Table of Contents
Umumnya, Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan pastinya terdapat pelbagai tempat menarik di Kuching untuk dilawati.
Bandar Sarawak terdiri daripada 12 bahagian iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Selain itu, Kucing Sarawak merupakan ibu negeri bandar Sarawak yang berkeluasan 4559.5 kilometer persegi.
Sehubungan dengan itu, ia juga digelar sebagai “Bahagian Pertama” kerana berperanan sebagai pusat dan titik permulaan negeri Sarawak.
Senarai tempat-tempat menarik di Kuching
Untuk makluman anda trip ke bandar Sarawak dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya 2 jam perjalanan.
Berikut telah disenaraikan 18 tempat menarik di Kuching Sarawak selingan kawasan berhampiran iaitu daerah Samarahan dan Serian yang sesuai untuk kunjungan semua.
Pantai Puteri
1 Pantai di Kuching
Alamat: 259, Lorong Pantai Puteri 1, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Mencari tempat pelancongan di Sarawak yang menenangkan? Pantai Puteri merupakan lokasi yang ideal untuk anda nikmati.
Meskipun, pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda namun dengan kehadiran batu-batu besar di kawasan pantai sesuai dijadikan aktiviti bergambar.
Di samping itu, pemandangan yang indah di tepi pantai serta latar belakang kehijauan alam semulajadi dan gunung sememangnya memukau pandangan.
Lain daripada itu, kawasan berhampiran pantai ini ialah Pantai Damai, Perkampungan Budaya dan Gunung Santubong.
Masjid India
2 Masjid terapung di Kuching
Alamat: Masjid India, 93000 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Umum mengetahui bahawa masjid terapung terkenal terdapat di Terengganu dan Melaka. Namun, masjid terapung juga boleh ditemui di Kucing Sarawak yang dikenali sebagai Masjid India.
Pada awalnya, tapak asal masjid ini hanya merupakan sebuah pondok kecil yang digunakan oleh orang India Muslim untuk beribadah semasa mereka berdagang di kawasan ini.
Masjid India dibina dengan rekaan dari Timur Tengah dengan kos hampir RM 21 juta dan dibuka untuk kunjungan awam termasuk golongan bukan Islam.
Selanjutnya, pemandangan indah di sekitar masjid dapat disaksikan pada waktu senja dan malam hari di bawah sinaran cahaya lampu.
Gunung Santubong
3 Gunung di Kuching
Alamat: Gunung Santubong, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Gunung Santubong adalah destinasi hiking menarik di Kuching yang disukai oleh pengunjung yang gemar aktiviti outdoor. Gunung dengan ketinggian 810 meter dari paras laut ini mempunyai 4 laluan pilihan.
Antaranya termasuk Bukit Puteri, Green Paradise Cafe, laluan sebelum Perkampungan Budaya Sarawak dan tapak aktiviti Permai Rainforest Resort.
Walau bagaimanapun, laluan Bukit Puteri sering dianggap sebagai yang paling mudah, dengan jarak hanya 6.7 km. Untuk mencapai puncak, anggaran masa yang diperlukan ialah sekitar 3 – 4 jam, bergantung kepada tahap stamina anda.
Oleh itu, disyorkan untuk mendapatkan khidmat seorang jurupandu bagi mengelakkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Damai Beach Resort
4 Resort di Kuching
Alamat: Teluk Bandung, 93756 Kuching, Sarawak
Telefon: 08-2846999

Selain Kampung Raja, Besut, Lumut dan Tioman, di Kuching juga terdapat cawangan Damai Beach Resort.
Resort tepi pantai ini hanya mengambil masa 40 minit dari bandar Kuching serta berhampiran tempat menarik Kuching Sarawak seperti Gunung Santubong dan Borneo Samariang Water Park.
Malah, penginapan ini menempatkan 242 unit dan 10 kategori bilik yang menampilkan dekorasi bermotifkan kebudayaan dan etnik yang terdapat di negeri Sarawak.
Antara kategori bilik tersebut termasuk seaview deluxe, standard balcony, standard hillview, dan family suite. Resort ini juga sesuai untuk menganjurkan family day.
Kadar bilik: Dari RM 377
Ulasan pengunjung:
"Pemandangan yg sngat cantik, dan harga yg berbaloi. Sangat memuaskan dan sangat sesuai membawa keluarga bercuti, jauh dari bandar…"
Taman Orkid Kuching
5 Taman botani di Kuching
Alamat: Taman Orkid, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Adakah anda peminat bunga? Jom ke Taman Orkid Kuching Sarawak. Taman ini dikelola oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan meliputi kawasan seluas 15 ekar.
Di sini, anda akan menjumpai lebih daripada 80,000 spesies orkid. untuk sampai ke taman ini, anda perlu menyeberangi Sungai Sarawak ke Jeti Pangkalan Sapi.
Selepas itu, mengambil perjalanan singkat selama 5 minit ke pintu masuk Taman Orkid. Selain keindahan orkid, taman ini juga mempunyai kolam-kolam ikan yang menambahkan lagi suasana tenang dan damai.
Waktu operasi: Selasa – Jumaat & Ahad (9.30 pagi – 6 petang) & Sabtu (8 pagi – 6 pagi)
Muzium Sarawak Kuching
6 Muzium di Kuching
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak
Telefon: 08-2548181

Tidak lengkap rasanya trip ke Sarawak jika tidak ke muzium tertua di Borneo. Muzium ini wujud pada tahun 1891 dan dibina oleh Charles Brooke dengan berkonsepkan seni bina Perancis.
Pengunjung juga boleh mempelajari etnik yang terdapat di negeri Sarawak serta cara hidup mereka. Antara barangan yang dipamerkan ialah koleksi barangan bersejarah di Asia Tenggara dan bahan bersejarah negeri Sarawak serta Borneo.
Tambahan pula, tengkorak kepala buaya lagenda yang terkenal iaitu Bujang Senang turut ditempatkan di muzium ini.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 4.45 petang) & Sabtu – Ahad (10 pagi – 4 petang)
Matang Family Park
7 Tempat menarik di Kuching untuk family
Alamat: Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Matang Family Park boleh dijadikan Sarawak tempat menarik untuk seisi keluarga. Taman ini merupakan hutan hujan tropika yang didiami oleh flora dan aliran air sungai dari kawasan pergunungan.
Selain itu, taman seluas 87.5 ekar ini terletak hanya 22 kilometer dari Kucing Sarawak. Tersedia juga kemudahan seperti laluan pejalan kaki, pondok rehat, jambatan gantung, barbeku pit, menara pemerhati dan banyak lagi.
Dalam pada itu, anda juga dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga seperti berkelah, bermandi-manda dan menerokai keindahan alam semulajadi.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Pulau Satang Besar Sarawak
8 Pulau di Kuching
Alamat: Pulau Satang, Sarawak
Telefon: –

Untuk trip ke Sarawak di kawasan pulau haruslah bukan pada musim tengkujuh iaitu pada April hingga September.
Pulau Satang Besar Sarawak antara destinasi menarik di Kuching untuk dilawati bagi anda yang suka aktiviti outdoor seperti menyelam ke dasar laut.
Untuk makluman anda, Pulau Satang Besar, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil juga dikenali sebagai Pulau Penyu.
Malahan, pulau-pulau ini menjadi tempat persinggahan penyu-penyu untuk bertelur, menawarkan peluang menyelam, menerokai bangkai kapal laut zaman prasejarah, dan destinasi untuk memancing.
Gua Pari Pari
9 Gua di Kuching
Alamat: Gua Pari Pari, 94000 Bau, Sarawak
Telefon: –

Anda gemar akan aktiviti lasak? Mungkin Gua Pari Pari merupakan tempat pelancongan di Sarawak yang ideal untuk anda.
Gua ini merupakan gua batu kapur besar yang wujud lebih 100 000 tahun yang lalu dengan 1 jam perjalanan dari Kuching Sarawak.
Perlu diingatkan untuk membawa lampu suluh dan memakai kasut yang sesuai kerana laluan agak curam, tetapi laluan masuk ke gua adalah mudah dengan tangga yang disediakan.
Menariknya, warna-warna batu akan berubah apabila anda masuk ke dalam gua, disebabkan oleh kurangnya cahaya matahari semasa berada di dalam gua.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.30 pagi – 4 petang)
Masjid Jamek Petra Jaya Kuching
10 Masjid negeri di Kuching
Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Masjid Jamek Petra Jaya Kuching merupakan masjid negeri di Kucing Sarawak. Masjid yang berdekatan 2 kilometer dari Astana Kuching ini mampu memuatkan 14 000 jemaah dalam satu-satu masa.
Keindahan seni bina masjid ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi dengan hiasan geometri dan dihiasi seni khat.
Selanjutnya, kebiasaannya menara utama didirikan bersebelahan masjid, namun tidak bagi Masjid Negeri Kuching ini. Menara tersebut dibina berjauhan dari perkarangan masjid dengan ketinggian yang amat tinggi.
Lain daripada itu, pengunjung tidak perlu gusar untuk mencari tempat parkir kerana parkir kenderaan yang disediakan amatlah luas.
Masjid Darul Hana Kuching
11 Masjid pertama di Sarawak
Alamat: Jln Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: 082235944

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak masjid di Kuching yang tersergam indah dibina. Begitu juga masjid pertama di Kuching yang bernilai RM 28 juta iaitu Masjid Darul Hana.
Di samping itu, masjid berkonsepkan seni bina moden yang tampak mewah ini mempunyai ruangan khas yang besar untuk majlis akad nikah.
Selain itu, kubah-kubah masjid yang berwarna emas serta hiasan geometri seperti berlian menampakkan lagi masjid ini agak eksklusif. Masjid ini juga berdekatan dengan Jambatan Darul Hana dan Taman Orkid.
Astana Kuching
12 Istana di Kuching
Alamat: The Astana, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: 08-2448288

Astana Kuching antara tempat best di Kuching untuk dilawati khususnya ketika sambutan rumah terbuka hari perayaan. Kini, ia merupakan kediaman rasmi Yang-Di Pertua Negeri Sarawak yang tidak dibuka kepada pengunjung.
Terdahulu, istana berhadapan dengan Kuching Waterfront ini adalah sebuah bangunan lama yang dibina oleh Raja Putih Sarawak kedua iaitu Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya.
Kubu Margherita Kuching
13 Kubu di Kuching
Alamat: Fort Margherita, Petra Jaya, 93050, Kuching Sarawak
Telefon: –

Kubu Margherita merupakan tempat menarik Kuching untuk dilawati oleh para pelancong. Nama kubu ini bersempena dengan nama isteri Charles Brooke iaitu Margaret Alice Lili de Windt yang dibina pada tahun 1879.
Terdahulu, peranannya adalah sebagai kubu penempatan tentera dan senjata untuk melindungi Kuching dari serangan lanun.
Kubu dengan reka bentuk istana Inggeris Renaissance ini bertempat di tebing sungai Sarawak dan berhadapan bandar Kuching.
Tidak lama selepas itu, kubu ini dijadikan Muzium Polis dan kini dikenali sebagai tempat pelancongan di Sarawak.
Permata Pugu Camping Site
14 Tempat menarik di Kuching untuk remaja
Alamat: Jalan Masjid, Kampung Pugu, Sematan, 94500 Lundu, Sarawak
Telefon: –

Anda remaja yang mengikuti trip ke Sarawak dan mencari penginapan unik? Jom ke Permata Pugu Camping Site, tempat menarik Kuching.
Meskipun, lokasinya agak jauh dalam 2-3 jam dari Kucing Sarawak namun ia menjanjikan pemandangan yang memukau dan jauh dari bandar.
Penginapan camping tepi pantai ini menyediakan beberapa buah khemah yang memuatkan 4-10 orang bergantung dengan saiz dan harga.
Tambahan pula, terdapat khemah yang dilengkapi dengan penyejuk udara serta tandas peribadi untuk keselesaan pengguna. Menarik bukan?
Sekali-kali, nikmatilah matahari terbit dan terbenam serta mendaki Bukit Gondol, terutama bagi remaja yang ingin melepaskan stress.
The Kalimantan View Point
15 Tempat menarik di Siburan
Alamat: Kalimantan View Point, 94700 Siburan, Sarawak
Telefon: –

Jom trip ke Siburan, kawasan berhampiran Kuching, Sarawak, dan terletak dalam daerah Serian, bandar Sarawak.
The Kalimantan View Point yang berada di Borneo Highland Resort ini mengambil masa 40 minit perjalanan dari bandar Kuching. Suasana dinginnya sama seperti bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Untuk ke tempat menarik Kuching ini, pengunjung perlu menaiki tram atau berjalan kaki dari Borneo Highland Resort. Setibanya di sini, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah yang luas terbentang.
Menariknya, apabila pengunjung melepasi papan tanda yang menjadi penghadang The Kalimantan View Point bermakna secara tidak langsung telah masuk ke Kalimantan, Indonesia tanpa passport.
Pastinya, ia menjadi tempat pelancongan di Sarawak yang tidak boleh dilupakan!
Pasar Serikin
16 Pasar di Kuching
Alamat: Serikin, 94000 Bau, Sarawak
Telefon: –

Pasar Serikin, hanya sejam perjalanan dari Kuching, Sarawak, adalah destinasi menarik untuk melawat. Ia merupakan pasar yang menawarkan pelbagai barangan dari etnik di Sarawak.
Anda akan menjumpai hasil kraftangan tradisional Sarawak seperti anyaman tikar, rotan, bubu, dan makanan tradisional seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Ia benar-benar unik!
Di sekitar pasar, anda juga boleh melawat Gua Pari Pari dan Gua Angin. Harga barangan di sini sangat berpatutan dan sesuai untuk dibeli sebagai ‘ole-ole’.
Pastikan anda kunjungi pasar ini yang hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad.
Rumah Terbalik Kuching
17 Tempat menarik di Kuching untuk kanak-kanak
Alamat: Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak
Telefon: –

Mencari tempat menarik di Kuching untuk dilawati bersama kanak-kanak? Mari kunjungi Rumah Terbalik Kuching.
Apa yang menarik, semua barangan di sini tunggang terbalik daripada kedudukan asalnya.
Jangan lupa membawa kamera untuk mengambil gambar yang cukup epik seolah-olah terbang di siling atau mengangkat barang-barang berat.
Pasti kanak-kanak cukup suka akan trip ke Sarawak pada kali ini. Sememangnya menyeronokkan!
Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 6 petang)
D-Virtual Park
18 Tempat menarik di Kota Samarahan
Alamat: Jalan Meranek, Kampung Melaban, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Telefon: 08-2659686

Gemar bermain game? Jom kunjungi D-Virtual Park, taman tema hologram pertama di Malaysia. Tarikan baharu di Sarawak ini menarik pengunjung dari Kepulauan Borneo hingga Semenanjung.
Selain menyediakan hiburan yang menyeronokkan, D-Virtual Park juga bertujuan memberikan pengalaman kepada pengunjung mengenai teknologi canggih era Revolusi Perindustrian 4.0.
Dengan menelan belanja sebanyak RM 13 juta, taman tema hologram ini menawarkan 7 daya tarikan yang dilengkapi dengan teknologi realiti maya.
Anda boleh melihat pertunjukan teater hologram, bermain simulator kapal terbang, rides, dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)