Table of Contents
Sebuah negara kepulauan kecil yang kaya dengan hasil tenusu dari lembu New Zealand ini menawarkan pelbagai tempat menarik New Zealand.
Ia terdiri daripada 2 pulau iaitu utara dan selatan dengan majoriti penduduknya dihuni oleh bangsa Eropah dan etnik Maori.
Kemudian, diserikan lagi dengan keindahan gabungan pemandangan gunung ganang, tasik, glasier dan pantai.
Tambahan pula, sumber ekonomi negara ini adalah berdasarkan hasil eksport bahan semulajadi iaitu daging mentah, madu, hasil tenusu dan buah-buahan.
Namun begitu, anda perlu mengetahui tips melancong ke New Zealand terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini.
Senarai tempat pelancongan menarik di New Zealand
Negara yang kaya dengan populasi lembu New Zealand ini menjadikan Auckland sebagai bandar terbesar dan Wellington sebagai ibu kota.
Antara tips melancong ke New Zealand ialah musim di sini agak berbeza berbanding negara di hemisfera utara seperti Switzerland.
Disebabkan oleh kedudukannya di hemisfera selatan dan pada musim bunga merupakan percutian ke New Zealand yang bebas dari sesakan pengunjung.
Musim:
- Panas: Disember – Februari
- Sejuk: Jun – Ogos
- Bunga: September – Oktober
- Luruh: Mac – Mei
Berikut telah disenaraikan 15 tempat menarik New Zealand untuk anda lawati.
Hobbiton, Matamata
1 Lokasi penggambaran filem di New Zealand
Alamat: 501 Buckland Road, Matamata 3472, New Zealand
Telefon: +64 7 888 1505
Hobbiton, Mamata merupakan tempat pelancongan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem. Agak-agaknya filem apa itu?
Bagi anda peminat tegar filem “Lord of The Ring” pastinya anda rasa tempat ini macam familiar kan? Ya, ia merupakan tapak penggambaran sekuel filem ini iaitu “The Hobbit”.
Ia terletak di tengah-tengah ladang biri-biri dengan 4 tarikan iaitu “Hobbiton Movie Set Tour”, “Private Tour”, “Evening Banquet Tour” dan “Chinese Tour”.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9am – 5pm
Glowing Worm Cave, Waitomo
2 Gua bercahaya di New Zealand
Alamat: 39 Waitomo Village Road, Waitomo Caves 3977, New Zealand
Telefon: +64 800 456 922
Pernahkah anda masuk ke dalam gua-gua yang lain lalu gua tersebut bercahaya? Tiada bukan?
Keunikan Glowing Worm Cave ini adalah ia mampu mengeluarkan cahaya! Sebenarnya, sumber cahaya yang muncul adalah daripada spesies ulat yang mendiami gua ini sejak 30 tahun dahulu.
Namun begitu, anda perlu mematuhi arahan larangan seperti merokok, mengambil gambar dan video.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 10am – 3.30pm
Sky Tower, Auckland
3 Menara di New Zealand
Alamat: Victoria Street West, Auckland CBD, Auckland 1010, New Zealand
Telefon: +64 9 363 6000
Tempat pelancongan menarik di New Zealand pada waktu malam yang boleh anda lawati di Sky Tower.
Kedudukan yang strategik di tengah-tengah bandar Auckland membolehkan anda melihat pemandangan gunung ganang dari menara tinjauan ini.
Seterusnya, bagi anda yang tidak takut dengan ketinggian bolehlah mencuba aktiviti sky walk dan sky jump.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10am – 6pm
Wai-O-Tapu Thermal Wonderland, Rotorua
4 Taman tema di New Zealand
Alamat: 201 Waiotapu Loop Road, Rotorua 3073, New Zealand
Telefon: +64 7 366 6333
Wai-O-Tapu Thermal Wonderland merupakan tapak gunung berapi yang pernah meletus kira-kira 200 ribu tahun lepas.
Ia terdiri daripada 2 kawasan iaitu “Thermal Area” dan “Lady Knoxx Geyser”. Tambahan pula, gelaran “Wai-O-Tapu” yang digunakan membawa maksud air suci.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30am – 5pm
Orakei Marae
5 Perkampungan kaum Maori di New Zealand
Alamat: 59B Kitemoana Street, Orakei, Auckland 1071, New Zealand
Telefon: +6495214291
Di Sabah kaya dengan pelbagai etnik dan budaya manakala di Auckland tertumpu kepada satu etnik yang popular iaitu Maori.
Orakei Marae merupakan perkampungan Maori yang boleh anda menyelami adat dan tarian budaya kaum ini.
Sedikit tambahan tips melancong ke New Zealand tentang kaum Maori ialah cara mereka beramah mesra adalah dengan bersalam menggunakan hidung.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam
Lake Taupo
6 Tasik di New Zealand
Alamat: Waikato, New Zealand
Telefon: –
Lake Taupo adalah tasik yang wujud ekoran daripada letusan gunung berapi sejak 2000 tahun lalu. Pelbagai aktiviti menarik yang menjadikan percutian ke New Zealand anda sempurna.
Antaranya ialah bermain ski, berlayar, memancing, memberi makan kepada itik dan berkayak. Bukan itu sahaja, malah anda boleh juga menaiki feri mengelilingi tasik ini selama 2 jam tau!
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Huka Prawn Park
7 Ternakan udang galah terbesar di New Zealand
Alamat: 200 Karetoto Road, Wairakei, TaupĹŤ 3377, New Zealand
Telefon: +64 7 374 8474
Selain mempunyai populasi lembu New Zealand yang banyak, ia juga mempunyai taman ternakan udang galah terbesar.
Huka Prawn Park amat mudah dijumpai kerana terletak berdekatan dengan Lake Taupo.
Bagi anda yang hadir bersama seisi keluarga, bolehlah memilih harga pakej keluarga yang jauh lebih berpatutan.
Selain itu, di sini anda boleh menangkap sendiri udang galah sambil menikmati keenakan dan kesegaran rasanya.
Waktu operasi:
- Isnin, Selasa & Jumaat: 9.30am – 3.30pm
- Sabtu – Ahad: 9am – 4pm
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Skyline, Rotorua
8 Aktiviti luge di New Zealand
Alamat: 178 Fairy Springs Road, Fairy Springs, Rotorua 3015, New Zealand
Telefon: +64 7 347 0027
Kelihatan seperti kenderaan go-cart tetapi tidak ya! Di luar negara amat popular dengan kenderaan luge ini.
Perbezaan di antara 2 kenderaan ini ialah go-cart dipandu di kawasan rata manakala luge dipandu di kawasan bukit menurun.
Alami percutian ke New Zealand yang menyeronokkan ini dengan memilih 3 jenis trek samada amatur, profesional dan ekstrim.
Selain itu, anda boleh melihat pemandangan gunung ganang yang indah dengan menaiki cable chair.
Waktu operasi:
- Isnin – Rabu: 10am – 5pm
- Khamis – Jumaat: 10am – 9pm
- Sabtu – Ahad: 9am – 5pm
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
White Island
9 Kawasan gunung berapi aktif di New Zealand
Alamat: Bay of Plenty 3120, New Zealand
Telefon: –
Setiap negara yang mempunyai kawasan pergunungan pasti akan ada gunung berapi yang masih aktif sehingga kini.
Jika anda berani untuk melihat sendiri kawasan gunung berapi bolehlah pergi ke White Island.
Tambahan pula, anda juga boleh melakukan aktiviti scuba diving untuk melihat keindahan gunung berapi ini dari dasar laut.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Fox Glasier
10 Glasier di New Zealand
Alamat: West Coast, New Zealand
Telefon: –
Anda tidak pernah melihat sendiri keindahan glasier di depan mata? Jom lawati Fox Glasier sebagai tempat menarik New Zealand yang terletak di Taman Negara Westland Tai Poutini.
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah jalan-jalan di Terminal Face, meluncur ski dan banyak lagi.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
The Bay Of Islands
11 Ikan lumba-lumba di New Zealand
Alamat: Northland, New Zealand
Telefon: –
Ingin melihat betapa jinaknya ikan lumba-lumba secara dekat? Alami percutian ke New Zealand yang menyeronokkan di The Bay Of Islands.
Dengan menaiki bot ke tasik ini, anda berpeluang untuk menemui bukan sahaja ikan lumba-lumba malah ikan paus juga!
Selain itu, aktiviti scuba diving melihat keindahan hidupan marin pun boleh dilakukan di sini.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Coronet Peak
12 Aktiviti ski di New Zealand
Alamat: Coronet Peak Ski Area, Queenstown 9371, New Zealand
Telefon: +64 800 697 547
Anda peminat sukan luncur ski? Coronet Peak merupakan lokasi yang tepat yang penuh dengan kesesakan pengunjung untuk bermain sukan ini.
Di samping itu, sambil meluncur ski anda boleh melihat keindahan pemandangan sekitar dengan jarak ketinggian 3894 kaki ini.
Tambahan pula, anda juga boleh melihat keindahan pemandangan matahari terbenam di sini.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8am – 4pm
G Force Paragliding
13 Aktiviti paragliding di New Zealand
Alamat: Gforce Paragliding Skyline, Gondola Brecon Street, Queenstown 9300, New Zealand
Telefon: +64 800 759 688
Kalau di Banting ada aktiviti paragliding, tidak ketinggalan di Queenstown pun ada juga aktiviti ini di G Force Paragliding.
Nikmati kelainan di tempat pelancongan menarik di New Zealand ini iaitu aktiviti paragliding di kawasan pergunungan salji dan tasik.
Tambahan pula, G Force Paragliding telah bertapak lama di sini sejak tahun 1991 lagi. Jadi anda tidak perlu risau kerana golongan profesional akan membantu anda menjayakan aktiviti ini.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8am – 8pm
Kiwi Birdlife Park
14 Taman burung kiwi di New Zealand
Alamat: Upper, Brecon Street, Queenstown 9300, New Zealand
Telefon: +64 3 442 8059
Pernah melihat spesies burung kiwi yang eksotik ini? Jika tidak, mari lawati Kiwi Birdlife Park yang merupakan sebuah taman perlindungan burung kiwi di Queenstown.
Taman burung seluas 5 ekar ini merupakan milik keluarga sepenuhnya. Ia berperanan sebagai tempat perlindungan burung-burung yang diancam kepupusan dan sebagai pendidikan kepada pengunjung.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9.30am – 4.30pm
The Remarkables
15 Aktiviti snowboarding di New Zealand
Alamat: Queenstown 9300, New Zealand
Telefon: +64 800 697 547
Sekiranya anda inginkan tempat yang menenangkan selain Coronet Peak, anda boleh lawati The Remarkables.
Di sini anda boleh bermain snowboarding dan ski. Tambahan pula, terdapat kelas bermain ski yang disediakan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9am – 4pm