Table of Contents
Bandar Bangi Selangor dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit namun kini dikenali sebagai bandar ilmu yang pesat membangun.
Meskipun, Bangi menempatkan banyak pusat pengajian, terdapat pelbagai tempat menarik di Bangi untuk dikunjungi.
Seperti sedia maklum, Bangi Selangor terletak dalam mukim Kajang, di daerah Hulu Langat, dengan jarak lebih kurang 6 km dari bandar Kajang, dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Kawasan berhampiran bandar Bangi Selangor seperti Putrajaya dan Seri Kembangan di mukim Serdang yang terletak di daerah Petaling turut menjadi tarikan pengunjung yang melawat sekitar bandar Bangi Selangor.
Senarai tempat menarik di Bangi
Sebut sahaja Bangi Selangor, sudah semestinya terlintas di fikiran setiap orang bahawa terletaknya pusat pengajian seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Untuk Bermalam
Walau bagaimanapun, tempat menarik di Bangi, Selangor, tidak terhad kepada pusat pengajian sahaja.
Oleh itu, berikut telah disenaraikan 21 tempat menarik Bangi untuk tatapan pengunjung.
Bangi Wonderland
1 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Bangi
Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
Telefon: –
Mempelawa sahaja kanak-kanak untuk pergi ke taman tema air, sudah semestinya mereka melompat-lompat kegembiraan bukan?
Bangi Wonderland merupakan tempat menarik untuk kanak-kanak berseronok dan bergembira. Siapa sahaja yang tidak suka main air?
Taman tema air ini menyediakan 15 aktiviti, termasuk Body Slide, Kids Adventure, Magic Tunnel, Pirates Bay, Spiralx, The Fall dan banyak lagi yang mampu menghiburkan hati kanak-kanak.
Harga tiket: dewasa/kanak-kanak (RM 35)
Waktu operasi: Isnin & Rabu – Jumaat (11 pagi – 6 petang) & Sabtu – Ahad (10 pagi – 6 petang)
D-Virtual Park @ Evo Mall
2 Tempat menarik untuk remaja di Bangi
Alamat: Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: –
Jika di Kepulauan Borneo, D-Virtual Park ditempatkan di Kota Samarahan, manakala di Semenanjung ia terletak di bandar Bangi Selangor. Taman virtual ini merupakan tarikan para remaja kaki gamers.
Selain itu, ia berkonsepkan Virtual Reality (VR) atau Alternate Reality (AR) yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam dunia gaming. Pastinya menyeronokkan!
Terdapat 8 jenis VR dan 2 jenis AR di sini, di mana pengunjung boleh memilih mengikut tahap kebolehan masing-masing. Tempah tiket di bawah serendah RM50 untuk 8 coins dan bermain dengan gembira!
Harga tiket DVP:
- Combo 3 coins: RM 30
- Grand 8 coins: RM 70
- Ultimate 18 coins: RM 150
- Diskaun 50% setiap hari Rabu jika memakai pakaian bertemakan neon
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Istana Puteri Bongsu
3 Istana lama di Bangi
Alamat: Istana Puteri Bongsu, 43650 Bangi, Selangor
Telefon: 03-89215280
Peminat sejarah, sila munculkan diri anda! Istana Puteri Bongsu merupakan istana lama yang dikatakan asalnya terletak di Kota Bharu yang terletak di Bangi Selangor.
Istana ini merupakan milik puteri bongsu Sultan Ahmad iaitu Tengku Kalsum dan pewaris terakhir istana ialah cucu baginda iaitu Tengku Fatimah Zaharah Tengku Chik Tuan Abdullah.
Tambahan pula, 3 jenis motif ukiran yang diketengahkan dalam hiasan istana ini ialah motif Melayu, Cina dan India, menggambarkan perpaduan yang erat antara pelbagai kaum sejak zaman dahulu lagi.
Tasik Cempaka
4 Tasik di Bangi
Alamat: 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: –
Tasik Cempaka terletak di bandar Bangi, Selangor, dalam sebuah taman rekreasi awam seluas 16.8 hektar.
Kedudukannya yang berdekatan dengan kompleks PKNS Bangi menjadikannya tumpuan pengunjung untuk beriadah pada waktu petang.
Selanjutnya, pengunjung boleh merenung pemandangan di tasik 6 hektar sambil melihat ikan berenang, serta mengunakan kemudahan bersenam dan laluan joging 3 kilometer yang disediakan.
Aktiviti seperti berbasikal, berjoging, bersenam, bermain layang-layang, dan bermain bola sepak juga popular di sini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Masjid Al-Hasanah
5 Masjid di Bangi
Alamat: Persiaran Kemajuan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 03-89129944
Masjid Al-Hasanah merupakan masjid lama dan terpenting yang dibina pada tahun 1977. Ia dirasmikan oleh Sultan Selangor yakni DYMM Sultan Sharifudin Idris Shah pada tahun 2000.
Di samping itu, pada tahun 2010 masjid ini dianugerahkan sebagai masjid bertaraf 5 bintang dan giat aktif dalam bermacam penganjuran aktiviti dan ceramah.
Bagi anda yang beragama Islam, jangan lepaskan peluang untuk turut solat di sini jika berkunjung di sekitar kawasan bandar Bangi Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)
Bangi Golf Resort
6 Tempat menarik Bangi untuk bermain golf
Alamat: 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 03-89299888
Anda peminat sukan golf? Bangi Golf Resort mungkin lokasi yang sesuai untuk anda sekiranya berada di bandar Bangi Selangor.
Padang golf dengan 36 lubang ini direka oleh Ronald Fream iaitu seorang pereka padang golf terkenal dan pernah menghasilkan lebih 10 buah padang golf terbaik di dunia.
Selain itu, suasana padang ini penuh dengan kehijauan pokok paku-pakis dan pokok-pokok rendang serta berdekatan dengan tempat penginapan iaitu Bangi Resort Hotel.
Harga purata: RM 249
Ulasan pengunjung:
"Hotel terbaik yang pernah ada. 3 kali berkunjung ke sini. Kolam besar. (anak selalu request kat sini, everytime kami ke kl). Mempunyai tempat letak kereta yang ditetapkan untuk kerusi roda. Restoran chef wan. Akses mudah untuk kerusi roda bergerak…."
Pusat Kebudayaan UKM
7 Tempat menarik untuk keluarga di Bangi
Alamat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), 43600 Bangi, Selangor
Telefon: 03-89215240
Mencari tempat menarik di Selangor untuk keluarga? Ayuh, selami keunikan pelbagai budaya di Malaysia yang terdapat di Pusat Kebudayaan UKM.
Selain itu, pusat ini terletak di dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) yang mampu memuatkan seramai 600 orang pada satu-satu masa.
Antara persembahan yang dianjurkan ialah persembahan seni, aktiviti kebudayaan dengan menggunakan alat muzik tradisional negara, tarian tradisional dan banyak lagi.
Sememangnya menghiburkan di samping dapat mempelajari budaya hidup untuk setiap negeri di Malaysia ini.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)
Taman Paku Pakis UKM
8 Taman botani di Bangi
Alamat: Taman Paku Pakis UKM, 43600 Bangi, Selangor
Telefon: 03-89214868
Nama pun Taman Paku Pakis UKM, sudah semestinya taman ini dipenuhi dengan paku pakis.
Namun begitu, terdapat juga keunikan flora lain yang terdapat di sini yang bertujuan untuk menyemai rasa cinta akan keindahan flora dan fauna serta alam semulajadi.
Taman Paku Pakis UKM ini ditubuhkan oleh Ketua Jabatan Botani pada tahun 1988 iaitu Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin.
Kemudiannya, ia dirasmikan oleh Canselor UKM pada tahun 1990 iaitu Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman sempena ulang tahun UKM yang ke-20.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)
Bangi Sentral
9 Tempat menarik untuk wanita berbelanja
Alamat: Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: –
Setelah puas berjalan ke sana ke sini di sekitar perkarangan bandar Bangi Selangor. Mari memasuki bangunan yang dilengkapi dengan pendingin hawa iaitu Bangi Sentral.
Bangunan yang menjadi tempat menarik Bangi untuk wanita ini merupakan mall di Bangi Selangor yang wajib disinggah untuk cuci-cuci mata.
Selain itu, berbagai pakaian berjenama yang terdapat di sini sememangnya membuatkan kaum wanita rambang mata untuk memilih.
Antaranya ialah, Bella Ammara, Naelofar, Calaqisha, Al-Ikhsan, De’xandra, Al-Humaira dan bermacam lagi.
Bangi Getaway
10 Tempat menarik di Bangi untuk ‘kaki shopping’
Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: –
Sudah berkunjung ke Bangi Sentral namun masih tidak puas?
Bagi anda sememangnya ‘kaki shopping’ jangan lupa untuk singgah membeli-belah di Bangi Getaway yang merupakan tempat best di Bangi untuk cuci-cuci mata.
Bangunan ini menempatkan lebih 200 kedai yang semestinya membuatkan pengunjung tidak keruan untuk membeli-belah.
Sebagai contoh, kedai makan, pusat hiburan, pakaian dan banyak lagi.
Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi
11 Tempat makan best di Bangi
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: –
Perut berbunyi dan penat berjalan setelah melihat keindahan alam sekitar dan membeli-belah di mall? Jom makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Selangor merupakan tempat makan best di Bangi.
Menu utamanya yang patut di cuba adalah berasaskan masakan berbakar seperti ikan bakar Bangi yang dimasak di dalam daun pisang bersama petai.
Selain itu, sotong goreng tepung, udang masak butter, tomyam dan masakan Thai yang lain merupakan makanan pilihan pengunjung yang menjamu selera di restoran ini.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (4.30 petang – 12 tengah malam)
Kompleks PKNS Bangi
12 Pusat beli-belah pakaian islamik di Bangi
Alamat: Seksyen 9, Persiaran Bangi, Kompleks pkns Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 03-89200663
Mencari pakaian islamik trend yang terkini? Jom kunjungi Kompleks PKNS Bangi yang menawarkan pelbagai pakaian islamik yang menarik mengikut syariat untuk membeli-belah.
Selain itu, lokasinya terletak di bahagian selatan bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Tasik Cempaka.
Di samping itu, pelbagai kedai makanan dan minuman yang didapati dalam kompleks ini seperti Kyros Kebab, Sate Kajang Haji Samuri, KFC dan banyak lagi.
Kilang Coklat Beryl’s
13 Kilang coklat di Bangi
8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 03-89256136
Pencinta coklat, sila munculkan diri anda! Kilang Coklat Beryl’s merupakan kilang coklat yang terletak di bandar Bangi Selangor.
Meskipun, ia merupakan sebuah kilang namun pengunjung dibenarkan masuk melawat ke dalam kilang untuk melihat proses pembuatan coklat di sini dari awal hingga siap dibungkus. Menarik bukan?
Lain daripada itu, pengunjung boleh menyaksikan berbagai peralatan antik yang pernah digunakan dalam penghasilan coklat yang bermutu pada masa lalu.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
Taman Saujana Hijau
14 Taman landskap di Putrajaya
Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-88877770
Taman Saujana Hijau iaitu taman landskap yang berkeluasan 41 hektar ini terletak di Presint 11, Putrajaya.
Selain itu, taman ini menempatkan pelbagai tumbuhan hijau seperti pokok pine dan tumbuhan bukan tropika yang lain. Terdiri daripada 3 zon iaitu Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk meneroka keindahan alam di tempat menarik Bangi Selangor ini.
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)
Taman Botani Putrajaya
15 Tempat menarik percuma di Bangi
Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-88877770
Taman Botani Putrajaya yang digelar sebagai “bandar pintar dalam taman” ini merupakan tempat menarik yang percuma di Putrajaya.
Ia menempatkan ribuan spesies tumbuhan, sama ada dari dalam mahupun luar negara, dan pengunjung juga boleh bergambar dengan bunga-bungaan yang cantik dari seluruh dunia di bahagian Floral Garden.
Selanjutnya, pengunjung boleh melawat tumbuh-tumbuhan sambil belajar kerana terdapat informasi saintifik berkenaan tumbuhan yang disediakan di sini.
Untuk berkunjung di sepanjang taman ini, pengunjung boleh menyewa basikal atau menaiki tram dengan bayaran yang berpatutan.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 12 tengahari) & (2 petang – 7 malam)
Masjid Putra
16 Masjid cantik di Putrajaya
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-88885678
Masjid Putra merupakan mercu tanda Putrajaya dan lazimnya menjadi liputan media di kaca tv samada solat Jumaat, solat Hari Raya Aidilfitri mahupun solat Hari Raya Aidiladha.
Dibina pada tahun 1997 sempena nama Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada masjid Islam Persia Safavid.
Lain daripada itu, Masjid Putra yang tersergam ini terletak berhadapan Tasik Putrajaya dan bersebelahan Dataran Perdana.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)
Putrajaya Wetlands Park
17 Kawasan air tawar buatan manusia di Putrajaya
Alamat: Putrajaya Wetlands Park, 62000 Putrajaya
Telefon: 03-88877774
Putrajaya Wetlands Park menempatkan 100 spesies burung yang terbang bebas serta kawasan air tawar buatan manusia yang terbesar di Putrajaya.
Di samping itu, posisi terbaik untuk melihat burung beterbangan secara lebih dekat adalah dengan menaiki menara pemerhatian setinggi 18 meter.
Spesies burung seperti angsa dan bangau boleh dijumpai di sekitar kawasan tasik dan kolam. Pengunjung dinasihatkan untuk membawa teropong sendiri kerana teropong tidak tersedia.
Lain daripada itu, sewaan basikal turut disediakan di sini untuk pengunjung menerokai kawasan yang seluas 335 hektar ini.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (7 pagi – 7 malam)
IOI Mall
18 Mall di Putrajaya
Alamat: Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Telefon: 03-83288899
Bukan di bandar Bangi Selangor sahaja yang mempunyai mall yang menarik, tapi juga di IOI Mall Putrajaya.
Selain daripada tempat membeli-belah yang pelbagai, terdapat juga aktiviti menarik lain seperti ice skating, menonton wayang, aktiviti lasak di District 21, dan persembahan air pancut muzikal The Symphony.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Taman Warisan Pertanian
19 Taman pertanian di Putrajaya
Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-88877772
Taman Warisan Pertanian membawa pengunjung untuk menelusuri keindahan pelbagai tumbuhan tropika negara.
Antaranya ialah pokok-pokok buah, tanaman herba dan rempah, pokok getah, tanaman daun teh, sawah padi mini dan bermacam lagi untuk pengunjung terokai.
Lain daripada itu, taman warisan ini turut menempatkan kedai yang menjual barangan seperti bunga, cenderamata, kedai pakaian dan banyak lagi yang boleh dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 10 malam)
Muzium Anatomi
20 Tempat menarik di Seri Kembangan
Alamat: Muzium Anatomi, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Telefon: –
Teringin untuk melihat keadaan sebenar di dalam badan manusia iaitu anatomi seperti yang dilakukan untuk tujuan perubatan? Jom ke Muzium Anatomi yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pelbagai spesimen anatomi yang terdapat di sini antaranya rangka kuda serta dinasour yang telah pupus sejak berabad dan diawetkan oleh pihak universiti. Menarik bukan?
Farm In the City
21 Zoo mini di Seri Kembangan
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Telefon: 03-89413099
Farm In the City ialah sebuah zoo mini yang menempatkan pelbagai spesies haiwan yang pengunjung boleh lihat secara lebih dekat.
Terletak di Seri Kembangan, tempat menarik ini menawarkan 6 tarikan iaitu Aviary, Savannah, Pelican, Jungle Walk, Exhibition Hall dan Turtle & Tortoise Farm.
Pengunjung akan menemui pelbagai haiwan, termasuk kambing, tikus belanda, kanggaru, arnab, penyu, dan banyak lagi. Inilah salah satu tempat menarik untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Seramai 10K+ pengunjung telah booking tiket di Klook, dapatkan harga diskaun kat bawah!
Waktu operasi: Isnin & Rabu – Jumaat (10 pagi – 6 petang) & Sabtu – Ahad (9.30 pagi – 6 petang)