Kelemumur yang basah membuatkan anda jadi rasa tidak selesa kerana boleh menyebabkan kegatalan dan bau busuk pada kulit kepala.
Hampir semua orang termasuk wanita yang bertudung pernah mengalami masalah rambut yang satu ini.
Kelemumur terbahagi kepada dua iaitu kelemumur basah dan kering. Kelemumur basah adalah kelemumur yang menjadi basah atau berminyak akibat pengeluaran sebum di kulit kepala, baunya juga tidak menyenangkan.
Manakala kelemumur kering ialah kelemumur yang boleh gugur dari kulit kepala dan bersaiz kecil.
Tapi jangan risau, masih banyak cara untuk hilangkan kelemumur basah ini. Cara hilangkan kelemumur di bawah boleh dilakukan oleh semua orang termasuk wanita bertudung.
Memetik dari laman cnfstore.com, inilah cara untuk menghilangkan kelemumur basah, berikut ini.
1 Gunakan Jenis Syampu Mengikut Masalah Rambut Anda
Cara pertama untuk menghilangkan kelemumur basah adalah dengan menggunakan syampu mengikut masalah rambut anda. Anda perlu mengetahui kandungan dan manfaat syampu yang akan digunakan untuk mengatasi masalah kelemumur basah.
Jika anda mempunyai kulit kepala yang sangat berminyak yang menyebabkan kelemumur basah, anda mungkin perlu menggunakan syampu dengan lebih kerap.
Ini akan membantu mengelakkan sebum daripada terkumpul pada kulit kepala yang menyebabkan kelemumur basah terjadi.
2 Elakkan Penggayaan Rambut
Cara seterusnya untuk menghilangkan kelemumur basah adalah dengan mengelak menggunakan produk penggayaan rambut (hair styling). Jika kelemumur basah disebabkan oleh keadaan kulit, elakkan menggunakan produk penggayaan rambut.
Bahan kimia yang digunakan dalam banyak produk penggayaan rambut adalah tidak baik buat kulit kepala.
Ini jelas boleh memburukkan keadaan kulit kepala dengan menyebabkan kerengsaan atau dermatitis kontak, iaitu ruam kulit yang disebabkan oleh sentuhan dengan bahan-bahan tertentu.
3 Makan Makanan Yang Sihat
Kepentingan pengambilan makanan yang sihat membantu dalam merawat kulit kepala. Makanan yang sihat boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan penyakit kulit.
Jika kelemumur basah disebabkan oleh dermatitis seborrheic atau psoriasis, makan makanan yang sihat boleh membantu menghilangkan kelemumur basah yang disebabkan oleh keadaan ini.
Hadkan atau elakkan makanan yang diproses dan gantikannya dengan makanan yang sihat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta protein tanpa lemak.
4 Cuba Scrub Kulit Kepala
Walaupun ia belum terbukti secara klinikal, scrub kulit kepala agak popular digunakan untuk merawat kelemumur basah. Langkah scrub ini boleh mengurangkan pengumpulan minyak berlebihan dan membuang sel-sel kulit mati yang berlebihan pada kulit kepala.
Pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit kepala adalah berkaitan dengan kulit kepala yang sensitif, menggunakan jenis scrub yang paling lembut adalah yang terbaik.
Pilih scrub yang mengandungi garam laut, zink, atau serbuk isirung sawit. Sebelum itu, berjumpalah doktor untuk khidmat nasihat sebelum menggunakan scrub kulit kepala untuk menghilangkan kelemumur basah.