tanjung Malim juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang jarang didengari namun pasti membuat percutian anda lebih menyeronokkan.

Senarai tempat menarik di Tanjung Malim, Perak

Bandar yang bersempadan antara negeri Selangor dan Pahang berkeluasan 949 KM ini sangatlah luas dan sudah tentu menawarkan pelbagai tempat percutian menarik di Tanjung Malim.

Orang ramai juga sering berkunjung ke Tanjung Malim untuk food hunting kerana dikatakan banyak tempat makan menarik dan sedap disini.

Oleh itu, marilah kami bawa anda ke beberapa tempat menarik sekitar Tanjong Malim yang wajib anda lawati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Seni Jalanan Tanjung Malim

1 Tempat menarik untuk bergambar di Tanjung Malim

Alamat: Lot 16, Jalan Douglas, Tanjung Malim Street Art, Perak

Telefon: –

Seni Jalanan TM di Tanjung Malim
Sumber gambar: Foursquare.com, jejakakaula.com, themalayapost.my, akubasikaldansesuatu.blogspot.com

Sebagai mukadimah, datanglah ke tempat yang penuh warna-warni di Seni Jalanan Tanjung Malim hasil tangan anak tempatan.

Jalan ini dahulunya sepi dan kosong, namun kini diwarnai dengan hasil kreatif seni anak tempatan sehingga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk bergambar dan mencuci mata.

ADVERTISEMENT

Pelbagai jenis dan tema lukisan yang memukau mata seperti budaya tempatan, teknologi, karakter kartun, dan tokoh-tokoh Malaysia serta mural bertemakan alam semesta.

Lokasi ini layak dinobatkan sebagai salah satu lokasi seni jalanan terbaik di Malaysia. Pastikan anda tidak lupa untuk kunjungi atau anda akan menyesal.

Hotel Terdekat

Taman Tasik Embayu

2 Tempat rekreasi di Tanjung Malim

Alamat: Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-4563410

Tasik Embayu yang menarik di Tanjung Malim
Sumber gambar: Themalaypost.my, Flickr, Amal Hayati & Nik Yusri

Terletak di kawasan perumahan Proton City, Taman Tasik Embayu adalah tasik buatan moden yang cantik dan nyaman untuk beriadah.

Kawasan yang luas menghijau ditambah dengan kemudahan seperti surau, tandas awam, kedai runcit dan taman permainan sememangnya sangat selesa dan mesra pengunjung.

ADVERTISEMENT

Kawasan ini terkenal di sekitar Tanjung Malim kerana pelbagai aktiviti dapat anda lakukan disini untuk melepaskan tekanan dan menikmati masa petang dengan orang tersayang.

Taman Tasik Embayu juga aktif menganjurkan program dan acara sukan seperti futsal, paintball dan banyak lagi.

Hotel Terdekat

Muzium Pendidikan Nasional

3 Muzium di Tanjong Malim

Alamat: Jalan Utama Upsi, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-450 6680 

Muzium pendidikan nasional
Sumber gambar: Malaysia-traveller.com, Femme Sapphire M sdn bhd & Solidaritas.my

Jika anda berminat tentang sejarah pendidikan di Malaysia maka anda wajib datang ke Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Universiti Zainal Abidin (UPSI), Tanjung Malim.

Sedikit info, muzium bersejarah ini diiktiraf sebagai tapak warisan negara dibina pada 1919 hingga 1922 sebelumnya berfungsi sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC).

Muzium ini menempatkan 21 galeri tentang sejarah pendidikan negara, perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum pendidikan dan banyak lagi.

Tercatat kisah tokoh pendidikan negara seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’Ba) yang memperjuangkan bahasa melayu moden. Bangunan klasik menyimpan ratusan sejarah ini wajib anda lawati bersama keluarga.

Hotel Terdekat

Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil

4 Tempat menarik untuk berkelah di Slim River

Alamat: Unnamed Rd, 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak 

Telefon: –

Taman perkelahan sungai bil
Sumber gambar: tempatmenarik.my, foursquare.com

Anda mencari lokasi untuk healing dan ingin lari kesibukan kota di Tanjung Malim? Jika ya, Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil adalah solusinya.

Kedinginan air sungai yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa ditambah dengan panorama alam semula jadi dan kampung yang indah sememangnya sangat menenangkan minda dan jiwa anda.

Disini anda boleh BBQ, mandi-manda, berkhemah dan meredah hutan. Musim yang sesuai untuk anda berkelah disini antara bulan April hingga September kerana waktu ini cuaca panas dan baik.

Hotel Terdekat

Go Kart Tanjung Malim

5 Aktiviti go kart di Tanjung Malim

Alamat: Off, Jalan Kampung Lambak, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 011-1157 7188

Go kart tanjung malim
Sumber gambar: Listikel.com, Erin zainal

Anda ingin menikmati percutian yang mencabar dan menyeronokkan? Cubalah berlumba go kart bersama rakan atau keluarga di Go Kart Tanjung Malim atau TM Karting.

Kalau anda tidak berpengalaman memandu go kart, tidak perlu risau kerana ada tenaga pengajar yang akan membimbing anda.

Selain go kart, aktiviti lain yang anda boleh lakukan adalah memanah. Syok bukan, jangan lepaskan peluang ini jika anda singgah ke Tanjung Malim.

Hotel Terdekat

Ladang Halia ENE

6 Ladang halia di Tanjung Malim

Alamat: ENE Ginger Farm (TM1), Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 012-370 3082

Ladang Halia ENE (1)
Sumber gambar: jejakakaula.com, hasifhamsyari.com, tony88.blog

Ladang lembu pasti anda selalu nampak, tapi pernahkah anda dengar mengenai ladang halia? Jika belum, lawatilah Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) di Tanjung Malim.

Halia yang ditanam disini adalah jenis halia Bentong kerana khasiatnya yang banyak, saiz besar dan mudah ditanam. Disini anda akan ditunjukkan proses penanaman halia dan anda juga berpeluang merasai teh halia.

Teh halia sangatlah bagus untuk membuang angin dalam perut. Jika anda peminat tanaman dan herba-herba, singgalah ke sini untuk menimba ilmu mengenai halia.

Hotel Terdekat

Mata Air Panas Ulu Slim

7 Tempat menarik di Slim River

Alamat: 35800 Slim River, Perak

Telefon: 013-467 0528

Mata air panas ulu slim
Sumber gambar: tempatmenarik.my, foursquare.com, kano ky

Untuk pengetahuan anda, mata air panas di Ulu Slim adalah antara kolam air panas dengan suhu tertinggi di Malaysia.

Banyak kebaikan mandi di kolam air panas untuk badan kita seperti membuang toksin, melancarkan peredaran darah, menghilangkan stress dan banyak lagi.

Walaupun airnya kehijauan, anda tidak khuatir kerana itu adalah warna semula jadinya dan dijamin bersih. Malahan, anda boleh rendam kaki dan merebus telur di sini.

Hotel Terdekat

Kolam Ikan “Natural Exotic”

8 Tempat memancing di Tanjung Malim

Alamat: Lot 13305, Jalan Wawasan Dagangan 2, Bandar Behrang, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 011-3322 1898

Kolam Ikan Natural Exotic
Sumber gambar: allwaterflycast.wordpress.com, Jason goh, AEREAZ, F C

Kolam ikan natural exotic adalah tempat “panas” bagi kaki pancing di Tanjung Malim.

Malah, berkonsepkan “tangkap dan lepas” pertama di Malaysia yang telah lama beroperasi.

Terdapat banyak jenis ikan hidup di sini seperti ikan keli Mekong, ikan keli ekor merah Amazon, ikan baung, toman, pacu dan banyak lagi.

Tempat memancing juga teduh dan selesa, jadi anda boleh berehat tanpa perlu bimbang tentang cuaca. Fokus pada memancing dan nikmati persekitaran yang damai.

Hotel Terdekat

Tok Bak Campsite

9 Tempat camping di Tanjong Malim

Alamat: Kg Orang Asli Chinggung Behrang Ulu, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 012-219 8946

tok bak campsite di tanjung malim 1
Sumber gambar: tok bak campsite, NASZRULE3117 & amirman

Selain mandi-manda, memancing, berkhemah dan bbq, saksikan pemandangan yang menakjubkan di tepi sungai.

Tempat menarik sekitar Tanjung Malim yang bagus untuk bersantai, berehat atau family outing.

Tandas dan sinki pun ada. Rasai ketenangan persekitaran dan tiupan angin segar dari hutan. Camping sini pasti best!

Homestay Terdekat

Teratak Riverview

10 Resort menarik tepi sungai di Tanjung Malim

Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 017-343 1346

Teratak Bernam Riverview 1
Sumber gambar: Chun-Yeow Yeoh, Huny Putra, Aget Malay & zulkhairi aris (pusakapropertybyzul)

Teratak Riverview antara tempat penginapan terbaik jika anda inginkan pengalaman yang benar-benar “back to nature”.

Terdapat sebuah sungai yang memisahkan sempadan Perak dan Selangor berhampiran resort ini.

Menariknya lagi, anda boleh pilih duduk di bilik sebelah Selangor atau Perak. Tempat percutian menarik di Tanjung Malim ini menguatkan lagi bonding time bersama rakan atau keluarga.

Nikmati keindahan pemandangan sungai di hadapan bilik semasa anda berjaga di waktu pagi. Sertai aktiviti lasak seperti abseiling, tiub air dan flying fox pada sebelah petang.

Homestay Terdekat

Sarang Art Hub Cafe

11 Tempat menarik untuk lepak di Tanjung Malim

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 013-500 7942

sarung art hub cafe 1
Sumber gambar: Shahrul Nizam, Jilanz Razak, Khairil Azmin & Mavic pro

Jika anda rasa ingin berehat, melepak, makan malam, dan menikmati live band pada waktu malam, anda harus mengunjungi Sarang Art Hub.

Cafe dengan suasana unik ini milik Abang Mamat Khalid. Anda akan melihat poster lama dan karya seni menghiasi ruangan kawasan ini.

Terdapat banyak pilihan makanan yang berbeza, dan suasananya sesuai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.

Ingat, anda mesti singgah di sini juga jika anda melancong ke Tanjung Malim.

Hotel Terdekat

Arung Jeram Sungai Ulu Slim

12 Aktiviti lasak di Slim River

Alamat: Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Negeri Perak, Malaysia

Telefon: 019-5134193

Arung jeram sungai ulu slim
Sumber gambar:  Malaysia-whitewater-rafting.com, project outdoor, rasmatin udzir & aimi nadhirah

Jika anda gemar dengan aktiviti lasak dan seorang adrenaline junkies, cubalah aktiviti water rafting di Sungai Ulu Slim.

Terdapat laluan jeram gred 2 sehingga gred 4 dengan tingkat kesukaran yang berbeza yang pasti mencabar jiwa anda.

Anda tiada pengalaman tapi nak cuba? Tak perlu risau kerana anda akan ditemani 2 orang jurupandu bertauliah dari River Rescure Sierra dan dilengkapi dengan peralatan keselamatan .

Kerana mandi-manda sudah terlalu mainstream, rasailah kelainan dengan aktiviti ini bersama rakan-rakan.

Hotel Terdekat

Hitz Café

13 Kedai makan western di Tanjung Malim

Alamat: 30, Jalan Chong Ah Peng, Taman Hijau 2, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-458 1888 

Hitz Cafe
Sumber gambar: my.openrice.com, gayatravel.com.my, jimmy emerald & EL Loke

Hitz Café antara tempat makan popular di Tanjung Malim kerana keenakan menu makanan western dan pencuci mulut mereka.

Terletak di pekan lama, Tanjung Malim, Hitz Café sememangnya tempat makan yang terbaik.

Ia berhawa dingin dan selesa, sesuai untuk dating dengan pasangan atau lepak santai bersama rakan.

Hotel Terdekat

Restoran Garden Seafood

14 Kedai makan menarik di Tanjung Malim

Alamat: No. 7, 8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Telefon: 05 458 3398

Kedai makan sedap di Tanjung Malim
Sumber gambar: Mask trooper, Fairuz sahat, Honeyza Ryujin & Aishwarrya Krishnamoorthy

Restoran Garden Seafood merupakan salah satu tempat makan paling lama beroperasi di Tanjung Malim dan restoran cina halal pertama di sana.

Selain terkenal dengan seafood, restoran ini juga terkenal dengan hidangan vegetarian yang sedap. Kedai makan Tanjung Malim ini juga popular dalam kalangan pelajar kerana berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelbagai hidangan seafood dengan harga berpatutan ada disini. Anda patut mencuba sendiri kesegaran dan keenakan hidangan mereka.

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Indonesia
Tags: peraktempat menarik di Tanjung Malim

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved