Anda mungkin tahu bahawa air suam itu adalah sesuatu yang ajaib. Air suam boleh membantu anda menurunkan berat badan. Wap dengan air panas apabila anda mengalami hidung tersumbat.
Juga hanya minum air suam pada waktu pagi untuk melancarkan penghadaman dan sembelit. Tetapi, tahukah anda bahawa air suam juga boleh berkesan untuk petua penjagaan kulit harian anda?
Dari jerawat hinggalah ke liang pori terbuka dan juga melembapkan kulit, banyak kebaikan air suam untuk kulit anda. Jadi menyapukan air suam ke muka patut dicuba.
Namun, kita harus mengelak daripada menggunakan air yang sangat panas kerana ia boleh menyebabkan kulit melecur dan kemerahan.
Air suam harus menjadi pilihan anda untuk penjagaan kulit dan rambut. Berikut adalah tips penjagaan kulit harian dengan air suam yang boleh anda ikuti setiap hari.
5 Kebaikan Air Suam Untuk Kulit
Melaporkan daripada NDTV, ada banyak faedah menggunakan air suam untuk kulit, kata Dr Smriti.
1 Mengecilkan pori terbuka
Air suam boleh membantu mengecilkan pori-pori terbuka pada kulit yang berjerawat.
Bagaimanapun, rawatan yang sama mungkin tidak begitu membantu dalam kes pori terbuka yang disebabkan oleh kulit kendur akibat penuaan kulit, tegas Dr Smriti.
2 Melembapkan kulit
“Pelembap biasanya tidak berkesan pada orang yang mempunyai kulit kering. Walau bagaimanapun, keberkesanannya boleh ditingkatkan dengan menggunakan pelembap pada kulit yang sedikit lembap dengan air suam.
“Melakukan ini membolehkan pelembap membentuk lapisan pada kulit, seterusnya menyerap air pada kulit dan melembapkannya secara semula jadi,” jelas pakar dermatologi itu.
3 Melembutkan kulit yang berkerak
Kulit berkerak biasanya disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman pada kulit.
“Merendam kawasan kulit yang berkerak dalam air suam boleh menghasilkan keajaiban dengan melembutkannya,” kata Dr Smriti.
4 Rapikan rambut
Anda boleh menggunakan air suam untuk merapikan rambut anda.
Anda boleh merendam tuala dalam air suam dan membalut rambut anda di dalamnya. Biarkan seketika kemudian keluarkan.
Ia boleh membantu dalam menyejukkan rambut anda secara semula jadi.
5 Mengubati hidung tersumbat
Anda sakit selesema dan tak boleh tidur lena? Salah satu cara yang anda boleh cuba untuk mengatasinya ialah dengan minum air suam sebelum tidur.
Wap daripada air suam boleh membasahi dan melegakan saluran pernafasan. Selsema yang menyumbat hidung akan rasa lebih lega.
Sebenarnya, minum air suam sebelum tidur malam boleh membuatkan kita tidur lena. Ini kerana keseimbangan cecair badan dapat dipenuhi dan dapat meringankan minda.
Kita akan tidur lebih lena dan membawa kepada tidur malam yang lebih berkualiti.
Jadi, itulah tadi kebaikan yang kita dapat dengan mengamalkan pengambilan air suam pada waktu malam sebelum tidur.
Jadikan ini sebagai rutin yang baik agar kesihatan badan sentiasa terjaga. Anda boleh tidur dengan selesa dan selsema akan reda tidak lama lagi.