Tentunya, semua orang suka makan telur tak kira dimasak dijadikan apa, siapa saja yang tidak suka makan telur?
Sebabnya, telur mudah dimasak dan juga boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Telur rebus untuk sarapan pagi atau telur dadar untuk dijadikan lauk makan malam dengan nasi. Sangat mudah!
Apatah lagi, telur elok dimakan setiap hari. Bukan itu sahaja, telur juga berkhasiat jika dimakan sebelum tidur.
Manfaatnya, mungkin membuat anda menggelengkan kepala.
Berikut ini khasiat dan kebaikan makan telur sebelum tidur.
1 Kebaikan Makan Sebiji Telur Sebelum Tidur

Satu telur rebus bersaiz sederhana mengandungi 77 kalori, karbohidrat (0.6 gram), lemak (5.3), lemak tepu (1.6), protein (6.3), Vitamin A dan B.
Makan telur rebus boleh meningkatkan metabolisme badan kita untuk lebih sihat.
Telur rebus juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, mengekalkan kesihatan otak dan mata serta boleh menurunkan paras trigliserida dalam darah.
Selain kebaikan di atas, makan telur rebus sebelum tidur juga boleh menyihatkan bahagian badan yang lain.
2 Kurangkan Berat Badan
Satu jenis diet yang murah dan sihat boleh dilakukan dengan memakan telur rebus sebelum tidur.
Telur rebus boleh membantu mengurangkan defisit kalori harian anda.
Defisit kalori adalah keadaan di mana jumlah kalori yang masuk ke dalam badan adalah kurang daripada apa yang kita bakar.
Ini mudah dilakukan kerana kalori setiap telur sangat rendah tetapi boleh mengisi perut.
3 Mengisi Perut
Siapa sangka makan telur rebus sebelum tidur boleh mempercepatkan perut rasa kenyang.
Selain mengenyangkan perut, telur rebus juga rendah kalori dan karbohidrat.
Bukan itu sahaja, telur rebus juga boleh mengawal selera makan untuk memudahkan anda kembali kepada corak pemakanan yang sihat.
Adalah angat digalakkan jika anda makan telur rebus dengan menambah jenis sayuran lain untuk terus mendapat khasiat yang baik.
4 Tidur Lebih Nyenyak
Ramai yang beranggapan makan makanan sebelum tidur pasti boleh membuatkan anda tidur lena.
Ia juga akan diperolehi jika seseorang makan telur rebus sebelum tidur.
Sebabnya, bahagian putih telur itu didakwa mampu membantu menghasilkan hormon melatonin yang menyebabkan mata mengantuk.
Selain itu, kandungan asid amino dalam telur juga membuatkan anda tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
5 Rendah Kalori
Telur rebus biasanya menjadi menu diet bagi sesetengah orang.
Kerana, telur mempunyai kandungan rendah kalori yang selamat untuk menjalankan program diet.
Lebih-lebih lagi jika anda ingin mengurangkan defisit kalori harian anda supaya berat badan anda dapat menurun.
Kalori dari setiap telur sangat rendah tetapi mampu mengenyangkan perut.
Bukan itu sahaja, telur rebus juga membantu badan mengawal selera makan, memudahkan anda menetapkan diet yang sihat.