Setiap orang yang beragama Islam akan melaksanakan ibadah puasa tidak lama lagi. Berpuasa di bulan Ramadan itu wajib ditunaikan oleh umat Islam di seluruh dunia mulai terbit fajar dan sehingga terbenamnya matahari.
Berikut ini adalah urutan negara yang paling lama berpuasa pada tahun 2020, Australia yang paling sekejap!
1 Tarikh puasa bulan ramadhan 2022 di Malaysia
Puasa tahun 2022 akan jatuh pada hari Ahad, *3 April 2022 hingga Selasa, *3 Mei 2022.
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Uniknya, di setiap negara dan juga benua, puasa dilakukan dengan tempoh masa yang berbeza.
Ada beberapa negara yang tempoh puasanya hanya 11.5 jam, ada juga negara yang waktu puasanya boleh sampai 20 jam!
2 Jadi, negara mana yang paling lama berpuasa?
Timur Tengah
Timur Tengah adalah antara negara yang paling lama berpuasa. Rakyat di negara Timur Tengah yang menyambut Ramadan akan berpuasa antara 15 hingga 16 jam.
Afrika
Afrika, termasuk negara yang paling lama berpuasa. Di seluruh benua Afrika, masa berpuasa akan berkisar antara:
11.5 jam (Afrika Selatan);
13 jam (Kenya);
14 jam (Ethiopia dan Yaman);
14.5 jam (Sudan);
15.5 jam (Mesir); sehingga
16 jam (Maghribi).
Eropah
Eropah, termasuk negara yang paling lama berpuasa. Negara-negara di benua Eropah akan berpuasa untuk masa yang panjang.
Negara yang dimaksudkan ialah Norway, Greenland dan Finland, yang kesemuanya akan mempunyai 20 jam waktu siang.
Selain itu, negara Eropah lain seperti Sepanyol, Perancis dan Itali semuanya akan mempunyai waktu berpuasa di antara 16.5 dan 18 jam.
Kemudian, negara-negara Eropah Timur akan berpuasa selama 17 hingga 17.5 jam.
Amerika Utara dan Amerika Selatan
Orang yang berpuasa di negara-negara ini akan berpuasa selama 16 hingga 17 jam pada tahun 2022 ini.
Di Amerika Selatan, yang mengalami musim sejuk, jam berpuasa akan berkisar di antara 11.5 jam (Argentina dan Chile) dan 12.5 jam (Brazil).
Asia dan Australia
Berikut adalah waktu berpuasa di negara Asia dan Australia. Di China, tempoh puasa akan berlangsung kira-kira 16.5 jam.
Selain itu, di negara Asia Tenggara seperti;
Singapura berpuasa dalam masa 13.5 jam
Malaysia berpuasa selama 13.5 jam
Indonesia berpuasa selama 13 jam
Thailand berpuasa selama 14 jam
India, Bangladesh dan Pakistan akan berbuka puasa selepas 16 jam.
Australia dan New Zealand
Kedua-dua negara ini akan menjadi antara negara yang berpuasa paling sekejap pada tahun 2020 lepas, iaitu hanya 11.5 jam.