Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Menarik

5 Bahasa Dunia Paling Sukar Untuk Dipelajari

leav by leav
June 21, 2022
in Menarik
5 Bahasa Dunia Paling Sukar Untuk Dipelajari

Ilustrasi - Foto Unsplash/Christina @ wocintechchat.com

0
SHARES
306
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Bahasa Jepun
  • 2. Bahasa Mandarin
  • 3. Bahasa Arab
  • 4. Bahasa Rusia
  • 5. Bahasa Poland

Tidak hanya bahasa tempatan, kita telah diperkenalkan dengan bahasa asing sejak di bangku sekolah lagi. Dengan menguasai bahasa asing, ia menjadi nilai tambah dan membuka banyak peluang di masa hadapan, baik dalam pendidikan mahupun kerjaya.

Namun begitu, mempelajari bahasa asing kadangkala tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bahasa ini yang disebut-sebut sebagai bahasa paling sukar di dunia. Apakah itu?

1 Bahasa Jepun

Bahasa Jepun dianggap sangat rumit untuk dipelajari kerana ia mempunyai tulisan yang berbeza. Bukan itu sahaja, bahasa Jepun juga mempunyai abjad dan beribu-ribu aksara setiap satunya. Terdapat tiga jenis sistem tulisan bagi bahasa Tanah Matahari Terbit iaitu hiragana, katakana, dan kanji. Ketiga-tiga tulisan tersebut perlu dikuasai terlebih dahulu supaya mahir dalam bahasa Jepun.

2 Bahasa Mandarin

Di Malaysia, terdapat banyak peluang pekerjaan sebagai penterjemah bahasa Mandarin. Gajinya juga agak tinggi. Tetapi disebalik itu, bahasa yang satu ini memang tidak mudah untuk dipelajari. Ini kerana bahasa kebangsaan China mempunyai banyak nada dan sebutan yang berbeza bagi setiap perkataan.

Jika anda salah menyebut sesuatu perkataan, ia juga akan membawa maksud yang berbeza. Aksara Mandarin mempunyai ribuan aksara. Penggunaan tanda baca seperti tanda petikan tunggal (‘) dan sebagainya turut mempengaruhi makna sesuatu perkataan dan sebutan dalam bahasa Mandarin.

3 Bahasa Arab

Walaupun hanya mempunyai jumlah 28 huruf abjad, bahasa Arab adalah sangat rumit. Walaupun kata dasar yang digunakan adalah sama, jika terdapat satu vokal yang berbeza dan boleh menjejaskan makna.

Apatah lagi dengan sebutan dan intonasi yang berbeza di setiap negara yang menggunakan bahasa Arab. Ini dipengaruhi oleh setiap loghat atau dialek setiap negara arab.

4 Bahasa Rusia

Bahasa Rusia menggunakan abjad Cyrillic, yang mempunyai 33 huruf. Sama seperti bahasa Mandarin dan Arab, bahasa Rusia juga mempunyai sebutan dan intonasi yang mempengaruhi makna sesuatu perkataan atau ayat.

ADVERTISEMENT

Kerumitan bahasa Rusia juga adalah kerana penggunaan kata kerja dan tatabahasa adalah berbeza dalam setiap konteks ayat. Itu menjadikannya sangat tidak menentu.

5 Bahasa Poland

Poland mempunyai abjad 32 huruf yang terdiri daripada sembilan vokal dan 23 konsonan. Uniknya, bahasa Poland tidak pernah menggunakan huruf q, v dan x. Tiga huruf ini hanya digunakan dalam bahasa asing.

Bukan itu sahaja, bahasa Poland mempunyai tujuh tatabahasa yang sering digunakan iaitu jantina, datif, akusatif, instrumental, lokatif dan vokatif. Poland juga mempunyai banyak perkataan konsonan yang sangat sukar untuk dieja, contohnya dziękuję.

ADVERTISEMENT
Tags: bahasainfo

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved