Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Beauty

Nanowhite Lancar Kempen Raya, Lantik Sweet Qismina Sebagai Duta Jenama

leav by leav
April 21, 2022
in Beauty, Hiburan
Nanowhite Lancar Kempen Raya, Lantik Sweet Qismina Sebagai Duta Jenama

Sweet Qismina dan Nanowhite Double Action Intensive Serum

0
SHARES
52
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, Nanowhite, pakar penjagaan kulit pencerah terkemuka di bawah syarikat induk Tohtonku telah melantik Sweet Qismina sebagai duta jenama baharunya untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia yang muda, urban dan bercita-cita tinggi.

Jenama ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti Malaysia untuk membantu mengukuhkan hubungan dengan lebih mendalam dengan pengguna sasarannya.

Dari Kiri: Pengurus Jenama Nanowhite Shayne Lim, Sweet Qismina, Pengurus Besar Tohtonku Patrick Ee, Pengurus Pemasaran Tohtonku Ashley Sin, Pengurus Perdagangan Watsons Jasmine Ho.

“Kami mahu mengukuhkan komitmen jenama kami kepada pengguna kami. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama rapat dengan Sweet Qismina yang menjiwai semangat anak muda Malaysia, kami akan dapat memahami dengan lebih baik cara mereka berfikir dan
bertindak, dan seterusnya memenuhi keperluan mereka dengan lebih tepat. Kami mahu mereka tahu bahawa kami memahami mereka dan sentiasa berusaha menambah baik tawaran kami dan memenuhi keperluan khusus mereka. Kami percaya Sweet Qismina adalah personaliti yang sempurna untuk bercakap dengan hati dan fikiran pelanggan Malaysia kami.”
– Patrick Ee, Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd.

Sweet Qismina adalah duta jenama yang ideal bagi mewakili aspirasi jenama dan anak muda Malaysia yang bercita-cita seperti beliau.

“Saya benar-benar berbesar hati dipilih sebagai duta jenama untuk Nanowhite. Saya telah menjadi pengguna setia produk Nanowhite sejak muda dan saya sangat menyukai cara produk ini membantu saya menangani masalah kulit saya. Sama seperti saya, ramai rakan sebaya saya mempunyai aspirasi sama dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka. Oleh itu, saya berminat untuk bekerjasama dengan Nanowhite bagi membantu orang lain seperti saya menjaga diri mereka sambil berusaha mengejar impian mereka.” – Sweet Qismina.

Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri

Sumber foto: Facebook/nanowhite

Selaras dengan kempen baru mereka yang dipanggil ‘Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri’ memberi tumpuan kepada makna kecantikan, Nanowhite mahukan pelanggannya untuk mengetahui kebaikan, kemurahan hati dan mempraktikkan nilai-nilai yang baik adalah apa yang benar-benar membuat seseorang cantik dari dalam dan luar.

Mengambil kesempatan melancarkan kempen baharu ini sempena bulan Ramadan yang mulia, Nanowhite telah terinspirasi oleh pelanggan Muslimnya yang memerhati dan melakukan banyak amalan baik sepanjang tempoh ini.


“Kami terinspirasi dengan mereka dan kami mahu jenama kami mencerminkan kebaikan tersebut. Dua tahun lalu telah mengajar kami bahawa pelanggan kami sedang mencari pendekatan holistik untuk kecantikan. Dengan memahami keperluan dan kehendak mereka, kami telah mengambil langkah besar dalam merombak rangkaian utama kami dan memperkenalkan pembungkusan baharu serta formula yang dipertingkat pada Jun 2021,” ujar Patrick Ee.

ADVERTISEMENT

Rangkaian Nanowhite Double Action terbaharu dirumus khas untuk menangani masalah kulit utama yang timbul berikutan gaya hidup yang sibuk. Kehidupan yang sibuk boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kusam. Rangkaian ini mengandungi bahan-bahan efektif iaitu Arbutin dan Asid Hyaluronik untuk memberikan pengguna kulit yang berseri dan terhidrat. Dengan penggunaan biasa dan teknologi Nanoencapsulation yang membolehkan formula 10 kali lebih menyerap ke dalam kulit, pengguna boleh mengalami tona kulit yang lebih cerah dalam masa 7 hari sahaja. Semua produk Nanowhite diuji secara dermatologi dan disahkan Halal.

Produk dari Nanowhite Double Action Range:

Nanowhite Double Action Awakening Snow Wash (100g) – RM 25.50

Nanowhite Double Acton Hydrating Treatment Lotion (150ml) – RM 65.90

Nanowhite Double Action Intensive Serum (30ml) -RM 79.90

ADVERTISEMENT

Nanowhite Double Action Hydrating Moisturizer (50ml) – RM 59.90

Nanowhite Double Action Restorative Night Cream (50ml) – RM 62.90

Pop-Up Store di MyTOWN

Untuk memulakan kempen, Nanowhite akan membuka ‘pop-up store’ di Pusat Beli-Belah MyTOWN bermula 15 April hingga 24 April yang bertujuan membolehkan orang ramai merasai pengalaman jenama ini dan mengambil bahagian dalam usaha amalnya bagi membina jenama yang lebih baik.

‘Pop-up store’ akan turut menampilkan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif, iaitu:

  • Peluang untuk mengalami rangkaian Nanowhite Double Action
  • Tempat ‘Instagrammable’
  • Tapak pameran konsultasi kecantikan
  • Banyak hadiah serta promosi yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk membeli stok rangkaian produk Nanowhite.

Klik di sini untuk membeli dari kedai Nanowhite Shopee sekarang.

Tags: Sweet Qismina

Popular Minggu Ini

  • Benarkah Ketumbit Berjangkit Melalui Pandangan Mata

    82 shares
    Share 82 Tweet 0
  • 17 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

    36 shares
    Share 36 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved