Table of Contents
Daerah besut yang bersempadan dengan utara Kelantan, merupakan sebuah daerah yang popular di Terengganu.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah tempat menarik dan aktiviti yang anda dapat lakukan di Besut.
Kuala Besut, sebuah bandar kecil di Terengganu di pantai timur Malaysia. Bandar ini terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Perhentian dan terletak berhampiran muara Sungai Besut.
Senarai tempat menarik di Besut
Pekan terdekat dengan Kuala Besut ialah Jerteh dan Kota Bharu. Anda boleh sampai ke Kuala Besut dalam masa kurang daripada 30 minit dari Jerteh dan 1 jam dari Kota Bharu dengan bas.
Jom berjalan di Kuala Besut dan terokai keindahan pantai Timur Malaysia!
Air Terjun 5 Tingkat, Besut
1 Air terjun di Besut
Alamat: Besut, 22010, Terengganu, Malaysia
Telefon: 019-966 2867
Cuba bayangkan seketika, tiba di air terjun 5 tingkat di hutan Lipur Lata Tembakah. Sambil berkelah, nikmati mandi dan panggang ayam di tepi air terjun bersama keluarga tercinta.
Air terjunnya amat jernih sehingga anda boleh melihat anak-anak ikan bermain di tepi batuan.
Terdapat juga kemudahan lain seperti chalet, pondok informasi, jambatan gantung, tapak perkhemahan, dan lorong pejalan kaki.
Jika anda berminat untuk berkhemah, hubungi unit hutan Lata Tembakah untuk maklumat lanjut mengenai yuran. Jadi, tunggu apa lagi? Jom jalan ke Besut!
Air Panas La Hot Spring, Besut
2 Kolam air panas di Besut
Alamat: 22010 Jerteh, Terengganu
Telefon: 011-5636 0688
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa penduduk Jepun begitu gemar berendam dalam air panas?
Mereka menjawab bahawa air panas memberi banyak faedah kepada kesihatan, terutamanya untuk mengurangkan ketegangan pada urat dan sendi badan.
Dengan pelbagai manfaat ini, anda wajib berkunjung ke sini dan berikan diri anda ketenangan seketika.
Kolam air panas semulajadi ini benar-benar menarik, dilengkapi dengan tandas, rumah rehat, gerai makan, dan surau.
Jika anda ingin bermalam, chalet yang cantik juga terdapat berhampiran. Jom bercuti bersama keluarga dan menikmati suasana hutan yang tenang.
Pantai Air Tawar, Besut
3 Pantai di Besut
Alamat: Kampung Raja, 22200 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia
Telefon: –
Tidak semua pantai di Malaysia menyediakan kemudahan asas dan pemandangan pantai yang menarik, tetapi Pantai Air Tawar berbeza.
Anda boleh menikmati pasir putih dan air laut yang biru sambil menikmati angin pantai yang menenangkan.
Pantai ini dilengkapi dengan banyak gazebo untuk berkeluarga, taman permainan, surau, tandas, trek jogging dan tempat letak kereta yang luas.
Sekiranya anda tidak membawa makanan, jangan risau kerana terdapat gerai yang menjual makanan di sepanjang pantai. Jadi, anda hanya perlu datang dan bersantai sahaja.
Jeti Kompleks Perikanan LKIM, Besut
4 Jeti Perikanan di Besut
Alamat: Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu
Telefon: 09-695 6623
Jika anda ingin mendapatkan ikan-ikan berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan, datanglah ke Jeti Kompleks Perikanan ini.
Setiap pagi, pemborong ikan berkumpul di jeti Kuala Besut ini untuk berjual beli hasil laut yang pelbagai dan segar.
Di sini, anda akan menemui pelbagai jenis ikan yang biasanya mahal dijual dengan harga yang sangat murah.
Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jerteh
5 Masjid di Besut
Alamat: Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu
Telefon: –
Jika anda sedang bermusafir di Terengganu, jangan lupa singgah ke masjid unik ini yang dibina sekitar tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada 2012.
Masjid ini menggunakan kayu berkualiti tinggi yang tahan hingga puluhan tahun, dengan pengaruh seni bina Melayu asli dan teknik tradisional tanpa menggunakan paku, hanya tebuk dan pasak.
Motif songket Terengganu dan kaligrafi Arab turut memperindah bahagian dalaman masjid ini, membuktikan kehebatan teknologi tradisional.
Luncur Udara Paragliding Kota Putera
6 Aktiviti paragliding di Besut
Alamat: Bubus Hill, Kampung Raja, 22020 Besut, Terengganu
Telefon: 01118924424
Paragliding di Besut menawarkan pengalaman unik, dengan kakitangan mahir yang menjadikannya semakin diminati.
Pesawat kecil ini menggunakan mesin dan payung terjun, memberikan keseronokan semasa terbang ke bawah. Keselamatan adalah keutamaan, dan dijamin oleh pakar dalam bidang ini.
Anda hanya perlu mendaftar, membayar yuran, patuhi sop keselamatan, dan sudah bersedia untuk terbang. Kini, semua orang boleh merasai pengalaman terbang di Besut!
Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang, Besut
7 Aktiviti snorkeling di Besut
Alamat: Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
Telefon: –
Jom snorkeling di pulau berhampiran Pantai Bukit Kluang, tempat terbaik di Besut untuk dilawati!
Selain menikmati keindahan batu karang di dalam laut, anda juga berpeluang untuk melihat spesies ikan yang jarang dijumpai.
Jika anda tidak pandai berenang, jangan risau, anda akan diberi jaket keselamatan untuk aktiviti ini.
Aktiviti banana boat juga disediakan, sesuai untuk percutian berkumpulan. Pengalaman ini memang menyeronokkan!
Bukit Keluang, Besut
8 Aktiviti hiking di Besut
Alamat: 22200 Kampung Raja, Terengganu
Telefon: –
Sekiranya anda gemar aktiviti hiking, Bukit Kluang adalah destinasi wajib dalam senarai hiking anda di Besut.
Pemandangan menakjubkan dari puncak bukit di Besut ini menawarkan panorama indah Laut China Selatan yang menenangkan. Jangan lupa bergambar di puncak Bukit Keluang!
Selepas mendaki, anda akan tiba di Pantai Bukit Keluang di mana anda boleh mandi di laut, berkelah bersama keluarga, dan mencuba makanan tempatan di gerai berdekatan.
Suasana di sini cukup meriah terutama pada hujung minggu. Jom singgah tempat menarik di Besut ini dan lakukan aktiviti percuma di Besut ini.
Lata Belantan, Besut
9 Tempat menarik untuk keluarga di Besut
Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu
Telefon: 09-6956388
Air terjun Lata Belatan menarik pengunjung dari dalam dan luar negara dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan dan aliran lata yang mengalir jernih.
Kawasan ini juga merupakan pintu utama untuk mendaki Gunung Tebu. Bagi mereka yang membawa kanak-kanak kecil, terdapat kawasan selamat untuk berendam.
Selain itu, tempat ini dilengkapi dengan kemudahan tapak perkhemahan, pondok, dan tempat bbq. Inilah tempat terbaik di Besut untuk keluarga.
Pulau Perhentian, Besut
10 Pulau menarik di Terengganu
Alamat: Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
Telefon: –
Pulau Perhentian di Besut terdiri daripada dua pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.
Pilihan di antara kedua-dua pulau bergantung pada jenis percutian yang anda inginkan. Jika anda mencari ketenangan, Pulau Perhentian Besar adalah pilihan yang sesuai.
Tetapi jika anda ingin menikmati kehidupan malam yang meriah dan popular di kalangan pelancong, maka pilihlah Pulau Perhentian Kecil.
Pulau ini menawarkan pelbagai jenis penginapan, dari bajet hingga mewah, sesuai dengan pelancongan anda. Sertai juga aktiviti snorkeling di perairan sekitar pulau.
Turtle Bay, Besut
11 Aktiviti snorkelling dan melihat penyu di Besut
Alamat: Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
Telefon: –
Turtle bay adalah kawasan yang menjadi habitat utama penyu. Apabila anda berkunjung ke kawasan ini, anda akan dapat melihat penyu secara dekat.
Kawasan ini merupakan sumber makanan penting bagi penyu dan juga berperanan sebagai pusat pemuliharaan untuk spesies penyu tempatan.
Anda boleh melihat mereka melalui aktiviti snorkeling tetapi penting untuk tidak menganggu penyu yang berenang bebas di sekitar kawasan ini.
Jangan lupa membawa kamera! Pastikan flash kamera tidak diaktifkan agar penyu tidak terganggu.
Kincir Angin D’Lagoon, Besut
12 Kincir angin di Besut
Alamat: Kincir Angin D’Lagoon, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, Terengganu
Telefon: –
Jika anda hiking ke puncak tertinggi di Perhentian Kecil, anda akan melihat Kincir Angin D’Lagoon yang menjadi tarikan di puncak tersebut.
Selain menikmati pemandangan laut dari puncak, anda akan menjumpai kincir angin ini sebagai pusat pemerhatian di seluruh pulau, dengan pemandangan seluas 360 darjah.
Kawasan ini juga menyediakan kemudahan untuk pejalan kaki, tetapi pastikan pakaian dan kasut anda selesa untuk pengalaman ini.
Jangan risau perjalanan ke puncak ini tidaklah terlalu mencabar dan ambillah gambar di kawasan tersebut.
Lata Air Berani, Besut
13 Tempat mandi di Besut
Alamat: Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu
Telefon: –
Lata Air Berani mempunyai keunikan tersendiri selain daripada keindahan kawasannya.
Terdapat satu kolam air tawar  yang terbentuk secara semulajadi dan paling menariknya kolam air tawar ini tidak pernah kering.
Ramai yang suka bermandi-manda di sini kerana airnya sejuk dan persekitarannya yang tenang.
Kampung Pasir Hantu, Besut
14 Perkampungan nelayan di Besut
Alamat: Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
Telefon: –
Sebuah perkampungan nelayan yang menarik di Besut yang anda boleh lawati. Anda juga boleh menyaksikan aktiviti seharian penduduk tempatan yang tinggal di sini.
Air laut di sini sangat jernih dan tiada pencemaran. Aktiviti utama penduduk kampung ialah perikanan dan terdapat banyak bot-bot nelayan yang berlabuh di kawasan ini.
Pasar Tani Kuala Besut
15 Pasar pagi di Besut
Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu
Telefon: 014-5005028
Pasar Tani Kuala Besut sememangnya besar dan menawarkan pelbagai jenis produk dan hasil tempatan dengan harga berpatutan.
Pelancong sering singgah di sini untuk membeli-belah kerana pasar ini berdekatan dengan jeti Pulau Perhentian dan hotel Kuala Besut.
Ada buah-buahan, barang lama, makanan Kuala Besut, pakaian, kraftangan, dan banyak lagi!
Bagi mereka yang pandai tawar-menawar, anda mungkin mendapat harga sedikit murah. Jika ada masa, pastikan singgah sini tau!
Restoran Zul Ikan Bakar
16 Tempat makan menarik di Kuala Besut
Alamat: Zul Ikan Bakar, Kampung Seberang Kastam, 22200 Kampung Raja, Terengganu
Telefon: 017-944 8865
Jangan lupa singgah makan di Restoran Zul Ikan Bakar untuk pelbagai hidangan seperti ikan bakar berempah, sotong celup tepung, ikan celup tepung dan banyak lagi.
Kedai makan sedap di Kuala Besut ini menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam dan berhampiran jeti ke Pulau Perhentian.
Hidangan utama di sini ialah ikan bakar berempah. Sebelum hidangan disajikan, pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mereka inginkan.
Waktu operasi: Setiap hari: 6 petang –12 tengah hari