Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Beauty

Postur Badan Jadi Bongkok Jika Memakai Seluar Jeans Ketat Setiap Hari

leav by leav
August 4, 2022
in Beauty

Foto ilustrasi - Unsplash/Jason Leung

0
SHARES
14
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seluar jeans adalah salah satu fesyen pakaian yang tidak pernah ketinggalan zaman tidak kira buat golongan lelaki mahupun perempuan.

Namun, memakai seluar jeans ketat atau skinny jeans terlalu kerap adalah tidak baik untuk kesihatan!

Antaranya, ia boleh menjadikan postur badan bongkok, kaki jadi kebas, dan tidak bagus untuk kesihatan reproduktif bagi golongan wanita.

Memetik lagi dari laman Bright Side, inilah yang akan berlaku jika kita terlalu kerap memakai seluar jeans ketat.

1 Kaki jadi kebas

Anda tidak boleh memakai seluar jeans sepanjang hari, terutamanya apabila kita aktif bergerak dan mencangkung.

Lebih-lebih lagi jika anda juga memakai tali pinggang yang ketat.

Gabungan seluar skinny jeans dan tali pinggang boleh mencederakan saraf dan otot kaki. Ini menyebabkan rasa kebas, sakit, dan kesemutan di bahagian hadapan paha.

Keadaan ini juga dikenali sebagai Skinny Pant Syndrome.

ADVERTISEMENT

2 Melambatkan peredaran darah

Apabila anda mula merasakan kedua-dua kaki rasa sangat berat dan letih, anda harus menggantikan seluar jeans dengan seluar yang lebih longgar.

Memakai seluar jeans yang terlalu ketat di pinggang boleh melambatkan peredaran darah.

Ini akan menyukarkan saluran darah untuk mengepam darah kembali ke jantung dan organ lain.

3 Menyebabkan sakit perut

Anda mungkin perasan seluar jeans akan meninggalkan kesan di bahagian pinggang jika dipakai terlalu lama.

ADVERTISEMENT

Sebabnya, seluar jeans ketat akan menekan ke bahagian pinggang dan perut.

Ini boleh menyebabkan refluks asid, salah satu masalah usus yang dialami oleh ramai orang.

Walaupun anda tidak mempunyai sejarah penyakit itu, ada kemungkinan ia boleh berlaku jika anda memakai pakaian ketat selama dua minggu berturut-turut.

4 Postur badan jadi bongkok

Percaya atau tidak, seluar jeans boleh mengubah postur badan kita.

Seluar skinny jeans akan mengganggu keseimbangan yang sihat antara bahagian bawah belakang dan pinggul.

Seluar ini juga boleh menyebabkan lenturan bahagian bawah belakang yang berlebihan, yang boleh meningkatkan tekanan pada cengkeram tulang belakang.

Keadaan ini akan membuatkan postur kita kelihatan bongkok.

5 Tidak baik untuk kesihatan reproduktif wanita

Memakai seluar jeans setiap hari boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan dan kerengsaan tertentu.

Salah satunya ialah vulvodynia, keadaan yang dicirikan oleh rasa sakit pada organ wanita.

Penyelidik telah mendapati bahawa wanita yang memakai seluar jeans ketat empat kali atau lebih dalam seminggu berkemungkinan mendapat vulvodynia berbanding mereka yang tidak pernah memakainya.

Source :
Brightside
Tags: seluar jeanswanita

Popular Minggu Ini

  • Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh Pada Setiap Rabu 3.30 Petang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elakkan Masak Kangkung Tumis Campur 2 Bahan Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jenis Darah Dan Golongan Paling Setia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Hanya Rasa Mengantuk, Ini Bahaya Makan Kangkung Waktu Sahur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved