Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Hiburan Filem

Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

leav by leav
June 30, 2022
in Filem
Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp
0
SHARES
565
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Disney dakwa menawarkan AS$301 juta (RM1.3 bilion) kepada pelakon Johnny Depp, 59, untuk kembali membintangi sekuel filem Pirates of the Carribean susulan kemenangan samannya terhadap bekas isteri, Amber Heard, baru-baru ini.

Memetik laporan New York Post, sumber dalaman Disney menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya.

Depp yang melakonkan watak Jack Sparrow menerajui sekuel terdahulu filem itu selama 15 tahun. Bagaimanapun, pada 2018 dia digugurkan daripada sekuel berkenaan.

Penampilan terakhirnya adalah menerusi sekuel Black Pearl in Dead Men Tell No Tales pada 2017 sebelum mengucapkan selamat tinggal terhadap projek berkenaan.

“Mereka ada cuba mendapatkan pelakon itu selepas kes perbicaraannya bersama Amber dan bertanya sekiranya dia berminat kembali berlakon untuk satu atau dua filem itu,” kata sumber tersebut.

Sumber itu turut mendedahkan, Depp dirisik bagi menjayakan projek lain untuk Disney Plus.

“Tawaran itu adalah untuk Johnny Depp kembali menghidupkan watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean 6 serta putaran cerita mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl untuk Disney Plus,” katanya.

Disney dikhabarkan sudah pun menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu. Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.

ADVERTISEMENT

Rekaan semata-mata

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny Depp menafikan pelakon itu sedang dalam perbincangan untuk menghidupkan semula watak sebagai Kapten Jack Sparrow.

Jurucakap Depp memberitahu NBC News, berita pelakon itu kembali melakonkan watak utama dalam sekuel itu adalah rekaan semata-mata.

“Ia dibuat-buat,” kata wakil Depp.

Johnny Depp Menang Saman

Memetik laporan Vulture, tujuh juri sebulat suara memutuskan Depp berjaya dalam kes samannya dan menganugerahkan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta).

ADVERTISEMENT

Heard diperintahkan membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$10 juta (RM43.9 juta) berserta ganti rugi punitif AS$5 juta (RM21.9 juta) kepada bekas suaminya.

Selain itu, barisan juri turut menganugerahkan Heard ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.78 juta) bagi satu daripada tiga tuntutan saman balas terhadap Depp.

Barisan juri mencapai keputusan itu selepas perbincangan selama 12 jam, dalam perbicaraan selama enam minggu.

Source :
New York Post
Tags: disneyJohnny Depp

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved