Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala

leav by leav
February 21, 2022
in Antarabangsa, Unik

Sumber foto - Oddity Central

0
SHARES
98
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Terpedaya dengan saranan seorang dukun, seorang wanita hamil di Pakistan sanggup memasukkan paku ke dalam tengkoraknya.

Tindakan drastik ini dilakukan kerana mahukan bayi lelaki.

Perkara tersebut kemudian mengejutkan pihak doktor di Hospital Lady Reading, Peshawar yang memeriksa kepala wanita itu.

Menurut mereka, terdapat paku sepanjang dua inci yang tersangkut di tengkorak wanita itu, yang disahkan melalui x-ray.

Namun kisahnya benar-benar membuatkan kakitangan hospital itu terdiam.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa paku di tengkoraknya itu telah disarankan oleh seorang dukun.

Dukun tersebut berjanji bahawa ia akan menjamin bahawa dia akan melahirkan anak lelaki pertamanya dan bukannya anak perempuan keempatnya.

Wanita yang tidak dikenali pasti identitinya itu difahamkan sedar sepenuhnya namun berada dalam kesakitan yang amat sangat ketika dia tiba di hospital.

ADVERTISEMENT
Sumber foto – Oddity Central

Dia turut mencuba untuk mengeluarkan sendiri paku besi daripada tengkoraknya, tetapi tidak berjaya.

Dia kemudian memberitahu doktor bahawa suaminya telah mengugut untuk meninggalkan dirinya seandainya dia melahirkan seorang lagi anak perempuan, justeru membuatkan dia terdesak untuk menghamilkan anak lelaki pertama mereka.

Selepas melakukan pemeriksaan x-ray dan mengesahkan bahawa paku itu tidak memasuki otaknya, doktor di hospital itu akhirnya berjaya mengeluarkan objek asing daripada tengkoraknya.

Source :
Oddity Central
ADVERTISEMENT
Tags: pelikunik

Popular Minggu Ini

  • Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dual Monitor – Bukan Sebab Bangsawan, Tapi Produktiviti Berganda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Sebab Mengapa Kerusi Pawagam Ditengah Paling Selesa Bila Menonton Wayang

    283 shares
    Share 283 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved