Salah satu masalah yang sering timbul dan merosakkan penampilan ialah mata panda. Mata panda membuat kita kelihatan letih dan tidak segar.
Keadaan ini biasanya disertai dengan bengkak mata. Mata panda bersifat sementara, tetapi masih boleh mengganggu penampilan anda.
Buat wanita, biasanya mata panda akan ditutup dengan solekan. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak sepenuhnya menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Untuk menghilangkan mata panda terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan. Cara-cara berikut ini untuk menghilangkan mata panda adalah selamat dan berkesan.
1 Dengan uncang teh
Teh sama ada teh hitam atau teh hijau mengandungi kafein dan antioksidan yang boleh melancarkan peredaran darah dalam kulit dan mencerahkannya.
Untuk merawat mata panda, anda boleh menggunakan uncang teh basah yang telah disejukkan di dalam peti sejuk, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 15-20 minit.
2 Sleeping mask Aloe Vera
Aloe vera (lidah buaya) mampu mengatasi mata panda secara semulajadi. Anda boleh sapukan di bawah mata.
Selepas memakainya, biarkan selama lebih kurang 30 minit atau boleh juga digunakan sebagai sleeping mask.
Tidak perlu risau, kerana kaedah ini sangat selamat untuk diaplikasikan setiap hari.
3 Elakkan pengambilan kopi dan minuman beralkohol
Kopi dan minuman beralkohol boleh menyebabkan dehidrasi ringan yang menjadikan mata panda lebih jelas.
Selain itu, pengambilan air kopi yang berlebihan juga membuatkan anda berjaga lebih lama, sehingga mata panda lebih sukar untuk hilang.
Demikian memetik sumber internet. Adios!