Sebagai manusia, kita tidak dapat bertahan hidup tanpa persahabatan. Bahkan, kita membutuhkan satu sama lain untuk melanjutkan hidup kita.
Kita juga akan bertemu dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia. Berkawanlah selagi mampu dan anda sendiri tahu tidak semua orang yang ‘sekepala’ atau boleh dijadikan sahabat.
Namun begitu, anda boleh bergurau tetapi berpadalah dan jagalah hati kawan anda.
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, seorang individu memuatnaik video prank pada salah satu temannya yang akan berhenti dari pekerjaannya.
Berikut di bawah video tersebut:
Itu adalah hari terakhir mereka bekerja bersama, dan kemudian rakannya berpakat untuk mengenakannya. Salah seorang rakan sekerjanya mengambil satu periuk berisi makanan dan menyimbah ke atas rakannya.
Kawannya yang dikenakan ‘prank’ itu kelihatan tenang sahaja dan tidak melawan.
Namun mereka tidak berhenti di situ. Selepas itu, rakannya yang lain memecahkan telur dan menuangkan tepung serta air rebusan.
Selesai sahaja hal itu, lelaki itu terus mencuci dirinya sendiri di sinki.
“Yang kerja F&B je yang tau.”-Netizen.
“Kesian do aku terfikir gak apa perasan org tu, kalau setakat baling tepung xpelaa ni da mcm tuang sisa makanan.
“This is what people usually do to their friends at work when its their last day of working, yall are so soft.
“Sye duduk asrama kn last days asrama senior balik.die baling air longkang mat,” komen netizen lain.
Meskipun itu adalah gurauan di antara rakan-rakan, banyak netizen yang tidak berpuas hati dan merasa ianya berlebihan serta memalukan lelaki tersebut.
Berpada-padalah ketika bergurau. Risau ada yang tersinggung. Semoga ini menjadi pelajaran bagi kita semua untuk lebih berhati-hati dalam bergurau.
Berikut antara komen dari netizen: