Table of Contents
Sebut sahaja Lumut Perak Malaysia pastinya akan terlintas di fikiran anda bahawa kawasan ini merupakan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia kan? Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Lumut yang patut anda setkan masa dan tarikh untuk pergi melancong.
Selain itu, mukim di daerah Manjung ini merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor. Tambahan pula, bandar yang menghadap Selat Melaka ini dinamakan Lumut oleh penduduk tempatan kerana kawasan ini kaya dengan lumut.
Senarai tempat menarik di Lumut Perak
Berikut dapat disenaraikan 15 tempat menarik di Lumut Perak yang sesuai untuk semua golongan untuk melancong. Justeru, diharapkan agar informasi ini dapat merungkaikan pencarian anda!
Pantai Teluk Batik
1 Pantai menarik di Lumut
Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak
Telefon: –

Pantai Teluk Batik yang terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Lumut ini terkenal sebagai pantai menarik di Perak. Hal ini kerana, keindahan pantai ini berpasir putih dan kejernihan air laut pasti memukau mata pengunjung.
Selain itu, pantai ini sesuai untuk aktiviti bermandi-manda, barbeku, memancing serta bermain sukan air seperti Banana Boat. Antara kemudahan lain yang disediakan misalnya perkhidmatan kerusi pantai, chalet, gerai dan tempat persalinan.
Rockbund Fishing Chalet
2 Chalet di Lumut
Alamat: Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 016-558 0388

Anda “kaki pancing” dan dalam masa yang sama mencari tempat penginapan? Justeru, Rockbund Fishing Chalet ialah pilihan yang tepat!
Di samping itu, chalet ini sangat unik dan comel dengan menampilkan warna-warna ceria bagi menghidupkan mood anda. Antara fasiliti yang disediakan seperti surau, kedai makan dan dewan.
Tambahan pula untuk anda “kaki pancing” terdapat pelantar khas untuk anda memancing.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Jeti Lumut
3 Jeti di Lumut
Alamat: Jeti Lumut, 32200 Lumut Perak
Telefon: –

Jeti Lumut merupakan tempat tumpuan pengunjung sementara menunggu ketibaan feri untuk menuju ke destinasi pilihan.
Selain itu, terdapat kemudahan tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang membawa kenderaan sendiri. Jeti ini menyediakan pelbagai gerai makanan dan kedai cenderahati yang menarik.
Jika anda singgah di gerai makan sini, jangan lupa untuk menikmati mee udang, air kelapa dan cendol. Confirm repeat lagi!
Pusat Ekologi Vale
4 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Lumut
Alamat: Jalan Telok Muroh, Taman Sri Batik, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 012-284 2881

Inginkan kanak-kanak bercuti sambil belajar? Jom ke Pusat Ekologi Vale! Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak di Lumut ini. Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memulihara biodiversiti di hutan Teluk Rubiah.
Antara biodiversiti yang terdapat di sini ialah pokok kayu keras, burung, pepatung dan banyak lagi. Oleh itu, aktiviti menarik yang dilakukan seperti berkhemah, menjelajah hutan dengan pemandu arah dan memerhati kelip-kelip.
Tambahan pula, pendakian di sini amatlah sesuai untuk kanak-kanak kerana laluannya tidaklah sesukar mana.
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Teluk Senangin
5 Tempat menarik untuk family di Lumut
Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –

Pengunjung yang datang bersama seisi keluarga berpeluang menyaksikan sendiri keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor dari pantai di Teluk Senangin ini.
Teluk Senangin juga merupakan kawasan menarik untuk menganjurkan aktiviti bersama keluarga seperti family day. Justeru, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti memancing, menaiki bot, mandi-manda dan sukan air.
Pulau Pangkor
6 Tempat menarik untuk pasangan di Lumut
Alamat: Pulau Pangkor, Perak
Telefon: –

Sebut sahaja destinasi percutian menarik untuk pasangan, pastinya akan disenaraikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan. Selain itu, untuk datang ke sini anda perlu terlebih dahulu menuju ke Jeti Lumut.
Seterusnya, keistimewaan pantai ini ia cukup terjaga, bersih, berpasir halus, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah bila menjelang senja.
Tambahan pula, aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama pasangan anda ialah melawat perkampungan sekitar dengan menyewa motosikal atau basikal, makan ikan bakar dan banyak lagi.
Oleh itu, jadikan pulau ini sebagai kenangan manis bersama pasangan anda!
Bukit Engku Busu
7 Tempat outdoor menarik di Lumut
Alamat: Bukit Engku Busu, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –

Bukit Engku Busu boleh dijadikan sebagai tempat outdoor menarik di Lumut untuk anda! Bukit dengan ketinggian 331.4 meter ini dikenali sebagai puncak yang tertinggi di Lumut.
Pada zaman dahulu, bukit ini merupakan tempat persembunyian lanun. Di samping itu, bukit ini menyediakan laluan trek yang agak mencabar yang dilimpahi akar-akar pokok yang meliar sepanjang 1 kilometer menuju ke puncak bukit.
Dalam pada itu, kepenatan anda akan terbalas apabila melihat panorama indah sekitar bandar Lumut setelah sampai ke puncak bukit.
Lumut Waterfront
8 Taman awam menarik di Lumut
Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –

Lumut Waterfront merupakan taman awam menarik di Lumut yang berbeza dari taman-taman lain. Hal ini kerana, taman rekreasi yang bertemakan maritim ini dilengkapi dengan Taman Esplanade, Esplanade Wing dan Dataran Putra.
Selain itu, taman dengan keluasan 3.3 hektar ini adalah lokasi tumpuan ramai memandangkan ia berdekatan dengan Jeti Lumut dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sementara itu, pengunjung boleh menyewa basikal atau skuter elektrik untuk meneroka kawasan taman ini.
Lihat Peta | Waktu Operasi: 24 jam
Bazaar Lumut
9 Tempat cenderahati menarik di Lumut
Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –

Tak lengkap rasanya jika pergi melancong tetapi tidak pulang bersama cenderahati untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga serta rakan taulan. Bazaar Lumut yang ditempatkan di sebuah bangunan adalah tempat cenderahati menarik di Lumut.
Di samping itu, bazar ini terjual pelbagai cenderahati seperti kraftangan asli seni Perak, pakaian, jeruk dan hasil laut terutamanya ikan bilis bermata biru. Unik bukan! Jadi mari kunjungi Bazaar Lumut!
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Taman Paya Bakau
10 Taman rekreasi menarik di Lumut
Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –

Taman Paya Bakau yang terletak 10 minit dari Lumut ini merupakan destinasi tepat untuk penggemar alam semulajadi. Di samping itu, taman ini ditubuhkan kerana pokok paya bakau memainkan peranan penting dalam memelihara ekosistem di kawasan perairan pantai.
Selanjutnya, taman ini mempunyai flora dan fauna pelbagai spesies, tempat memancing, laluan pejalan kaki sepanjang 366 meter dan pondok untuk berehat.
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)
Kota Belanda
11 Tempat bersejarah di Lumut
Alamat: Kota Belanda, 32300 Pangkor Island, Perak
Telefon: –

Di Lumut juga mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati iaitu Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor. Kota ini merupakan tempat penyimpanan biji timah oleh orang Belanda pada tahun 1670.
Kemudian, di bawah pimpinan Panglima Kulup, kota ini dimusnahkan namun dibaik pulih semula oleh Belanda tetapi tidak kekal lama. Hal ini kerana, Belanda lebih tertumpu dengan perdagangan di Maluku, Indonesia.
Selain itu, 100 meter dari Kota Belanda ini terdapat Batu Bersurat yang boleh anda lawati.
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Pulau Marina
12 Pulau buatan di Lumut
Alamat: Pulau Marina, 32200, Perak
Telefon: –

Pulau Marina merupakan pulau bulatan manusia yang terkenal di Lumut selain menjadi pintu masuk kedua ke Pulau Pangkor.
Di samping itu, pulau seluas 316.9 hektar utuh menampung pelbagai infrastruktur ini terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.
Lain daripada itu, pantai di Pulau Marina ini sering dijadikan sebagai tempat melakukan pelbagai acara seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perbarisan dan lain-lain.
Frenzy Waterpark
13 Tempat menarik untuk remaja di Lumut
Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 010-546 8611

Frenzy Waterpark merupakan tempat menarik untuk remaja di Lumut yang terletak Marina Island Pangkor Resort. Selain itu taman tema ini agak mencabar seperti di dalam rancangan Wipeout dan American Ninja Warriors.
Oleh itu, bagi anda remaja yang suka menyahut cabaran, di sinilah tempat yang sesuai untuk anda!
Waktu Operasi:
- Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat (4.30 petang – 7.30 malam)
- Sabtu & Ahad (8.30 pagi – 12.30 tengahari | 4.30 petang – 7.30 malam)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
14 Resort di Lumut
Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 05-684 3333

Mencari penginapan resort dengan keindahan landskap di Lumut? Kami syorkan untuk anda menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut cawangan Lumut. Selain itu, resort ini mempunyai cawangan lain di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Kuantan.
Terdapat beberapa tempat menarik di resort ini seperti pemandangan laut, air terjun buatan dan kolam ikan koi. Selanjutnya, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti menaiki banana boat, atv, memanah dan sebagainya.
The Petak Lumut
15 Homestay di Lumut
Alamat: 22, Jalan Lumut Sentosa 1, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 012-751 1695

Mengimpikan percutian menarik dengan menginap di homestay berkonsepkan kontena? Jadi, mari alaminya sendiri dengan menginap di The Petak Lumut!
Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti water heater, bilik air yang elegan, pendingin hawa dan TV LED. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini misalnya barbeku, bermandi-manda di kolam renang serta aktiviti family day.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp