Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Sekinchan Untuk Jalan-Jalan

Aira by Aira
September 20, 2023
in Travel
tempat menarik sekinchan selangor
178
SHARES
17.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik percuma di Sekinchan
  • 2. Tempat memancing di Selangor
  • 3. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sekinchan
  • 4. Pantai di Sekinchan
  • 5. Tempat percutian menarik di Sekinchan
  • 6. Muzium padi di Sekinchan
  • 7. Sawah padi di Sekinchan
  • 8. Tempat menarik untuk keluarga di Sekinchan
  • 9. Homestay di Sekinchan
  • 10. Tempat menarik untuk pasangan di Sekinchan
  • 11. Villa di Sekinchan
  • 12. Tempat makan menarik di Sekinchan
  • 13. Hotel di Sekinchan
  • 14. Pasar di Sekinchan
  • 15. Tempat menarik di Sungai Besar
  • 16. Tempat photoshoot menarik di Kuala Selangor
  • 17. Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor  
  • 18. Tempat menarik di Pasir Penambang
  • 19. Bukit di Kuala Selangor
  • 20. Tempat menarik di Hulu Langat

Tahukah anda terdapat tempat menarik di Sekinchan yang boleh anda singgah? Terdahulu, Sekinchan merupakan antara kawasan yang sinonim dengan sawah padi.

Sekinchan Selangor adalah salah satu bandar utama dalam daerah Sabak Bernam, Selangor selain Sabak dan Sungai Besar.

Malah, kebanyakan tempat menarik Sekinchan mempunyai latar belakang view sawah padi dan bunga padi.

Senarai tempat menarik di Sekinchan

Buntu mencari tempat menarik di Sekinchan? Jangan risau! Berikut turut disenaraikan 20 tempat menarik di Sekinchan Selangor serta beberapa kawasan berhampiran untuk anda jalan jalan Sekinchan.

Misalnya, di Kuala Selangor dan Hulu Langat. Semoga informasi ini membantu anda!

Ah Ma House Sekinchan

1 Tempat menarik percuma di Sekinchan

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 014-230 5753

Ah Ma’s House
Sumber foto: google map

Bagi anda yang menggemari barangan antik, mari kita terokai Ah Ma’s House di Sekinchan secara percuma!

Di Ah Ma’s House, anda akan menjumpai pelbagai koleksi barangan antik dari era 60-an, mulai dari perabot rumah hingga alat-alat dapur zaman dahulu.

Walaupun Ah Ma’s House bukan sebuah muzium, ia adalah sebuah rumah kampung yang kecil dan penuh dengan nostalgia.

ADVERTISEMENT

Pengunjung berpeluang mencuba kuih kapit dan kuih bahulu yang masih dihasilkan secara tradisional. Pasti rasanya amat sedap dan berbeza dari versi moden!

Waktu Operasi: Khamis – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Perkampungan Nelayan Sekinchan

2 Tempat memancing di Selangor

Alamat: 156, Jln Bagan, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Perkampungan Nelayan Sekinchan
Sumber foto: maisinggah.com, Facebook @Sekinchan, Instagram @zenderc

Anda kaki pancing? Jom jalan jalan Sekinchan di Perkampungan Nelayan Sekinchan!

Secara umumnya, Sekinchan dikenali sebagai bandar yang kaya dengan sawah padi namun tidak lupa ia juga dikenali dengan suasana perkampungan nelayan.

ADVERTISEMENT

Suasana di perkampungan yang bebas dari kesibukan kota membawa ketenangan kepada pengunjung yang ingin memancing dan ‘me time’ tanpa gangguan.  

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi – 8 malam)

Hotel Terdekat

MSekin Wonderland

3 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sekinchan

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 011-2383 0727

MSekin Wonderland
Sumber foto: google map

Tercari-cari tempat mandi di Sekinchan untuk kanak-kanak? Jom ke MSekin Wonderland!

Taman tema air ini sememangnya dibuat khas untuk kanak-kanak serta sesuai untuk golongan dewasa.

Tambahan lagi, terdapat 10 kolam yang dipenuhi dengan gelongsor, pancutan air dan banyak lagi. Pastinya, anak-anak akan teruja dengan tempat ini!

Waterpark di Sekinchan ini bersebelahan dengan Pantai Redang Sekinchan yang membolehkan anda melihat pemandangan laut yang begitu indah sekali.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Pantai Redang Sekinchan

4 Pantai di Sekinchan

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Pantai Redang Sekinchan
Sumber foto: google map

Satu-satunya pantai yang terdapat di Sekinchan Selangor ialah Pantai Redang Sekinchan. Pantai ini amat sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan pemandangan laut dan sunset.

Di samping itu, terdapat beberapa gerai makanan laut segar yang dijual di pantai ini di mana sumbernya dari Perkampungan Nelayan Sekinchan.

Anda boleh bermain layang-layang dan berkelah tepi pantai di Selangor ini. Namun perlu diingat bahawa aktiviti mandi-mandi tidak disarankan kerana kebersihan air laut kurang terjaga.

Hotel Terdekat

Laman Tebu Aidil

5 Tempat percutian menarik di Sekinchan

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: 019-253 1566

Laman Tebu Aidil
Sumber foto: Instagram @sepinggan_putih, google map

Teringin membasahkan tekak dengan air tebu segar dari ladang? Jom ke Laman Tebu Aidil! Tempat makan best di Sekinchan ini dikelilingi oleh pokok tebu yang menambahkan lagi suasana yang unik.

Selain air tebu, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan halal seperti laksa, nasi lemak, kepak ayam madu, dan mee kari yang menjadi tumpuan pengunjung.

Jangan lupa untuk bergambar kerana keindahan pokok tebu sekitar tempat menarik Sungai Besar ini memang tidak dapat disangkal lagi.  

Waktu Operasi: Khamis – Isnin (11.30 pagi – 7.30 petang)

Hotel Terdekat

Galeri Padi Sekinchan

6 Muzium padi di Sekinchan

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 016-215 7028

Galeri Padi Sekinchan
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, Sekinchan Selangor merupakan laman sawah padi maka tidak lengkaplah kalau tidak jalan jalan Sekinchan di Galeri Padi Sekinchan.

Galeri dengan fungsi 4 dalam 1 ini ialah sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai. Menarik bukan!

Selain itu, ia memaparkan tentang sejarah padi, bunga padi dalam bentuk dokumentari serta proses penanaman padi dari awal sehingga siap dipaket seperti yang didapati di pasaraya.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 12.30 tengahari) & (2 petang – 5.30 petang)

Hotel Terdekat

Sawah Padi Sekinchan

7 Sawah padi di Sekinchan

Alamat: Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Sawah Padi Sekinchan
Sumber foto: google map

Sia-sia sahaja jika anda sekadar tahu Sekinchan Selangor sebagai bandar sawah padi tetapi tidak jalan jalan Sekinchan ke sini.

Sawah Padi Sekinchan lazimnya dikenali sebagai tarikan utama di Sekinchan yang memang tidak disangkal lagi keindahannya.

Tambahan pula, waktu yang tepat untuk melihat kehijauan sawah padi luas terbentang ialah pada bulan Mac hingga pertengahan Mei dan awal September hingga pertengahan November.

Selanjutnya Di Klook

Baca: 20 Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak Di KL & Selangor

Sekinchan Coconut Farm

8 Tempat menarik untuk keluarga di Sekinchan

Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 017-745 1263

air viral terkini
Sumber foto: google map

Nak minum air kelapa segar selepas berjalan di cuaca panas Sekinchan? Jom kunjungi Sekinchan Coconut Farm, kedai makan tepi sawah Sekinchan.

Selain air kelapa, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis produk berasaskan kelapa seperti jeli kelapa dan coconut shake.

Mereka juga menawarkan pelbagai hidangan street food dan nasi lemak yang patut anda cuba.

Malah, tempat makan dalam ladang kelapa ini juga sangat sesuai untuk bergambar dan ada permainan jongkang-jongket yang akan membuatkan kanak-kanak gembira.

Waktu Operasi: Sabtu – Ahad (10 pagi – 5.30 petang)

Hotel Terdekat

Triangle Farm Cottage House

9 Homestay di Sekinchan

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 017-206 8666

Triangle Farm Cottage House
Sumber foto: google map

Mencari penginapan yang unik di sekitar Sekinchan? Jom menginap di Triangle Farm Cottage House!

Ia merupakan sebuah homestay berkonsepkan segi tiga dan glamping yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Sememangnya comel, unik dan paling penting selesa lena dibuai mimpi!

Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti menanam pokok, menikmati kehijauan sawah padi, mini golf, mandi-manda di kolam renang dan barbeku.

Hotel Terdekat

Padi Box Sekinchan

10 Tempat menarik untuk pasangan di Sekinchan

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 019-320 5688

gambar bilik tidur cantik
Sumber foto: tripadvisor.com

Terokai tempat menarik Sekinchan Selangor bersama pasangan anda! Jika anda mencari tempat bermalam di Sekinchan, maka Padi Box Homestay Sekinchan merupakan destinasi yang tepat.

Ia merupakan sebuah homestay yang diperbuat daripada kontena yang diserikan dengan cat berwarna-warni serta dikelilingi dengan kehijauan sawah padi.

Antara kemudahan yang disediakan ialah televisyen, WiFi, parking kereta, perkhidmatan basikal, pendingin hawa dan kafe.

Selanjutnya, pelbagai jenis penginapan yang disediakan termasuk standard 2 pax room, room with private balcony, dan family room for 6 pax.

Selanjutnya Di Agoda

Anjung Pool Villa

11 Villa di Sekinchan

Alamat: Ban 2, Lot 13402, Jalan Tali Air 11, Kampung Tengah Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 019-320 5688

Anjung Pool Villa
Sumber foto: google map

Terdapat banyak pusat penginapan menarik di Sekinchan Selangor ini, cuma bergantung kepada bajet serta penginapan idaman anda.

Anjung Pool Villa ialah villa yang dilengkapi dengan private pool dan terletak di tengah-tengah sawah bendang.

Di samping itu, ia menempatkan 4 buah unit villa dan mampu memuatkan seramai 8 orang untuk 1 villa.

Jika anda ingin menikmati suasana ala-ala seperti tinggal di kampung dan warna bilik yang tenang, mari kunjungi tempat bercuti di Sekinchan ini!

Harga bilik: Bermula dari RM600

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang sesuai untuk family gathering dengan rumah yang luas. Terletak di tengah sawah padi, pemandangan pagi & petang memang menakjubkan..."
Selanjutnya Di Agoda

NF Seafood Corner

12 Tempat makan menarik di Sekinchan

Alamat: Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 012-519 5848

tempat makan best di sekinchan
Sumber foto: google map

Mengidam makan makanan laut? Jom jalan jalan Sekinchan cari makan di NF Seafood Corner. Kedai makan ini menyediakan pelbagai makanan yang berasaskan makanan laut yang segar dan terbaik.

Selain itu, menu utama yang digunakan berasaskan lobster seperti lobster sambal, lobster buttermilk dan lobster salted egg.

Di samping itu, menu lain juga disediakan seperti nasi goreng udang lipan, udang lipan buttermilk, udang lipan salted egg dan masakan panas yang lain. Terliur bukan!

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8 pagi – 12 pagi)

Hotel Terdekat

Hotel Harbour View

13 Hotel di Sekinchan

Alamat: Jalan Menteri Besar 1, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 0332418868

Harbour View Hotel
Sumber foto: google map

Anda mencari hotel bajet di Sekinchan? Mungkin Harbour View Hotel merupakan penginapan yang anda cari!

Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak di pekan Sekinchan dan berdekatan dengan tempat menarik Sekinchan iaitu Ah Ma House dan Pantai Redang Sekinchan.

Beberapa jenis bilik yang disediakan seperti family room, vip room, deluxe king, deluxe trip, deluxe twin, standard twin dan standard queen.

Selanjutnya, bilik ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi percuma dan pendingin hawa.

Harga bilik: Bermula dari RM 90 semalam

Ulasan pengunjung:

"Disyorkan.. bilik sangat bersih, selesa dan harga berpatutan, kakitangan sangat mesra.."
Selanjutnya Di Agoda

Pasar Ikan Sekinchan

14 Pasar di Sekinchan

Alamat: Jalan Pasar, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Pasar Ikan Sekinchan
Sumber foto: google map

Jika anda berada di Sekinchan, jangan lupa untuk singgah membeli-belah di Pasar Ikan Sekinchan.

Selain itu, dikatakan bahawa ikan-ikan dan makanan-makanan laut di pasar ini segar-bugar kerana setiap hari ia diambil dari hasil laut di perkampungan tersebut.

Namun begitu, dinasihatkan agar pengunjung datang lebih awal supaya dapat membuat pilihan lebih banyak lauk-pauk yang segar. 

Hotel Terdekat

Pasar Jerami Ban Kenal

15 Tempat menarik di Sungai Besar

Alamat: Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: –

Pasar Jerami Ban Kenal
Sumber foto: google map

Jika anda jalan jalan Sekinchan, jangan lupa singgah ke kawasan berdekatan, khususnya Sungai Besar.

Di sana, anda akan menemui sebuah tempat menarik di Sungai Besar yang dikenali sebagai Pasar Jerami Ban Kenal. Tempat ini terkenal sebagai pasar petang yang beroperasi setiap hujung minggu.

Anda akan menjumpai pelbagai barangan yang dijual sama seperti di pasar malam, termasuk gerai-gerai makanan, mainan dan pakaian.

Apa yang membuatnya menarik ialah latar belakangnya dipenuhi dengan susunan jerami bergulung di bahagian pintu masuk, seakan-akan seperti di Texas, Amerika Syarikat.

Resort Terdekat

Baca: 16 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Pantai Cermin (Sky Mirror)

16 Tempat photoshoot menarik di Kuala Selangor

Alamat:Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: 010-509 1007

16 Pantai Cermin (Sky Mirror)
Sumber foto: tripadvisor.com, google map, ig skymirrormalaysia

Cari tempat photoshoot menarik dekat Sekinchan? Pantai Cermin (Sky Mirror) merupakan antara tempat popular di Kuala Selangor yang ideal untuk anda!

Ia juga digelar sebagai Salar de Uyuni Malaysia, jadi anda tidak perlu pergi jauh ke Bolivia untuk menyaksikan fenomena ini.

Di sini, anda akan menemui zon intertidal, tempat daratan dan laut bertemu ketika air pasang dan surut. Zon ini berada di bawah air ketika pasang dan terdedah ketika air surut.

Antara hidupan laut menarik yang boleh dijumpai ialah tiger moon snail, pearly sea anemone, giant mudskipper, fiddler crab dan marine hermit crab.

Untuk datang ke sini anda perlu menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor selama 30 minit. Harga tiket serendah RM 60 semasa promosi cuti sekolah!

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 pagi – 9.30 malam)

Selanjutnya Di Klook

Blue Tears Sky Mirror

17 Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor  

Alamat: Sky Mirror Jetty (Departure point), Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Blue Tears
Sumber foto: klook.com, libur.com

Teringin pergi ke tempat ala-ala cahaya magis di Sekinchan? Jom ke Blue Tears yang berhampiran Sky Mirror.

Blue Tears atau Air Mata Biru merupakan fenomena cahaya biru terang yang dikeluarkan oleh sejenis algae atau plankton pada waktu malam.

Untuk melihat fenomena ini, pengunjung perlu menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror dan menelusuri perairan Sungai Selangor.

Waktu terbaik untuk melihat fenomena ini ialah pada 1-3 haribulan Islam dan permulaan bulan ketika air laut pasang.

Harga tiket: Dewasa (RM28) & kanak-kanak (RM23)

Waktu Operasi: Setiap hari (8 malam , 9 malam & 10 malam)

Selanjutnya Di Klook

Eagle Feeding di Pasir Penambang

18 Tempat menarik di Pasir Penambang

Alamat: No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: –

18 Eagle Feeding di Pasir Penambang
Sumber foto: klook.com

Rasai pengalaman unik aktiviti outdoor seperti melihat burung helang secara dekat semasa trip Eagle Feeding di Pasir Penambang.

Kebiasaannya, burung helang hanya dijumpai di kawasan zoo atau taman burung, tetapi tidak di sini.

Untuk ke sini, pengunjung perlu menaiki bot hingga ke tengah perairan. Kemudian, pemandu bot akan mencampakkan makanan helang iaitu kulit ayam dari atas bot ke dalam air.

Beberapa minit kemudian, lebih kurang 30 ekor burung helang akan terbang turun dari udara untuk mencapai makanan. Jom booking tiket serendah RM19!

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 9 malam)

Selanjutnya Di Klook

Bukit Malawati

19 Bukit di Kuala Selangor

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: –

Bukit Malawati
Sumber foto: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Bukit Malawati merupakan sebuah bukit berkubu yang mempunyai nilai sejarah yang penting sebagai tempat bersejarah di Selangor dengan pelbagai monumen dan tinggalan sejarah yang menarik.

Selanjutnya, Bukit Malawati terletak Taman Alam Semula Jadi Kuala Selangor dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Antara tempat popular Kuala Selangor di dalam kawasan Bukit Malawati ialah Rumah Api dan Batu Hampar.

Perkhidmatan keretapi turut disediakan tetapi hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Harga tiket: Dewasa: RM 3 & Kanak-kanak: RM 2 (3-12 tahun)

    Waktu Operasi: Sabtu – Ahad, cuti umum (9 pagi – 6 petang)

    Resort Terdekat

    Kolam Air Panas Sungai Serai

    20 Tempat menarik di Hulu Langat

    Alamat: Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor

    Telefon: 017-230 3582

    20 Kolam Air Panas Sungai Serai
    Sumber foto: foursquare.com, google map

    Dari Sekinchan ingin menuju ke Hulu Langat? Jom singgah sebentar untuk berehat di Kolam Air Panas Sungai Serai. Seperti yang sudah diketahui, kawasan air terjun dan kolam air panas pasti menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu.

    Di samping itu, kawasan kolam ini seolah-olah tidak kelihatan seperti kolam buatan manusia mahupun kolam yang dibina secara konkrit.

    Kedalaman air kolam yang tidak terlalu dalam sesuai untuk kanak-kanak atau sekadar rendaman kaki.

    Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

    Homestay Terdekat

    Artikel Berkaitan

    • Tempat Menarik Di Desaru
    • Tempat Menarik Di Parit Buntar Bandar
    Tags: Hulu LangatKuala SelangorSekinchanSelangorSungai Besartempat menarik

    Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


    A part of Val Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

    Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan / Advertise
    • Netizen
    • Travel
    • Teknologi
    • Lifestyle
    • Islamik
    • Pengiklanan

    A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

    Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved